Tuesday, December 18, 2007

Semester 3




Pejam celik, pejam celik..hujung tahun ni aku akan melangkah ke semester 3 pengajianku. Pelbagai dugaan dan ujian sepanjang pengajian, alhamdulillah..Allah beri aku kekuatan untuk aku mengharunginya.


Semester yang lepas bagi aku agak tough..tough dengan subjek dan assignment. Nak dikatakan aku kaki study tak jugak sebab aku terpaksa membahagikan masa di antara kerja, kelas dan keluarga (3K!). Apa yang aku buat hanyalah memberi tumpuan sepenuhnya ketika menghadiri kuliah..hanya itu yang mampu aku lakukan kerana masa amat mencemburui aku..


Projek kelas Advanced Public Relations (Gala Auction: Arts & Antiques) banyak menguji ketahanan mental aku. Sampai sekarang kaki aku masih sakit akibat terpaksa berulang alik memandu hampir setiap hari dari Mantin-UPM. Keluar pagi balik malam...penat tu tak yah cakap la...nasib baik aku dapat score subjek ni, kalau tak mau keciwa aku setelah seluruh jiwa raga aku menumpukan kepada subjek ni. Dan air mata aku tumpah jugak kerana subjek ni..dan mengabaikan satu subjek yg aku harap dapat upgradekan CGPA, tapi aku keciwa dengan keputusannya. Aku akui memang salah aku kerana tidak memberi tumpuan walaupun sehari sebelum exam aku masih memikirkan tentang tugasan aku sebagai AJK jemputan...tak apa lah..bagi aku, itu satu pengajaran yang berguna bagi aku supaya tidak mengulanginya lagi di masa hadapan.


No comments: