Sesungguhnya kita perlu merasa bersyukur kerana Malaysia antara negara yang terletak di tengah2 garisan khatulistiwa yang menerima siang dan malam yang hampir sama. Tempoh umat Islam di Malaysia berpuasa hanyalah sekitar 14 jam sahaja.
Cuba bayangkan saudara seagama kita berpuasa di bahagian Kutub Utara dan Kutub selatan. Difahamkan, umat Islam yang tinggal di kutub utara seperti Sweden, Denmark, Norway, Iceland dan Finlad akan menjalani ibadah puasa dalam tempoh yang agak lama. Tahun ini penduduk islam Finland berpuasa sekitar 20jam sehari. Mereka berbuka puasa ketika matahari terbenam pada pukul 11.40 malam dan bersahur pada pukul 2 pagi. Hanya 4 jam sahaja malam. Dan pada tahun 2015, situasi mereka lebih mencabar kerana dijangka bulan puasa jatuh pada bulan Jun dimana waktu itu adalah musim panas dan siangnya berpanjangan selama 24 jam! Langsung tidak ada matahari terbenam!! Jadi, bagaimanakah masyarakat islam di kutub utara berpuasa???
Daripada pembacaan ibu melalui beberapa sumber antaranya yang diperolehi dari fatwa Al Azhar, terdapat dua cara penyelesaian kepada situasi itu. Pertama dengan merujuk kepada waktu puasa di Mekah dan Madinah. Dan yang kedua, dengan menjadikan negara jiran yang berhampiran (negara jiran yang mengalami sunrise n sunset) sebagai rujukan untuk mengira tempoh berpuasa dan berbuka.
Oleh itu, wajarlah kita menghayati erti puasa yang sebenarnya. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi mengajar kita erti bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Walaupun tempoh berpuasa bagi saudara kita di kutub utara dan selatan sangat panjang, tetapi mereka masih lagi tabah menjalani ibadah puasa dengan tenang.
Bayangkan kalau kita??
Cuaca panas terik sikit pun dah banyak mengeluh dan lembik macam budak kecik tak makan 2 hari;-)=
Renung2kan...
Wallahu a'lam.
Peta negara Finland |
2 comments:
kisah nih ade masuk dlm berita tv9 baru2 nih kn
saya tinggal di Finland. utk pengetahuan musim panas di sini tidak sama sekali sama spt panas di Msia. suhu kat sini hanya setakat 20s degree sana, selalu jugak hujan. Alhamdulillah walaupun masa puasa pjg tapi tak terasa letih spt puasa di Msia. Masha Allah
Post a Comment