Sebulan telah berlalu..pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu. Kadang2 rasa boring ya ampunnn dok berhibernasi di rumah. Operation kali ini agak mencabar buat ibu berbanding 3 operation yang terdahulu. Harap2 operation yang terakhir. Tak mau lagi kena operate..sungguh trauma dengan segala mak nenek jarum dan pisau.
Memang operation kali ini sangat memberi kesan buat ibu. Kenapa??? Sebab telah diinform terlebih dahulu yang kali ini bersalin operate menyebabkan mental terlalu bersedia..huhuhu. Kalau orang lain bila mental bersedia maknanya 'bersedia jiwa dan raga'..tapi ibu ni lagi bersedia jadi lebih takut. Beberapa hari tu memang tidur tak lena la. 3 operation sebelum ini dalam keadaan sakit dan emergency. Kali ini ibu sihat walafiat...maunya ibu tak cuak.
Oleh kerana sudah melalui pengalaman dibedah banyak kali, so ibu dah boleh hafal step2 sebelum pembedahan dijalankan. Mula2 tanganku akan dicucuk jarum untuk membolehkan tiub air dimasukkan. Seperti selalu, tang nak mendapat salur darah agak perit sikit sebab ibu dianugerahkan salur darah yang sangat kecil. Kena pulak yang mencucuknya adalah doktor2 yang baru grad..adoyaiii...ko sedap2 je cucuk ke kiri ke kanan sampai ke sudah tak dapat..pastu bila tak dapat ko nak test kat sendi la, lengan la....sakit tau tak!! Nurse lagi terror buat okey. Hari tu terpaksa doktor muda tu mintak tolong kawan dia yang buatkan, nasib baik 1 shoot je dah dapat.
Okey...dah lepas ujian pertama (walaupun den sakit, tapi pasrah aje lahhh...). Malam tu start 12 tengah malam ibu kena puasa sebab giliran ibu nombor dua menjalani pembedahan. Lebih kurang jam 9 pagi (Jumaat) turn ibu. So, start malam tu nurse dah dripkan air melalui tiub yang dibuat PAGI tadi okey. Hawatla doktor buat awal sangat sedangkan nak drip air pada malamnya..buat aje lah bila patient dah masuk wad. Ingatkan ibu aje yang fobia sakit tempat jarum/tiub air tu, rupanya patient2 lain pun dok mengadu benda yang sama.
Sebelum tidur, nurse datang bawak baju putih dan cap. Den dah cuakk giler..sambil berpesan, bangun awal, mandi dan bersiap pakai baju bedah. Pukul 5am ibu dah bangun. Siap pesan kat kakak suruh kejutkan. So, lepas mandi ibu terus siap pakai baju bedah (tali belakang). Sambil tunggu nurse datang utk pasang tiub urine, ibu sempat solat subuh . Doa banyak2 agar dipermudahkan dan kami selamat. Debaran kian terasa.
Jam 6.30am, nurse datang pasang tiub. Selesai ujian ke 2. Now, tunggu giliran la pulak. Mulut tak henti berdoa, zikir tak putus2..Lebih kurang jam 8.30am, ibu dibawa ke bilik bedah.Nerves dengan ujian ke 3 pulak iaitu suntikan ubat bius melalui tulang belakang. Ibu dah pernah rasa masa bersalinkan Luqman dulu. Sakitnya ya ampunnn.dua kali lak tu kena sebab injection yang pertama tak mengena urat saraf. Jarum yang diguna pun boleh tahan besarnya. So, mana tak cuaknya kali ini. Nerves punya pasal ibu mintak nak pegang tangan nurse..nasib baik nurse tu baik..agaknya dia pun kesian tengok ibu..huhu
Sedar tak sedar ubat bius dah berjaya dimasukkan dan ibu mula rasa kebas separuh badan. Nak tau macammana rasa ubat bius mula masuk, kita akan rasa macam karan letrik..sakit sket la sebab agaknya ubat bius tu pekat. Seingat ibu 3 kali dia inject.
Memang ibu langsung tak tidur waktu pembedahan dijalankan..boleh dengar sebiji2 apa doktor, nurse dan pakar bius bualkan. Ibu tak henti2 berdoa dan berzikir sepanjang pembedahan. Badan sangat sejuk sehingga ibu menggigil walaupun tiub pemanas sudah dimasukkan ke dalam selimut yang menutupi badan ibu. Lebih kurang 10-20 minit doktor mengerjakan perut ibu, maka terdengarlah suara baby menangis. Mak aiiii..kuatnya suara budak nih..hehehe.. cepat betul doktor potong perut ibu. Rasanya baru je doktor dok sapu perut dengan alkohol..rupanya dah siap potong segala dah. Bila dah bunyi suara baby, maknanya half way hampir siap. Tinggal lagi nak kuarkan uri dan tutup balik.
Lepas nurse bersihkan baby, dia datang kat bahagian kepala ibu dan tunjukkan baby pada ibu..mintak ibu bagitau anak lelaki ke pompuan..hehehe..seperti yang dijangka daaaa...birdie! Nurse letakkan baby kat dada ibu lebih kurang 5 minit. Semangatnya budak kecik nih..3.8kg. Tujuan nurse letak baby kat badan ibu tu sebenarnya nak bagi baby bau badan ibu...baby bonding.
Lebih kurang jam 10am, pembedahan selesai. Sementara ibu stabil, ibu diletakkan disatu bahagian pemantauan dan diberi selimut panas..pun ai masih menggigil kesejukan. Alhamdulillah tak perlu dimasukkan darah. Cuma selepas diinject ubat bius, pakar bius dok kerjakan tangan kanan ibu untuk dibuat tiub baru bagi membolehkan air dimasukkan ketika pembedahan dijalankan. Doktor dah tak kira kita sakit ke tidak, tiub tu duduknya mendongak ke atas, janji dapat masuk dan air dapat mengalir. Darah menitik2 mengalir dengan banyaknya..aku hanya pasrah memerhati..sakit okeyyyy!:(
Sehari sebelum pembedahan ibu telah menandatangani satu borang untuk mendermakan cord blood kepada Pusat Darah Negara. Ingatkan habis kat situ jer lepas operate doktor amik darah dari tali pusat. rupanya doktor tak bagitau yang kena ambil 20ml darah ibu. Dah le masa tu den tengah kesejukan dan kesakitan dan keletihan, doktor pelatih ni datang dok kerjakan tangan ibu. Nak jugak dia amik. Sudahnya bukan setakat lebam2 tanganku dikerjakan, tp doktor hanya mampu ambil 10ml sahaja sebab darah cepat membeku. So, buang macam tu ajer la..sakit lagi, membazir lagi. Kalau ikutkan doktor yang annoying tu dia nak try lagi ambil kat sebelah tangan ibu yang ada tiub air tu..adohaiii..memang tak prihatin sungguh. Ibu nak membengkokkan jari pun susah, lagi dia nak cucuk kat lengan pulak. Tapi ibu berkeras cakap tak mau dah, ibu penat dan sakit. Kalau nak ambil jugak, datang ke wad kemudian waktu petang atau malam. Mulanya dia berkeras tak mau jugak sebab sibuk dan takde masa nak naik ke wad..huhu..ada pulak macam tu..kalau nak darah kita, pandai2 la cari masa. Petang tu memang dia datang tapi bawak kawan lelaki. Pandai je doktor tu ambil, one shoot je kat lengan kiri dapat 20ml. 20ml banyak wehhh..
Pembedahan kali ini paling banyak ibu dapat injection. Tak kurang 20 suntikan jarum termasuklah yang error. Kali ini juga ibu dapat 5 injection ubat antiblocking darah di mana perlu diambil untuk mengelakkan darah membeku selepas pembedahan. Sampai sekarang lebam kat lengan (bahu) tak hilang. Dah jadi warna hijau gelap kehitaman. Bila ibu tanya nurse yang datang melawat di rumah, kenapa dulu tak perlu pun injection antiblocking ni, nurse menerangkan ianya polisi baru sebab ada kes baru2 ni patient terpaksa menukar darah sebab darahnya membeku selepas pembedahan. First time kena inject tak sakit sangat, bila masuk kali ke 2 hingga ke5, mak aii..sakit ngilu je rasanya..nak buat macam mana..ai pasrah je lahhh..
Bersalin dah 24 hari..tapi badan masih belum kuat lagi. Luka pun belum baik lagi. Kesian kat anak2 dan hubby yang berpuasa. Ibu hanya masak yang termampu sahaja. Tapi hikmahnya puasa kali ini ibu ada kat rumah.
Hari pertama puasa, ibu try buat kek pandan. Hubby dan anak2 suka sangat. Baru 2 hari dah nak licin kek tu. Semalam ibu buat buah melaka. Hari ini takde idea nak buat apa pulak.
Tengah dok skodeng2 dalam internet mencari resepi nak buat biskut apa untuk raya tahun ini. Susah jugak nak shopping bahan buat kek/biskut bila keadaan macam ni..nampak gayanya kirim kat hubby aje lah.
No comments:
Post a Comment