Thursday, April 30, 2009

Kisah Pelajar Baik & Pelajar Biadap!

Semalam ibu dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki yang ingin menunjukkan draf assignmentnya pada ibu. Itu ialah salah satu syarat untuk mendapat D2 dalam Assignment 1, OB. Beliau memberitahu tidak dapat hadir ke kuliah kerana terpaksa ke hospital menjalani pemeriksaan kesihatan. Bila ibu tanya sakit apa, beliau agak keberatan untuk menceritakannya. Setelah didesak beberapa kali, barulah dia sudi untuk menceritakan keadaan sebenar.

Ibu sangat terkejut apabila dia memberitahu yang dia menghidap kanser tulang di bahagian rahang. Malah sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang tulang rahang dimuka dengan menggantikannya dengan tulang betis. Malahan sudah 3 kali membuat rawatan kimoterapi. Berita itu sangat mengharukan ibu sehingga menitiskan air mata. Pelajar tersebut adalah seorang pelajar yang sangat baik, pendai, suka menolong, very friendly dan sangat menghormati guru. Ramai lecturer yang memuji tentang sikap dan pencapaiannya yang sangat cemerlang. Mudah-mudahan dia dirahmati Allah, sihat walafiat dan dipanjangkan umur.

Namun, apa yang menyedihkan ibu adalah kisah pada hari ini.

Kelas OB HND hari ini menunjukkan peratusan kedatangan yang sangat mengecewakan. Hanya 9 orang yang hadir. Sepatutnya hari ini adalah hari terakhir mereka menunjukkan draf assignment sebelum tarikh akhir pada 4hb Mei nanti. Malangnya, seperti biasa alasan yang ibu dah memang well known sangat. Tak faham, tak buat lagi, tak bawak and bla..bla..bla..

Yang buat ibu hangin satu badan ialah tentang sikap seorang pelajar perempuan, C*** yang sangat biadap semasa bercakap dengan ibu (even lecturer lain pun ada komplen tentang pelajar ni). Bila ibu tanya mana reference yang digunakan, dia cakap ada di bahagian belakang, sedangkan tidak ada. Sepatutnya bagi penulisan berbentuk ilmiah, pelajar perlu membuat rujukan, and research, nyatakan sumber dari mana, siapa penulisnya kerana kita perlu kreditkan nama si penulis, bukan semborono copy paste hasil penulisan orang lain tanpa memberi kredit atas hasil usaha mereka. Itu namanya plagiarism. Tapi dah berkali-kali ibu terangkan kaedah penulisan kepada beliau, tapi pelajar ni masih tidak faham2 dan masih mempertahankan diri dia sampai ibu dah naik suara..pelajar2 lain dah mula memadang sesama sendiri melihat gelagat keras kepala pelajar tu. Sedangkan 2 rakannya mudah je menerima teguran ibu.

Last2, ibu cakap.."Awak jangan biadap sangat yer"..memang ibu dah tak tahan dengan sikapnya. Dia masih lagi tidak mengaku yang dia biadap. Yang buat ibu tambah geramnya, kalau dia tu pandai dan betul tak pe la jugak, ini dah terang2 salah..terima je lah apa cadangan dan teguran pensyarah. Yang nak bagi markah/grade adalah pensyarah! Memang ngek sungguh!

Lepas tu, student tu terus blah dari kelas. Ibu pun malas nak layan da. Marah ibu sampai terketar2 suara dan menggigil. Itu memang tahap kurang ajar yang sangat melampau. Ibu susah nak marah, tapi tak boleh nak kompromi kalau berhadapan dengan jenis manusia yang sangat kurang ajar dengan guru. Kita tengok je lah nanti, langit tu tinggi ke rendah.

Selepas student tu keluar, ibu pesan pada 2 rakan baiknya supaya tolong tegur pelajar tu supaya buat yang betul. Apa yang memeranjatkan ibu, 2 rakannya memberitahu memang sikap pelajar tu keras kepala, tak boleh ditegur, rasa diri dia pandai, suka berlagak dan sebagainya. Ibu dah tak terkata...suka hati dia lah. Jangan sampai ibu buat tak tau tentang kewujudan dia sudah. Kalau nak belajar buat cara nak belajar. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Esok lusa ada lah balasan bagi orang yang menyakitkan hati guru.

Ya Allah..semoga aku dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi menempuhi ujian ini. Amiin.

Wednesday, April 29, 2009

Pengurusan Masa @ Pengurusan Hidup?

Kesempatan menghadiri majlis akikah adik hubby hujung minggu yang lalu memberi peluang kepada ibu mendengar satu tazkirah dari seorang ustazah. Selesai majlis bacaan Yaasin, Ustazah tersebut memberi tazkirah tentang 'Pengurusan Masa/Pengurusan Hidup'.

Berikut adalah beberapa perkara yang ibu sempat ingat apa yang disampaikan:

1. Perkara yang paling jauh dalam hidup kita adalah 'masa' yang berlalu.

2. Masa yang berlalu ibarat air yang mengalir, kerana kita tidak mungkin dapat memijak air yang sama.

3. Orang yang banyak mengingati mati, hatinya hidup. Orang yang banyak mengingati hidup, hatinya mati. (Teringat ibu kata-kata hubby tentang Tok Guru Nik Aziz..tidak pernah walau sesekali pun dalam tazkirah agamanya tidak diselitkan dengan ingatan agar kita 'mengingati mati'. Wallahuallam.)

Tuesday, April 28, 2009


Bukan hanya orang yang sedang hangat bercinta sahaja yang selalu berSMS.

Kadang2 kalau tengah perang dingin pun, kami berSMS jugak.

Betapa hebatnya penangan teknologi komunikasi. Bisa mendekatkan orang yang jauh..dan jugak bisa menghangatkan keadaan yang sedia keruh..sebab senang nak tembak!

Hahaha...

Sesekali gue hantar SMS berbaur romantik..I Love you..I miss you..tak lama lepas tu sure nya dapat reply..hehehe.

1. Takde idea nak menulis. 2,3 hari lepas rasa banyak je nak tulis.

2. Semalam lunch, ibu makan di rumah Ibu Susi, berselera!..Petangnya, mintak dia masakkan bakso. Fuhhh..sedap banget!

3. Tension btol dengan maintenance hostel nih. Dah banyak kali komplen pasal air slow pun takde ambil tindakan apa2 lagi. Yang peliknya, rumah kami je slow, rumah orang lain ok jer..sabotaj ker??

4. Marking belum habis...sindrom kemalasan datang!

Thursday, April 23, 2009

Eeeee...bucuukkkk...!!





"Bucuk adik wangi ke bucuk?.."Wangi!" Ayah selalu nyakat adik dengan sorokkan bucuk adik...selagi tak jumpa, memang kecoh la.

"Di mana ada adik, disitu ada bucuk".. Tengah pikir camner ibu pisahkan adik dari bucuk.



Ini lah dia buah hati pengarang jantung teman tidur adik. Tanpa bucuk di sisi, membuatkan adik tak keruan..tak lena tidur dan seakan hidup tak sempurna. Bukan setakat satu, tapi tiga!
Bucuk,bucuk, bantal. Dan port yang paling best skali adalah 'tali' yang dah nak hampir putus akibat selalu digentel dan dicium.

Hari sukan



Wednesday, April 22, 2009

Student..alahai..

Semalam ibu penat sungguh melayan karenah student. Actually mereka ni bukan student kelas ibu, tapi kelas lain..G2 & G3. Memandangkan lecturer mereka sedang cuti sakit, kelas tersebut diganti oleh lecturer yang dipinjam dari WCC. Yang anehnya, lecturer ganti tu takde pun datang bertanyakan pada ibu sendiri tentang midterm Ob. Apabila ditanya oleh student kepada beliau, boleh pulak dia jawab tidak tahu menahu dan tak mau amik tahu. Amboii..senang sungguh kerja macam tu. Yang jadi mangsanya ibu la..Sejak pagi lagi pelajar2 bertanyakan midterm tu. Ada yg dtg opis face to face,ada yg just telefon, ada yg melalui sms. Sampai naik lemau ibu menjawabnya.

Pelajar lagi bertambah cuak apabila mendapati note yang ibu beri kepada student kelas ibu tidak sama dengan kelas mereka. Huhu..kes naya. Pepandai la u all menjawabnya. Nota yang ibu guna adalah nota yang ibu update sendiri berdasarkan silibus NQF. Ibu update apabila mendapati nota yang diguna oleh lecturer lama tidak menepati silibus NQF dari UK. Lagipun ibu tak faham nota yang orang lain buat.

Untuk Assignment 2 (Group), sepatutnya lecturer mereka yang sediakan sebab untuk Assignment 1 dan soalan midterm, ibu sudah sediakan. Nampak gayanya macam ibu jugak yang kena buat.

Sekarang ni minggu midterm exam. 3 paper perlu di marking. Dalam masa yang sama, kelas UTM masih berjalan seperti biasa. Ibu penat nak rushing cepat2..suppose to submit after 4 days after the exam. Tadi pun ada 1 lagi paper yg ibu perlu mark. Simran dok tanya, siapa yg kena marking untuk G2 & G3 and diploma student? Huhu..tak kuasa ibu..memang tak larat nak marking especially paper HND. Tough! Itu kira dah cukup baik sebab tolong prepare soklan. Tak sampai hati nak buat tak tau. Tapi sekali sekala ibu teringin jugak nak jd kejam sket..esp bila ada orang yg suka amik kesempatan nih.. (ada orang kata ibu bengis ngan student? heheh..ye ke?)

Tuesday, April 21, 2009

Bahana nafsu

Artikel ini ibu ambil dari Berita Harian, 21 April 2009. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran kepada muda mudi di luar sana. Terutama yang sedang hanyut dibuai cinta gila nafsu gelora..Walaupun anda pelajar IPTA/IPTS tetapi ia bukan bermakna anda bijak dan tahu segalanya..hanya iman yang menjadi pegangan.

Jangan hanya mencari keseronokan sementara..tetapi azabnya ditanggung selama-lamanya.. renung-renungkan....

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my





SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku.

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.
Penghuni Kem Bina Insan Kewaja mengikuti sesi agama dan kaunseling.

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi.

Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung.

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks.

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.
Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu.

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria.

“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.

Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan.

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga.

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’.

Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka.

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah.

“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.

Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cintaBAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti.

Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.

Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.

“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.

“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.

Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.

Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.

“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran.

“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan... sudah macam suami isteri,” katanya.

Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.

“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.

Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal.

Kes pelajar mengandung sebelum kahwin

Kes pertama:

SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini.

Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun.

Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama.

Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa.

Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang.

Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi.

Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.

“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.

“Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima.

“Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang.

Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.

Kes kedua.

INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester.

Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun.

Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya.

“Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan.

“Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya.

Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.

Good Luck My Dear!

Semoga abang diberikan ketenangan dan berjaya menjawab peperiksaan petang ni dengan baik. Kami sentiasa mendoakan kejayaan mu.

Good Luck!

With Love;
~ Ibu
~ Luqman
~ Luthfil

Monday, April 20, 2009

Sehari di BSP

Hari Ahad semalam, ibu, Luqman dan Luthfil seharian di rumah Kak Na di Bandar Saujana Putra. Hubby tak ikut sebab perlu study untuk final exam paper statistik esok dan menyiapkan tutorialnya. Huhu..sian. Ibu pun tak mau kacau dia study, so bila kami takde kat umah boleh la dia concentrate dengan kerjanya.

Sebelum ke rumah Kak Na, ibu ajak hubby ke pasar pagi di Beranang untuk mencari ikan patin dan juga daging untuk dibuat asam pedas tempoyak serta masak dendeng.

Jam 10.50am bertolak, 11.30am dah sampai ke rumah Kak Na. Nasib baik budak berdua tu tak kacau ibu drive...tidur je sepanjang perjalanan.

Sesampai je di rumah Kak Na, operasi pun bermula. En. Hubby pulak sekejap2 mesej dok tanya buat apa..huhuhu..agaknya kesunyian la tu. First time kami tinggal dia sensorang kat umah.

Operasi memasak selesai hampir jam 3 petang. Luqman pulak, sat2 jenguk ke dapur mintak nasik. Huhuhu..agaknya tak sabar nak makan masakan ibu. Maklum lah..semenjak dua menjak ni ibu dah lama tak masak kat umah. Harap2 bulan depan keadaan ibu dah ok sket.

Yang lawaknya, daging masak dendeng tu belum cukup empuk lagi dagingnya tapi terpaksa masak ekspress sebab masing2 dah kelaparan.

Bila badan dah penat, hidung dah bau macam2..ibu makan pun tak seberapa. Itupun nasib baik jamah jugak nasi setelah hampir 2 minggu tak makan nasi. Ibu cuma ada selera bila makan ramai2..tambah pulak semalam Kak Tie dan Naim ada sekali. So, meriah la sket.

Petangnya, Kak Tie dan Kak Na masak bubur kacang hijau. Ini pun ibu yang mengidam nak makan. Siap bawak kacang hijau dan kelapa dari rumah tu. Masa diorang masak tu, ibu dah terbongkang tidur sebab kepala dah ding dong pening bau macam2. Ingatkan hilang lepas tidur, rupanya berpanjangan sampai lah nak bertolak balik jam 8 malam. Gagahkan jugak hati..sambil berdoa semoga selamat sampai ke rumah.

Sampai di rumah hampir jam 9 malam. Rupanya Hubby dah siap tunggu ikan patin asam pedas tempoyak dan daging dendeng kami!

Friday, April 17, 2009

My superhero



Mimpi lagi

Semalam adalah hari yang memenatkan bagi ibu. Stay kat opis sampai jam 7 mlm..menyiapkan skema OB,DIA. Alhamdulillah..pagi tadi baru submit pada HEA. Semua kerja yang memerlukan tindakan segera dah habis ibu bereskan, cuma tinggal persediaan ujian HRM dan Bmarketing pelajar DDg sahaja yang belum lagi. Tapi ibu ni kan..jenis tak boleh tengok orang dalam kesusahan,cepat benar simpati. Untuk subjek OB for Diploma student, lecturer yang mengajar sedang cuti sakit, dan sekarang telah direplace oleh lecturer dari Iran bahagian WCC. Maybe untuk sementara waktu. So, oleh kerana ibu tak terlibat mengajar diploma student, ibu cuma siapkan paper for HND sahaja. Jadi tugas menyiapkan paper tu diserahkan kepada Deputy Dean SOBM. Dan DD semacam mengharapkan ibu untuk membantunya menyiapkan paper tu. Insyaallah..i'll try my best.

Malam tadi ibu bermimpi lagi tentang orang lama yang jauh. Ibu kurang ingat apa yang dimimpikan semalam. Tapi..heran yer..kenapa ibu selalu bermimpikan dia. Bukannya dia ingatkan ibu pun. Tapi dia pernah cakap pada ibu, "Diam bukan bermakna lupa, hilang bukannya tiada.." Ibu harap semoga dia berbahagia selalu hendakNya.

Wednesday, April 15, 2009

Rasanya, untuk entry kali ini dan seterusnya, aku akan menggunakan kata ganti nama 'aku' kepada 'ibu'..ewahhh..kedengaran lebih keibuan gitew..heheh..

Hari ini, ibu ada kelas di UTM. Last kelas. Tak mengajar pun, just finishkan presentation student. Dan di akhir kelas, ibu briefing tentang format final exam 24hb April nanti.Petangnya jugak, insyaallah ibu ke sana untuk ambil skrip jawapan.

Di office juga, ibu sibuk dengan preparation midterm. Masih ada 2 paper yang belum submit. Satu paper dah collect dari ELC, cuma tinggal nak habiskan skema jer. Next week pulak, ada 2 test subjek HRM and Business Marketing. Soklan belum buat pun. Hmm..kesian student2 kelas ni, selalu terabai.

Next week dah start midterm exam. Lepas ni ibu bizi pulak dengan marking paper. 21,22 dan 28 hb. Kemudian paper BC (UTMKL) perlu disubmitkan pada 1 Mei. Harap2 dapat hantar ontime..semoga keadaan kesihatan bertambah baik.

Carrymark belum siap lagi..waaaa...balik rumah jer, terbongkang keletihan.

** Rasa nak makan bubur jagung/kacang laaa..saper boleh tolong buatkan?

Monday, April 13, 2009

Petang tadi aku ke klinik lagi, rutin check up. Suppose to see them last week, but i'm not aware about it. This time, nurse yang ambil darah tu cekap. Awal2 lagi aku bagitau supaya cucuk di bahagian lengan belah kanan. Last month, lengan sebelah kiri aku lebam sebab nurse gagal mencari urat darah. Hampir sebulan baru hilang, sakit pulak tu.

Timbangan pulak menunjukkan penurunan, 3kg! Daripada 57kg menjadi 53kg. No wonder laa..takde selera makan. Kadang2 sampai 2weeks tak jumpa nasi. Lama jugak la kena lecture dengan nurse. Hmmm..aku mengiyakan ajer..suruh makan itu, makan ini..minum banyak air, minum susu..yyyarkkkk!

Oleh kerana ketidaknormalan kandungan gula dalam urine test dan penurunan berat badan yang agak ketara, aku diminta untuk datang ke klinik every 2weeks for monitoring the progress. Huh..tengok la kalau ada masa terluang aku pergi la.

Sejak semalam petang, kediaman aku mengalami gangguan air. Yang geramnya takde notis memberitahu supaya kami prepare awal2. Nasib baik ada spare 1 tong in case emergency macam ni. Pagi tadi, sebelum hubby berangkat ke Penang, dia tolong angkut air untuk kami 3 beranak kat rumah. Boleh la untuk bekalan selama 2 hari sementara dia kat Penang sampai esok hari.

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan success..dan balik cepat okey.

Saturday, April 11, 2009

Semalam aku ada appointment dengan doktor di KKM. Hampir 2 jam lebih menunggu giliran. Nasib baik aku ada bawak assignment student untuk dibaca dan marking bagi mengisi masa terluang. Jam 11.20am sampai giliran aku berjumpa doktor. Alamak..doktor lelaki, muda pulak tu. Aku agak sebaya umur aku...hmmmm..boleh tahan ramah jugak doktor ni.

Tiba masa untuk scan, doktor cakap tak nampak baby.Hanya ada satu garisan. Dia tanya ada minum air tak? Aku cakap ada la, tapi takde la banyak sangat. Lalu doktor mintak aku keluar dulu minum air banyak2 supaya boleh nampak dengan jelas. Laaa..mana aku tahu..sebelum tu tak de pulak nurse pesan suruh minum air banyak2.

Selepas minum lebih kurang 500ml (nak termuntah rasa..huhu) aku masuk semula ke bilik doktor. Semasa mencari-cari di mana kedudukan baby tu, doktor tu cakap.."Saya rasa awak mengandung luar rahim. Tak nampak di mana kandungan awak. So, Saya terpaksa refer awak ke Hospital Seremban"

Ha? Rasa nak gugur jantung aku mendengarnya. ...nasib baik masa tu aku sedang baring, kalau tengah berdiri aku rasa dah terduduk kot.

Then aku tanya.."Abis, kalau mengandung luar rahim, apa yang mesti saya buat?

Doktor tu jawab.."Kena operate dan buang"..

Aku masa tu dah terkedu...sambil berfikir macammana nak bagitau hubby.

Sedang dia dok menjawab pertanyaan aku tu, tangannya masih lagi mencari2 kedudukan baby.

"Ha..ini dia..baru jumpa..kat sini rupanya. Kenapa dia dok atas ni, sepatutnya kat bawah.."

Aku.?? Lega...

Thursday, April 09, 2009

TAPI BUKAN AKU

Jangan lagi kau sesali keputusanku,
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini,
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa,
Khianati rasa demi keinginan semua
Lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku
Kerana tak kan pernah kan kau temui, cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini,
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku tak kan pernah mencuba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma,
Sebab rasa ku telah mati untuk menyedarinya

Semoga saja kan kau dapati
Hati yang tulus mencintaimu, tapi bukan aku
1. Hari ni penat sangat..kelas start dari 9-11,11-1pm, 2-4pm,4-6pm.

2. Tak larat nak berjalan, dizzy dan rasa nak pitam., Rasanya tekanan darah makin menurun.

3. Waktu lunch pun tak sempat nak keluar makan..perut lapar, tapi takde selera. Kan senang kalau ada benda yang terlintas dalam kepala..senang nak cari.

4. Balik ke rumah je, aku melepek keletihan..just mampu baring..langsung tak boleh buat apa2..kesian kat Luqman and Luthfil.

5. Hari ni pulak, thumbdrive aku yang ada segala mak nenek maklumat kat dalam tu hilang. Dengan brief assignment, nota2, soklan midterm, soklan final, test, kuiz, tutorial..Argghhhh..tension gue. Yang peliknya pagi ada lagi, bila balik kelas thari jer, dah hilang..hmmmm..saper yang amik nih.

6. Esok petang kena g KL pulak, student's presentation belum habis..waaaa...tensionnya masa nak balik..macam hari tu,hampir 3 jam perjalanan dari KL-Mantin, sedangkan kalau waktu off peak, hanya mengambil masa 40 minit jer...rs cramm urat saraf.

7. Semalam surat yang ditunggu dah tiba. Dapat cheque payment part time tu..hmmmm...boleh shopping kat Kuching nanti..heheh

Wednesday, April 08, 2009

Bizi

Pejam celik pejam celik, tahun 2009 sudah menginjak ke bulan April. Semester ini aku diamanahkan untuk mengajar 5 subjek, bersamaan dengan 20 jam seminggu. Pheww..Membuatkan aku merasakan betapa pendeknya waktu kerja di opis. Tuntutan kerja tidak pernah habis. Aku yang dalam keadaan tidak stabil dari segi emosi dan fizikal agak mudah merasa terganggu dengan kesibukan ini. Selera makan hilang membuatkan aku kelesuan sepanjang hari. Rasa nak rehat je kat rumah...baring2..sungguh..takde mood..tapi terpaksa juga gagahkan diri melangkahkan kaki ke kelas.

Minggu lepas, buat pertama kalinya aku menghalau seorang pelajar keluar kelas kerana berbual dan ketawa dengan kuat sehingga mengganggu aku yang tengah lecture. Memang hangin. Sepatutnya aku ke klinik kerana paginya aku rasa pening dan hampir pitam, tapi memikirkan banyak kelas yang perlu diganti nanti, aku batalkan niat itu. Jadi, bila ada pelajar yang tidak memberi perhatian dan menggangu kelas,ia membuatkan aku hilang sabar.

Minggu ni jugak, aku perlu siapkan 3 paper midterm. Rupanya due datenya dah lepas, 3hb April. Tapi aku yang tak perasan memo tu disertakan bersama dengan schedule midterm. Ingatkan aku yang paling lewat hantar, rupanya ramai lagi yang belum siap..2 subjek lagi pulak, test blom dibuat..ni tadi baru dapat information terbaru, aku terlibat dalam MQA visit (Isnin) dan Communication Meeting dengan Rektor dan Deputy Rektor (Rabu, 4-6pm)..kena reschedule kelas lagii....aduiiii..

Minggu depan adalah kelas terakhir mengajar part time aku bersama pelajar2 UTMKL. Final exam mereka 24hb April. Then kena marking paper final pulak..assignment pun blom marking lagi..waaa..saper nak jd pembantu nih?

Tadi hubby hantar mesej mintak aku tolong ajarkan dia subjek Statistik, topik Regression, malam ni..hahahha..dah lupa laaa..dia pun dah nak final exam..agak2nya boleh tak mengekalkan CGPA 4.0 lagi..aku doakan semoga dia success. Dah banyak kali hubby tanya, bila nak apply PHD pulak?....penatnyer...

Monday, April 06, 2009

Balik kampung

Planning balik kampung untuk menziarahi nenek (Mak Aji) yang sudah semakin uzur sudah lama dibuat tetapi masih tidak berkesempatan. Hajat nak balik kampung Februari lalu tidak kesampaian (masa tu dengar khabar Mak Aji (belah mak) tersangat uzur, dah tak kenal anak cucu, cakap pun dah melalut, dah tak boleh berjalan, buang air merata-rata. Anak cucu semua dah balik untuk menziarahi, tapi kami tak dapat balik masa tu.

Luthfil Hadi jugak selalu menyebut-nyebut nak balik kampung jumpa TokMa. Mungkin rindu dengan Tokma nya kat kampung. Nak dijadikan cerita, Kak Tie pulak bersalin kat Kedah. Mulanya aku nak balik Besut dahulu, jenguk Mak Aji, kemudian ke Kedah menziarahi Kak Tie. Tapi faham-faham sahajalah bila drive jarak jauh ni. Cuti memang dah takde, kelas pulak memang banyak, so takde chance nak apply cuti, sure kena reject dengan boss.

So, kami decided pergi ke Kedah sahaja, Jumaat petang bertolak sampai Ahad balik Mantin semula. Sempat jumpa ma, wan dan Kak Ngah. Bulan March ari tu sibuk dengan lawatan pulak.

Niat nak balik kampung tetap ada, rasa tak sedap hati pulak tak balik jengah Mak Aji yang sedang uzur. Mana tahu kalau umur dia tak panjang, takde la ralat sangat kalau kali ni balik jumpa dia. So, kali ni kami balik nak flight je.Jimat masa dan tenaga, dan lebih ekonomikal. Terima kasih kepada AirAsia kerana promosi tambang murah...hehehe. affordable! Yang tak bestnya flight delay 2 jam, kecoh kat airport dengan karenah si kenit 2 orang tu. Kat dalam flight pun macam tu, Luqman steady je, tapi Luthfil Hadi yang agak kecoh sket..hmmm..macam2 karenah. Macammana nanti nak p Kuching bulan depan, 2 jam dalam flight.

Kami bertolak Jumaat malam lepas office dan balik Mantin Ahad malam. Masa kat kampung tu, kami sempat mandi manda kat air terjun Lata Belatan. Pergi waktu petang kurang sket pengunjung. Sedang mandi manda tu ada orang curi-curi amik gambar kami. Ewaahh..tak nampak aku bawak bodyguard ke?

Daripada tak lalu makan hampir sebulan kat sini, bila balik kampung je selera makan aku terbuka. Walaupun tidak la beria sangat makan, tapi sekurang-kurangnya perut terisi.

Bila datang ke Mantin je, selera makan aku hilang balik.

Kalau dulu suka makanan especially yang masam, sekarang berubah suka pada yang manis2. Macam2 laa...sabar je la

Thursday, April 02, 2009

Maaf?

Kadang-kadang kita boleh baca samada seseorang itu ikhlas memohon kemaafan atau hanya sekadar mainan bibir sahaja.

Lihat sahaja tindakan atau kelakuan seterusnya.

Aku boleh menjadi seorang yang mudah memaafkan..ia bergantung kepada kesungguhan permohonan maaf itu dibuat..

....bukannya sekadar melepaskan batuk di hujung escalator!