Tu laaa..janji sgt ada sambungan..thehehe..kan dah malas nak update;)=
Tetiap hari bukak blog, tapi kepala otak jd stuck nak menulis. Tambahan pulak ibu tak boleh nak duduk lelama, luka operation masih belum baik lagi..
Okey..berbalik kepada kisah sepanjang ibu dalam wad Hosp Seremban tempoh hari.
Kisah 1
Semasa ibu ditahan wad, kebetulan wad kelas 2 sedang dalam renovation. Actually wad kelas 2 dan 3 hanyalah bersebelahan. Tak tahu lah apa keistimewaan wad kelas 2 nih (selain dari bayarannya yang tinggi sikit) sebab ibu perhatikan toilet pun sama jugak lokasinya. Maybe dari segi bilangan katil utk setiap partition. Ibu ada jugak request utk kelas 2, tetapi dah fullbook dan kena ikut turn. So, keadaan di wad kelas 3 masa tu agak crowded dengan jumlah pesakit yang agak padat.
Katil ibu kat tepi tingkap, bersebelahan dengan seorang perempuan India. Ibu sempat berkenalan dengan dia. Tengok muka dia yang dalam kesakitan membuatkan ibu kesian. Rupanya baru melahirkan baby pagi hari ibu admit wad tu... patutlah... Dapat anak perempuan dan anak kedua. Pernah jugak nampak 'suami' dia datang melawat sambil bawak makanan.
Suatu pagi semasa lawatan doktor untuk membuat pemeriksaan, ibu terdengar doktor ni dok sound jiran ibu ni (doktor perempuan, India jugak).."bila you nak daftarkan perkahwinan? Takkan you nak tunggu anak you yang sulung nak sekolah baru nak daftar?" bebel doktor. Rupanya jiran sebelah ni belum mendaftar perkahwinan sedangkan dah dapat 2 anak. Mungkin dia dah kahwin ikut agama tapi tak registerkan perkahwinan..wallahuallam. Ibu just berandaian sahaja. Untuk pengetahuan, semasa mendaftar kelahiran, si informant perlu membawa sijil nikah ibu bapa bayi yang hendak didaftarkan, barulah JPN akan mengeluarkan surat beranak dan MyKid. Jangan ambil mudah sebab ianya melibatkan masa depan anak2.
Kisah 2
Hari terakhir ibu di wad sebelum dibenarkan keluar.
Rutin setiap pagi yang ibu perlu jalani ialah dressing luka di bilik rawatan. Bilik rawatan terletak berhadapan dengan work station nurse iaitu di tengah2 wad kelas 2 dan 3. Semasa ibu sampai ke work station, ibu tengok ada seorang nurse ni sedang mendukung seorang baby. Tetiba ibu dengar nurse ni cakap kat baby tu supaya jangan menangis sebab ibu dia takde. Kebetulan ibu lalu kat sebelah nurse tu,
Ibu: Ibu dia pergi mana??
Nurse: Ibu dia jumpa kaunselor.
Ibu: Jumpa kaunselor? kenapa?
Nurse: Ibu baby ni ibu tunggal?
Ibu: Aik, ibu tunggal? kalau ibu tunggal macammana boleh dapat baby ni?
Nurse: Tu la pasal...akak perasan tak perempuan yang dok katil paling depan tuu?
(masa ni ibu dok perhati muka baby tu...ada iras2 muka India)
Ibu: Ohh..yang katil paling kanan sebelah dinding tu ke? Tapi bukan ke perempuan katil depan akak tu perempuan Melayu?
Nurse: A'ah..memang mak baby ni Melayu.
Ibu: Patut la semalam saya nampak sekumpulan keluarga India datang melawat dia, ramai pulak tuh.
Nurse: Ye lah tu....
Ibu: Itu bukan ibu tunggal tuh..itu benda lain tu..bukan kategori ibu tunggal.
Nurse: hehehe..tu la kak, kesian baby nih kan?
Bila ibu balik ke katil ibu, ibu nampak perempuan tu dah ada kat tempat dia...sedang menangis!
Hmmmm...semoga dia diberi hidayah oleh Allah dan kembali ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment