Sambil buat kek, separuh jalan kena stop sebab baby mengamuk nak tidur. Sambil2 tu jugak menyiapkan juadah untuk berbuka puasa. Banyak betul iklan. Hasilnya kek ibu kurang gebu, tapi rasa tu okey dah. Derhaka pun ye jugak kot..resepi suruh letak minyak atau butter, ibu tukar dengan marjerin cair:) hehehe.. Lain kali kena buat lagi ni sebab rasa kek oren ini sedap jugak.
Apa pun layan gambar ok!
Kek Kukus Oren |
Next time nak try bakar pulak:) |
RESEPI KEK KUKUS OREN
1 biji oren
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 cawan minyak/butter cair /marjerin cair
2 cawan tepung
1sk baking powder
Cara buat:
1. Basuh bersih2 buah oren, sagat kulitnya (kuning sahaja). Kupas oren dan ambil isinya sahaja (buang biji dan kulit/urat putih)
2. Blend kulit oren yang disagat, isi oren, telur, gula dan minyak/butter/marjerin sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam mixer. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diikuti dengan baking powder. Adunl sehingga sebati.
4. Griskan loyang atau lapikkan dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang.
5. Kukus selama 45minit-1 jam/ sehingga masak.
No comments:
Post a Comment