Wednesday, July 25, 2012

Ayam bakar istimewa~

Ayam Bakar Istimewa

Simple dan sempoiii...

Baru hari ke 5 puasa. Ibu dah ketandusan idea mau memasak apa. Balik2 ayam..ayam...ayam..kalau ikan tu 2 hari baru habis. Semalam sahur, terlajak tidur sedar2 pukul 6am..ya ammpunnn... Ibu memang mengantuk sebab baby Iman berjaga sampai kol 2 pagi. Wafa pulak demam teruk, so masing2 berjaga tidur lambat. Walaupun kami dah kunci jam tapi lalok punya pasal tak sedar langsung. Yang paling kesian, Luqman dan Luthfil..huhu..oleh kerana sekolah pagi sehingga ke petang, ibu suruh diorang sahur makan roti pukul 6.30am..buat alas perut ,kot2 pengsan kat sekolah.

Gambar kat atas tu actually juadah semalam. Dah 2 kali buat ternyata menjadi kesukaan anak2. Ibu main taram jer ramuannnya. Dan rasanya tidak mengecewakan. Setakat nak lawan ayam golek nasi arab tu boleh sangat la..huhu. One day nak try buat nasi arab dan makan dengan ayam bakar resepi ibu ni.

Oraittt..nak resepi? Dont worry...semua bahan insyaallah dah memang ada kat dapur anda!

Bahan lumur Ayam Bakar Istimewa.
(Untuk 1/2 ekor ayam)

1 sudu garam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari daging babas
1 sudu steak seasoning powder (pilihan)
sedikit lada hitam - ditumbuk
sedikit lada sulah
ajinomoto/ serbuk sesedap rasa (ayam-knorr)
minyak zaitun
daun parsley- hiris dan tabur

Cara2:
1. bersihkan ayam yang dipotong 1/4 dan toskan.
2. Lumurkan ayam dengan serbuk garam, kunyit, kari, steak seasoning, lada hitam, lada sulah, ajinmoto/sedap rasa. Perapkan selama 1 jam atau lebih.
3. Panaskan oven pada suhu 180-200C. Sebelum ayam dibakar, titiskan minyak zaitun ke atas ayam supaya ayam tidak terlalu kering. Taburkan daun parsley utk lebih wangi. Bakar selama 40-45 minit /sehingga masak.
4. Ayam bakar istimewa ini juga sedap dimakan bersama kuah percik.
5. selamat mencuba!



No comments: