Time dia cool, elok je perangai..sangat rajin, ceria dan petah bercakap macam bertih..
Time mood dia ke laut..kalau disuruh buat apa2..laju je dia jerit..."TAK NAAAAKKKK!!! TAK PAYAHHHHHHH!!!...itu faveret dialog dia...huhu
Dulu fanatik gler dengan Maher Zain..(sekarang pun fanatik gak, tapi dah kebah sikit). Jejak je kaki ke rumah lepas diambil dari rumah pengasuh..ayat pertama request dia ialah."ibu, insyaallah buuu.. (suruh pasang video maher zain la tu)..tapi sekarang dah berubah angin nak Pin-Pin pulak (Upin & Ipin). Dalam sehari tengok ulang tayang 18 juta kali pun takper..dialog citer Geng tu dah boleh hafal dah. Kalau laptop ibu ni boleh bercakap, rasanya dia pun dah boring giler sebab tak kira siang malam asyik dok ngadap citer Geng tu..yang selalu jadi mangsa tukang melayan dia ialah Abang Long la...
Baru2 ni dia demam panas. Alahai..susah hati kami. Ibu tak berapa sihat lagi..so dia dok melekat kat hubby aje lah. 2 hari lepas mengadu sakit perut sebab tak mau makan..asyik tidur ajer dan hanya minum susu. Semalam ibu buatkan bubur nasi ayam..alhamdulillah dia makan banyak jugak. Qada' makan agaknya.
Pagi2 time nak ke rumah pengasuh..mulut comel dia tu sibuk dok mengajak ibu mengikut dia.
Ibu, jommm ibuuu..jommm...
Jomm pergi mana?
Jommm la ibu,.. ikut wafaaa..
Ye laa..jom pergi mana?
Jomm ikut Wafa pergi kedaiii...
(Ewahh...)
Agaknya dapat ayat power ni semasa dia dok rumah mak long dia yang menjaga dia seminggu semasa ibu kat hospital hari tu..
So, setiap pagi sebelum menghantar dia ke rumah mama, cik hubby kena bawak dia round pergi kedai dulu laa...dan setiap pagi jugak dia memprotes tak mau pergi ke rumah mama! haiyyaaa...
tak kira kat mana sempat dia parking |
tiba2 senyap..tertidooooo daaaaa... |
setelah seharian tak tidurr.. |
No comments:
Post a Comment