Dalam tempoh seminggu dua lagi, saya akan mula masuk office kembali. Hati dah mula berdebar2. Banyak benda perlu dibereskan dan di arrangekan. Tahun depan Luqman mula masuk Darjah 1. Walaupun sekolahnya dekat, tetapi saya khuatir tidak berkesempatan untuk menjemput dan menghantar dia ke sekolah petang. Lagipun perkhidmatan van sekolah agak sukar didapati di sini.
Dilema ibu berkerjaya...hmm..saya rasa semua ibu2 yang berkerjaya menghadapi masalah yang sama seperti yang saya lalui iaitu kesukaran mendapat pengasuh yang baik. Saya tidak mahu mengambil risiko mengambil pembantu rumah terutamanya dari seberang. Kalau dapat yang elok, alhamdulillah..itu rezeki. Tapi kalau dapat macam cerita kat bawah ni, hmmm..bala jawabnya.
Minggu lepas saya dihubungi oleh Ketua Jabatan Pengurusan Universiti untuk mengajar pelajar PERDANA. Alhamdulillah, rezeki di Tahun Baru Maal Hijriah dan rezeki anak2. Cuma antara mampu atau tidak sahaja saya melakukannya..ini juga bermakna saya terpaksa berkejar-kejar melakukan 2 pekerjaan 7 hari seminggu. Bilangan pelajar agak ramai iaitu 71 orang setakat ini, apapun saya tunggu jadual kerja office tahun depan.
Pembantu rumah lari, anak majikan ditinggalkan
23/12/2009 5:05pm
KUANTAN 23 Dis. — Seorang pembantu rumah sanggup meninggalkan seorang bayi perempuan majikannya di dalam rumah keluarga itu yang berkunci di Taman Rasau Perdana di sini Isnin lepas kerana dipercayai lari mengikut teman lelakinya.
Mangsa, Nor Sharmila Sofian, 10 bulan, ditinggalkan seorang diri di atas katil bayi dalam rumah tersebut selama tempoh bapanya keluar berniaga dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang pada hari berkenaan.
Bapa mangsa, Sofian Abd. Rahman, 32, berkata, pembantu rumah yang dikenali sebagai Seri yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu turut melarikan wang tunai miliknya RM3,000 selain barang kemas isterinya bernilai RM15,000.
"Ketika pulang ke rumah, saya mendapati pintu rumah tertutup dan berkunci lalu memanggil pembantu rumah beberapa kali namun tidak berjawab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama