Tuesday, July 24, 2012

Puasa hari ke 3

Alhamdulillah...Luthfil Hadi puasa penuh hari ini. 2 hari lepas dia tertewas. Nampak gayanya hari sekolah ajelah dia berpuasa, hari cuti dia pun cuti puasa:)

Tapi kesiannya tengok dia yang dah kelayuan dan keletihan sebab lapar dan dahaga sampaikan masuk rumah pun merangkak-rangkak. Huhu..Ingatkan hubby ada bagi duit belanja kalau2 dia dah tak tahan sangat..tapi hubby cakap takde lak dia bagi. Kalau bg duit belanja kotnyer tak puasa pulak. Ibu risau takut2 dia tak tahan dahaga, ditogoknya air paip kat toilet, karang sakit perut lagi banyak cerita.

Luqman pulak masih lagi dapat bertahan sehingga hari ke3. Cuma dia mengadu pada ibu yang dia sakit perut ..konon2nya nak simpati dari ibu dan nak berbuka la..tapi ibu minta dia bersabar sebab hanya tinggal sejam lebih je lagi nak masuk waktu berbuka.

Semasa berbuka pula, Luqman tetiba menangis. Ibu ingatkan dia merajuk sebab takde lauk ayam macam semalam. Rasa bersalah la pulak. Semalam ibu buat ayam bakar ala2 percik. So hari ini  tukar menu ikan pulak. Ikan siakap steam dan ikan tenggiri masak kicap. Hubby cakap jangan dilayan sangat, makan aje mana yang ada. Sempat dia bagi tazkirah kepada Luqman tentang eri bersyukur dan berterima kasih kepada ibu yang penat2 memasak....huhu..Rajuknya tak panjang...siap menambah nasi lagi tu! Rupa2nya bukan sebab takde lauk ayam tetapi kaki dia cramp! Itu pun diberitahu selepas dia habis makan! Adohai anak ibu:)=


No comments: