Wednesday, January 09, 2008

Azam

Tahun 2008 menjengah sudah..bererti umur kita semakin bertambah. Seperti tahun2 sudah, ramai yang mulakan tahun baru ini dengan azam baru juga. Tak kira lah apa azam itu..aku? huhuhu...azam aku nak habiskan master on the time..insyaallah..azam yang lain..nak kurus kot! Hahaha..hubby marah kat aku bila aku kurang makan nasi sekarang..dia risau bila kadang2 aku tak makan atau amik nasik tak sampai satu senduk.

Baru2 ni aku ada beli skipping-rope..murah je, 5 hinggit..beli kat Giant. Beli yang murah2 dulu karng beli yang mahal pun kot tak berbaloi kalau setakat jadi monumen kat umah. So, aku pun try2 le buat exercise lompat2 dalam umah tu. Luqman yang jadi tukang kira..Oleh kerana dah lama tak melompat-lompat macam kanak2 ribena, semput jugak aku rasa..dah le dia kira kiraan menurun, lambat lak tuh..kalau aku sangkut, dia kira balik dengan memberi kata2 semangat sekali..'go!ibu go!..Luthfil pulak jadik tukang sorak..! Kononnya nak buat tiap2 hari at least 10-15minit..mmm..as usual la..hangat2 jek, kalau ada kuliah kat upm, aku balik umah dah kol 10pm..dah flat, kalau boleh nak lentok je tidoq.

Sejak akhir2 ni, kepala aku selalu rasa pusing2 pening..then rasa nak muntah..benda ni start lepas aku minum nescafe..kena migrain 2 hari. Then sampai sekarang la masih rasa kepala pusing2 especially kalau banyak mengadap komputer. Agaknya low blood pressure kot.

Semester ni aku register 4 subjek...memang agak tight sikit jadual..mengajar pun 4 subjek. Banyak jugak la assignment, tapi terpaksa amik jugak sebab semester depan boleh aku concentrate utk sit for the CE. Aku harap dapat habiskan dengan success dalam tempoh masa yang sepatutnya..Insyaallah.

No comments: