Semalam aku bercuti merehatkan minda dari memikirkan mengenai kerja. Hari ini aku mendapat perkhabaran duka. Jangan salah faham..kata2 itu bukan kerana ada orang yang meninggal dunia..tetapi bosku bakal meninggalkan kami semua.Saat aku dengar berita itu membuatkan aku terkedu, tidak kusedari air mata bergenang. Kini tiada lagi orang yang boleh diharap membela nasib kami para pensyarah yang sering didiskriminasikan dan sering dipandang serong oleh pihak atasan. Mereka tidak memahami (atau sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga) tugas bidang akademik menyebabkan kami para pensyarah sentiasa berada dalam situasi kontroversi.
Aku akui, pada mula kedatangan bos baru, memang kami tidak selesa. Setiap tindak tanduk dia sering menjadi topik perbualan. Mula2 kedatangan dia di sini ibarat sesuatu yang tidak diundang. Apa yang telah dilakukan kepada bekas bos kami, menyebabkan kami tidak dapat memaafkannya dan kami sering memberontak (kat belakang je la berani..!) Tetapi disebabkan oleh suatu peristiwa memalukan yang menimpa dirinya, membuatkan hubungan kami dengan dia agak rapat. Kami tumpang simpati ke atas nasib yang berlaku padanya.
Oleh kerana dia sendiri yang 'terkena' dengan orang atasan, baru dia sedar apa yang kami rasa. Dan dia kini menjadi seorang yang memahami. Namun, langit tidak selalunya cerah, sikapnya yang sering membela nasib stafnya, menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak. Dan tidak kurang juga terdapat beberapa individu yang bertindak sebagai tukang ampu dan tukang bodek. Ada yang membawa mulut menceritakan perihal bos kami.
Dia ternyata kecewa dengan apa yang berlaku telah nekad meletak jawatan. Tidak dapat aku gambarkan apa yang nakal berlaku nanti. Diharap dia bahagia dan success di tempat barunya nanti....jangan lupakan kami di sini...
No comments:
Post a Comment