Hari ke 8 puasa...
Teman dah kering idea mau masak apa..
Dari malam tadi dok berbincang dengan cik hubby nak masak apa hari ini..
Hubby menjemput bapak mertuaku datang untuk berbuka puasa..
Takkan nak goreng telur dadar kot;) melampau ler kannn... (tapi tadi goreng telur dadar jugak untuk luthfil hadi..ekekeke..
Kata diputus..hari ini teman mau masak rendang ayam pencen..
Kenapa rendang menjadi pilihan???
Yaaa...tak lain tak bukan sebabnya ialah serai di belakang rumah dah mula beranak pinak merimbun hampir menutup longkang rumah!
Lalu teman mintak cik hubby ambilkan serai...tak kuasa teman nak meredah kegatalan miang daun serai tuuu..ekekeke.
Ikutkan kudrat teman, maleh sebenarnya nak buat rendang nih...ayam pencen lak tuh! Lame giler nak bagi ayam
Nasib baik hubby puji sedappp...maklumlah dah lama tak buat..ngeee..
Kesian pokok limau purut..selalu jadi mangsa sampai togel daaa.. |
Kerisik hasil tangan hubby.. |
Santan |
Daun kunyit yang rongak2 dimakan apa ntah...ini tandanya daun kunyit bebas baja kimia..hehe |
Serai hasil tuaian kat belakang rumah..(macam perli je cik hubby ni...ambik banyak2 terussss) |
Rendang sedang menggelegak..lepas kering air, baru letak santan cair..pastu letak santan pekat pulak. |
Inilah hasilnya...dekat 3 jam jugak la buat rendang ni..gigih sungguh temannn... |
Menggiurkan takkk?hehehe |
Selamat mencuba! |
RESEPI RENDANG AYAM PENCEN
(bahan utk 2 ekor ayam)
2ekor ayam
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 helai daun limau purut - hiris
3 helai daun kunyit - separuh hiris dan separuh racik
5 sudu kerisik
2 sudu gula merah
2 ketul kiub ayam
garam secukup rasa (jika perlu)
2 keping asam keping
2 batang serai dititik
Bahan kisar
3 labu bawang merah besar / 10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 batang serai diracik
Cara membuatnya:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Biarkan seketika kemudian barulah masukkan ayam. Kacau dan biarkan sehingga air kering.
2. Masukkan santan cair. Kacau dan biarkan sehingga hampir kering.
3. Masukkan santan pekat. Kemudian masukkan gula merah, garam, kiub ayam, daun limau dan daun kunyit yang dihiris serta asam keping. Kacau sentiasa sehingga kuah pekat. Perlahankan api dan tutup api setelah daging empuk.
No comments:
Post a Comment