Monday, January 31, 2011

Bukit Tinggi, Pahang

Ada gak ek orang yang merindu kat ibu...hehehe..thanks Along (terompah biru) sebab setia mengunjungi blog ini walaupun tuan blog kedaung malas nak update blog. Memang masa sangat mencemburui ibu lah. Maklumlah kat tempat baru, pegang jawatan pulak tu...terpaksa la merelakan diri walaupun tak suka sebenarnya.

Hari ini mood kamek ke laut. Mengantuk semacam jer. Tambah dengan cuaca yang agak windy bertambah2 lah darjah kemengantukannya.

Takde idea nak citer apa...just nak show2 gambar kami bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang semalam. Ibu sekeluarga ke sana bersama dengan kakak sekeluarga. Actually, ini dah kali kedua kami ke BT. Yang tak berapa happeningnya kali ni hujan turun tak henti2 dari mula sampai sehinggalah kami balik.. Adoyaiiii...dah le tempat tu sejuk, makin la sejuk bila hujan. Apapun enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..............














Monday, January 24, 2011

Dah lama ibu tak update blog. Ada tak ek orang rindu? hehehe..Keja tempat baru ni menuntut ibu memberi sepenuh perhatian kepada kerja. Penat memang penat, tapi bila kita dah seronok buat kerja, kita akan enjoy jer. Tak tahu lah kan...org baru ni semangat dia lain sket.

Sudahnya, nak berblog pun ibu dah takde masa. Kalau dapat bukak blog orang pun baca sekali lalu jer. Dah tak berpeluang nak mengadap lelama. Lagipun tempat kerja baru ni cuma kerja 5 hari.

So, memang ditunggu-tungu sangat lah kedatangan hari Jumaat, sebab ibu bleh berehat2 di rumah bersama keluarga. Cuti pun tak rehat jugak sebenarnya, ada je kerja nak dibuat especially mengemas dan memasak. Time for me to asah skill memasak. Kalau ada tukang makan, ibu rajin je memasak..huhu

Nak kena stop daaa....so many things to do....babai!

Tuesday, January 04, 2011

Selamat Datang 2011

Masih dalam mood tahun baru? Hehehe..ibu tak terkecuali walaupun tahun baru bagi ibu hanyalah sekadar menambah angka umur kita dan memendekkan jangka hayat kita di muka bumi ini.

Tahun 2011 ibu mulakan dengan persekitaran baru. Setelah lebih 9 tahun 6 bulan di tempat lama, ibu mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat baru bagi mengupgradekan lagi pembangunan kerjaya ibu. Walaupun ianya sedikit 'berbeza' namun dari segi cabaran dan halangan ianya tetap ada di mana2.

Ibu berharap agar dapat mempelajari sesuatu di sini.

Yang pastinya kat tempat baru ni cuti Sabtu dan Ahad. Hoyyeee!!!!

Luangkan masa berkualiti bersama dengan keluarga tercinta!