Hari ini ibu cuti sebab bawa Aleesya jumpa doktor di Hospital Serdang untuk jalani ujian saringan TCA.
Rupanya untuk jalani ujian ni, Aleesya kena tido...huhu..baru je bangun tido, nurse suruh ibu tidurkan Aleesya semula. Macam mana nak buat Aleesya tido nih, matanya bulat terbuntang. Ibu kanak2 lain pun sedang mengulik anak masing2. Oleh kerana mata Aleesya tak mau tutup jugak, terpaksa lah dia diberi ubat tido. Mengamuk2 dia kena paksa makan ubat. Orang lain sikit jer ubatnya, Aleesya pulak kena minum 10ml sebab dia debab~hehehe..
Lepas minum ubat tu, ayah ulik2 dia sat, tak lama dia pun lelap..hehehe..mujarab btol ubat tuh. Then tiba turn Aleesya dipangil untuk jalani ujian. Comel2 jer doktor yang mengetest Aleesya.
Alat yang diguna untuk TCA macam hujung soket bateri laptop..dimasukkan kedalam telinga untuk diambil bacaan. Mula2 bacaan tak boleh diambil sebab Aleesya berdengkur..huhu..nyenyak betul dia tido. Then bila ibu alihkan kepala dia sket, dengkurannya dah tak kedengaran dan bacaan kedua-dua telinga dapat diambil. Syukur alhamdulillah..Aleesya lulus!
Next appointment pada bulan 4 nanti.
So, petang ni ibu dan Aleesya bersantai2 sajer di rumah.
Tuesday, January 26, 2010
Wednesday, January 20, 2010
Wafa Aleesya, 3months~
Pejam celik pejam celik Wafa Aleesya dah berusia 3 bulan hari ini. Sekejap jer masa berlalu.
Wafa dah pandai gelak bila diagah dan diajak berbual. Sudah mula demand sekarang mintak didudukkan dan sudah boleh angkat kepala dan kaki. Kalau boleh setiap saat dan waktu aku ingin menatap wajahnya, dan ingin disisinya melihat dia membesar di depan mata. Jika lama berjauhan, aku akan merinduinya..hanya wallpaper di hp yang menjadi pengubat rindu ibu.
Walau letih seharian ditempat kerja, ibu sentiasa mencari peluang bermain dengan Wafa, walau sesibuk mana ayah menyiapkan tesis, ayah sentiasa memperuntukkan masa mengelek Wafa. Abang Long danAbang Ngah jugak sporting..tak pernah jeles dengan Wafa...sentiasa berada disisi adik jika ibu sibuk di dapur..mengajak bercakap walaupun adik hanya tahu tersenyum dan mengomel.
Insyaalah, jika ada kelapangan nanti, ibu dan ayah akan bawa Abang Long, Abang Ngah dan adik keluar jalan-jalan yer~
Thursday, January 14, 2010
Wednesday, January 13, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)