Monday, August 25, 2008

sometimes it happen!

Sometimes,
i feel i hate...
very much
sometimes,
i feel i miss...
very much
sometimes,
i feel i dont want to think about...
sometimes,
i feel i want to care about..
sometimes,
i dont know why...

Cuti lagi..

Semalam (23 ogos 2008), aku ke Hospital Pakar Seremban, KPJ untuk rawatan susulan.

Dr Lee memaklumkan hasil ujian ke atas salur hempedu yang telah dikeluarkan tempohari.

Dr Lee kemudiannya memeriksa luka pembedahan. Beliau telah membuka plaster yang menutupi 4 tebukan di perutku. Luka tersebut tidak dijahit, cuma digam sahaja. Luka di kedua-dua tempat di perut dah kurang sakit, cuma di bahagian pusat dan tengah dada masih rasa sakit. Malahan aku masih tidak boleh tidur mengiring dan mengangkat benda-benda berat. Apabila bercakap dan berjalan, aku cepat letih.

Aku diminta untuk membuat ujian darah di lab untuk melihat perkembangan jaundice. Selepas sejam, hasil ujian darah diperolehi. Keputusan tersebut menunjukkan masih terdapat sedikit jaundice, tetapi bacaan jauh lebih baik daripada seminggu sebelumnya. Aku dinasihati untuk meneruskan pengambilan antibiotik dan diberi cuti 2 minggu lagi sehingga betul-betul sembuh.

Temujanji seterusnya adalah pada 6 September 2008.


PATHOLOGY REPORT


Specimen: Gall Bladder


Gross: Vertically opened thick walled gall bladder measuring about 9.0cm in length and 3.0cm in diameter. Representative section submitted in a single block.

Histology:Gall bladder wall reveals marked thickening and multiple intramural sinuses containing biliary concretions. Several aggregates of acute/chronic inflammatory cells are noted along with irregular smooth muscle hypertrophy. No evidence of malignancy is seen.

INTERPRETATION
ACUTE ON CHRONIC GALL STONE CHOLECYSTITIS

Thursday, August 21, 2008



Kiriman ingatan dari pihak penguruan Legenda Education Group



Batu yang diperolehi dari hempedu yang dibuang


Selepas operation



Bersiap untuk ke bilik pembedahan (15 Ogos 2008)

Cerita di Sebalik Cuti Panjang

Hargailah waktu kita sihat sebelum kita sakit. Itulah perumpamaan yang paling tepat aku rasakan ditujukan untuk aku khususnya sekarang. Ketika sakit juga, kita akan tahu siapa sebenarnya kawan kita…kawan yang dalam erti kata sebenarnya. Walaupun usia persahabatan menjangkau 3,4 tahun, belum tentu ianya boleh diertikan sebagai rakan atau kawan jika masa kita sakit, kita tidak memberi apa-apa makna kepada mereka. Sebaliknya, kawan yang baru kita kenali seusia 2,3 bulan lebih menghargai dan tahu erti persahabatan. Itu yang aku alami sendiri.Erti simpati, empati dan ‘small matter’ amat besar bezanya.

Betapa bertuahnya aku kerana dikurniakan suami yang amat penyayang, bertanggungjawab dan amat bertimbangrasa. Syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana mengurniakan aku suami sebaik itu. Terima kasih abang kerana menjaga sayang dan rela berkorban apa sahaja demi memastikan sayang sihat kembali. Saat itu tak mungkin ku lupakan. Tidak terbalas rasanya kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan olehmu. Abang, kasih sayang dan cintaku padamu semakin bertambah. Demi abang dan anak-anak kita, sayang akan harungi kesakitan ini bersama.

Ada di kalangan rakan-rakan yang menyedari “kehilanganku”..lama tak online..hehehe..maklumlah..akukan pengguna setia YM.

Sakit yang disangka gastric pada mulanya, rupanya perkara lain yang terjadi. Patutlah, dah berpuluh-puluh kali aku berulang alik ke klinik, sakitnya masih tidak berkurang. Mungkin ini kafarah atau ujian buatku. Mungkin suatu ketika aku tidak cukup bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan olehNya. Mungkin juga ada hikmah disebalik semua ini. Aku terima ini sebagai qadar dan qadar ketentuanNya.

Mungkin ini padahya jika kita berlebihan dalam pengambilan pemakanan. Makan apa sahaja tanpa mengambil kira kesan sampingannya. Bila dah sakit, barulah menyesal..tapi semuanya sudah terlambat. Apa yang mampu kulakukan sekarang hanyalah memperbaiki keadaan sebelum ianya bertambah parah.

KRONOLOGI
Sabtu, 9hb Ogos 2008

Bila bangun dari tidur, aku dah mula rasa sakit di bahagian perut...seolah-olah angin dan gastric. Minyak panas dan urut dah tak jalan, aku decide ke Poliklinik Public, Mantin sahaja untuk pemeriksaan, ubat dan MC. Aku drive sendirian ke Mantin ditemani Luqman kerana Luthfil masih tidur, so, hubby tak ikut. Bila sampai di klinik jam lebih kurang 9 setengah, orang dah ramai. Aku dah semakin sakit sampai menggigil-gigil. Cuma jam 11am baru tiba giliran aku. Seperti biasa, doktor bagitau aku gastrik dan angin. Sebelum ni biasanya aku sakit di bahagian bawah rusuk kiri, tapi kali ni aku sakit dibahagian bawah rusuk sebelah kanan.

Bila dah selesai dan nak balik, kereta pulak buat hal, tak boleh nak start. Aku call hubby kat umah mintak dia datang tengok. Dia sampai je, kereta dah ok. So, kami empat beranak decided makan branch kat luar je hari tu, aku tak berani makan banyak sebab dah dinasihati doktor supaya jaga makan. Elakkan makan pedas dan berminyak.

Jam 3 petang kami bertolak balik ke Klang sebab malamnya ada kenduri arwah. Sempat jugak aku menolong orang memasak. Oleh kerana makan sikit tengahari tu, aku jamah seketul kuih keria yang masih panas, memang sedap. Petangnya, angin memulas dan senak di bahagian belikat datang balik..berguling-guling jugak lah aku kat atas katil. Malamnya orang sibuk di dapur, aku langsung tak boleh nak bangun menolong...makan langsung tak boleh. Menunya pulak boleh tahan, asam pedas daging, ayam masak merah, sayur campur, kuih muih, dadih, buah-buahan etc. Aku langsung tak dapat jamah.

Malamnya sakit semakin teruk, makan ubat gastrik pun dah tak jalan. Hubby urut, Makcik urut dan Pakngah urut pun tak dapat membantu. Malamnya aku tak dapat tidur..tak sedar pukul berapa aku tertidur.


Ahad, 10hb Ogos 2008
Bila bangun pagi, sakit dah tak terasa. Aku rasa lega sket. Seksanya kalau sakit tu datang. Paginya aku sarapan nasi goreng dan minum teh. Oleh kerana teringin asam pedas semalam, sempat jugak aku jamah sket pagi tu. Then, tengaharinya sebelum berangkat ke UPM, aku jamah lagi asam pedas tu sket.

Di pertengahan highway Jalan Kebun, aku diserang sakit dada yang teramat, sesak nafas, menyucuk2, mengesak2 sampai ke belakang hingga aku mengalir air mata. Bergegar seat yang aku pegang. Hubby yang tengah driving tak boleh nak buat apa, hanya mintak aku bertahan. Nasib baik masa tu anak-anak sedang tidur.

Mulanya aku mintak hubby hantarkan ke Hospital Serdang sahaja, tetapi perjalanan yang kurasakan teramat jauh, aku mintak hubby kejarkan aku ke Hospital Putrajaya. Sesampai sahaja di Hospital Putrajaya, aku dikejarkan ke wad kecemasan. Diberikan rawatan kecemasan segera. Oksigen dimasukkan dan di test jantung. Darah diambil 2 kali, air dimasukkan 2 botol. Lama jugak aku rasa ditahan di bahagian kecemasan. Hubby dan anak2 ada diluar setia menunggu. Kawan yang sepatutnya aku jumpa di UPM bergegas ke Putrajaya menghantar buku dan nota yang aku nak pinjam. Thanks Shafiza..tak sempat nak beri kuih yang aku tempah sebab dah kelam kabut. Tak lama kemudian, kakak aku yang di Bandar Saujana datang melawat dan membawa Luqman dan Luthfil balik bersama mereka. Mana tahu, aku ditahan lama, kesian pulak hubby mana nak jaga aku, mana nak jaga anak lagi.

Kira-kira jam 10 malam, Dr. Azwan datang memberitahu ujian darah telah keluar. Result menunjukkan aku tidak mempunyai masalah jantung, darah, gastrik, dan organ-organ yang dirasakan berkaitan. Cuma hempedu aku mungkin disuspect mengandungi batu. Simpton2 atau tanda2 kesakitan adalah sama seperti gastrik. Lalu doctor memutuskan aku dibolehkan keluar wad malam itu juga sedangkan waktu itu aku berada dalam kesakitan.

Aku dikehendaki datang semula ke Hospital Putrajaya keesokkan harinya dan MC 1 hari diberikan untuk aku berehat.

Isnin, 11hb Ogos 2008

Selesai menguruskan anak-anak ke Taska, aku dan hubby bergegas ke Hospital Putrajaya. Setibanya di sana, orang dah ramai. Standard la hospital kerajaan. Ingatkan terus berjumpa dengan doctor tetapi terpaksa mendaftar terlebih dahulu dan menunggu giliran dipanggil. Sakit masih berterusan.

Sehinggalah jam melewati hampir pukul 3 petang, tiba giliran aku berjumpa doktor. Doktor Kelvin namanya. Setelah disoal sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi, Dr Kelvin banyak menghabiskan masa di depan komputer menaip tentang apa yang aku maklumkan padanya tadi dan kemudian membuat catatan. Kemudian aku diberikan satu tarikh baru untuk ujian ultrasound. Tarikh yang dipilih ialah 25hb Ogos, manakala pada 27hb aku dikehendaki datang untuk mengetahui hasil ujiannya. Kami sangkakan temujanji pada hari tersebut adalah untuk menscan apa yang menyebabkan sakitku berterusan tanpa henti. Tak dapat aku bayangkan, bagaimana aku dapat bertahan sehingga 25hb hanya untuk menjalani ujian ultrasound, belum lagi membincangkan langkah yang akan dijalankan.

Sebelum balik, aku minta supaya dikeluarkan MC sehari untuk keesokkan harinya. Malangnya tak dapat, tetapi untuk hari tersebut, Dr Kelvin sedia mengeluarkan. Aku cakap, aku dah dapat MC untuk Isnin, Dr Azwan yang keluarkan semalamnya.

Malangnya, bila aku balik ke rumah, aku mintak dengan Hubby MC yang disimpannya. Tertera MC tersebut bertarikh 12hb Ogos (Selasa) bukannya 11 Ogos. Memang mamai la Dr Azwan tu...aku tau la dia baru kawen 2 bulan. Masih berbulan madu kot. Tulis tarikh MC pun tak betul. Terpaksalah aku EL pada 11hb, dan MC 12hb.

Selasa, 12hb Ogos 2008
Aku kembali ke opis walaupun sakitku belum reda. Banyak kerja yang aku perlu bereskan terutama menghabiskan silibus subjek OB untuk pelajar-pelajar UEL. Namun, sehingga jam 11 pagi, aku tidak dapat bertahan dan decided untuk balik ke rumah sahaja. Lagipun aku sepatutnya MC pada hari tersebut.

Rabu (13hb Ogos 2008)
Sakitku masih belum reda. Malam tadi tidak dapat tidur dengan baik..aku tak sedar pukul berapa aku terlelap. Hubby mengajak aku ke klinik apabila melihatkan aku mengerang kesakitan. Sebelum berangkat, aku menghantar SMS kepada Mr Lee, memaklumkan aku sakit dan mungkin akan bercuti lama. Sedangkan aku sendiri tak tahu macammana aku akan bercuti kerana jika dapat MC pun, maybe 1,2 hari sahaja aku dapat. Baki cuti tahunan aku bukannya banyak sangat.

Setelah bersiap, hubby membawa aku ke Poliklinik Mantin. Ya Allah, ramainya manusia. Aku yang hanya menunggu di dalam kereta dan memerhatikan hubby bertanyakan sesuatu kepada staf klinik. Then, hubby maklumkan yang klinik tersebut juga menyediakan perkhidmatan ultrasound, kaedahnya sama seperti scan pregnancy woman. Tapi aku terpaksa menunggu jam 2 petang kerana doctor terpaksa merawat pesakit yang sedang menunggu terlebih dahulu. Aku kemudiannya menelefon Kak Rahizah bertanyakan Hospital Columbia. Tetapi dia mencadangkan supaya aku ke Hospital Pakar Seremban (KPJ) kerana baginya yang pernah mendapatkan rawatan,di situ lebih baik. Kami bergegas ke sana.

Sesampai sahaja di bahagian kecemasan, aku disorong dengan kerusi roda memasuki bahagian kecemasan. Diberikan rawatan segera, diambil tekanan darah dan sebagainya. Tidak lama kemudian, aku dibawa untuk menjalani ujian ultrasound.

Sahlah bahawa hempedu aku mengandungi batu. Jumlahnya bukan sedikit, banyak tidak terkira. Ada yang besar, ada yang kecil. Yang paling besar saiznya adalah 6mm. Terkedu aku dan hubby. Kemudian aku dirujuk kepada doctor pakar iaitu Doktor Lee. Dr Lee merupakan doctor pakar yang biasanya mengendalikan kes-kes seperti aku.

Tepat jam 2.15pm, kami ke Klinik Dr Lee yang berada di tingkat 1. Setelah dilakukan pemeriksaan, dia memberitahu serba sedikit tentang apa sebenarnya yang aku alami berdasarkan scan yang dibuat pada paginya. Apabila dia melihat keadaan aku, dia sudah tahu yang aku berada dalam kesakitan. Kemungkinan besar terdapat batu yang telah tersumbat ke dalam saluran hempedu..itu sebenanrnya yang membuatkan aku kesakitan yang berterusan. Memang..setiap helaan nafas aku dan dengupan jantungku adalah dalam kepayahan. Hanya mereka yang pernah mengalaminya yang dapat memahami dan mengetahui bagaimana sakitnya. Tiada kata-kata yang mampu menerangkan keadaan tersebut.

Menurut Dr Lee lagi, mataku sudah kelihatan kuning..bermakna sudah ada sedikit jangkitan kuman di hati. Terasa berpinar pandanganku..mata mula berkaca2, dan mulutku seakan terkunci, hanya mampu memandang hubby sahaja. Melihat raut wajahnya, aku tahu dia juga turut terkejut dengan apa yang baru didengar dari mulut Dr Lee sebentar tadi. Kami juga turut berbincang tentang segala kemungkinan..rawatan alternatif di hospital kerajaan yang lain termasuklah kosnya. Maklum sahajalah kos hospital swasta..melibatkan pembedahan tentu sahaja akan mencecah puluhan ribu, belum lagi diambil kira kos ubat-ubatan, wad dan konsultation.

Dr Lee kemudiannya meminta aku ke makmal menjalani ujian darah. Semasa menunggu hasil ujian yang memakan masa sejam, kami hanya mampu berdoa agar tidak ada hasil penemuan yang lebih jauh dari apa yang kami dengar tadi.

Setelah hasil ujian darah diperolehi, sekali lagi kami menemui Dr Lee. Jawapannya masih sama, Cuma katanya aku telah mengalami jaundice dan perlu rawatan segera dikhuatiri akan melarat ke sistem ginjal. Manakala saluran hempedu telah membengkak kerana terdapat batu besar di dalam saluran tersebut. Dia sendiri hairan kenapa pihak Hospital Putrajaya tidak mengambil tindakan drastik dengan menjalani ujian ultrasound dengan segera sebaliknya membenarkan aku pulang, sedangkan keadaan aku adalah dalam keadaan kritikal sakit. Hasil ujian juga aku tidak dimaklumkan bahawa aku telah dijangkiti jaundice.

Kami berbincang tentang jenis rawatan yang perlu dilakukan dan manakah hospital kerajaan yang dicadangkan mempunyai kepakaran dan peralatan untuk aku mendapatkan rawatan segera.

Apa yang memeranjatkan aku dan hubby adalah, Hospital Putrajaya, Hospital Seremban dan Hospital Serdang tidak mempunyai doctor pakar dalam kes seperti aku (Gallstone), malahan mereka juga tidak mempunyai peralatan untuk melakukan ERCP dan pembedahan membuang hempedu. Hanya satu hospital yang menawarkan rawatan Gallstone iaitu Hospital Selayang. Terkedu kami buat kali kedua.

Hanya pandangan mata yang mampu aku lontarkan pada hubby…sudah tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Hubby kemudiannya membuat keputusan agar aku mendapatkan rawatan di HPS, KPJ tersebut kerana bimbangkan kesihatan aku yang semakin teruk. Jika ke Hospital Selayang, mungkin aku juga terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

....“Wang boleh dicari….tetapi isteri tiada galang gantinya...“

Setelah melakukan prosedur kemasukan ke wad dan membayar sejumlah deposit, aku dimasukkan air. Sudah lali tangan dan lenganku ditusuk jarum. Malangnya, tiada katil kosong pada waktu tersebut dan aku diletakkan dalam senarai menunggu. Hubby setia menemani di sisi. Cuma aku risau memikirkan anak-anakku. Bagaimana keadaan mereka jika aku ditahan lama di wad. Siapa yang dapat menjaganya.

Hari makin menjengah pukul 4.30pm. Aku menghantar SMS memberitahu Cikgu TASKA Luqman dan Luthfil bahawa mereka kemungkinan dijemput lewat malam selepas jam 10pm dan memaklumkan yang aku dimasukkan ke wad dan akan menjalani pembedahan. Aku menerima balasan SMS yang membuatkan aku bengang seketika.

Aku: Liza, nanti ayah Luqman dan Luthfil akan jemput lewat sket diorang, saya masuk wad sekarang kat Hospital. Maybe dalam pukul 10mlm.

Cikgu : Saya baru nak kuar pegi pasar malam.

Aku: So? (Sebelum tu aku dah forwardkan reply SMS dia kat hubby, dah bengang sangat sebab tak de belas kasihan langsung..bukannya aku tak penah bayar Overtime)

Cikgu: Abis tu, husb akak takkan takde?


Masa ni aku dah kuasa nak layan dia. Aku kemudiannya menelefon Suhaila mintak tolong sangat2 supaya menjemput anakku sebelum jam 6.30pm dan tolong jagakan sehingga hubby balik dari hospital. Terima kasih tak terhingga kepada Suhaila yang mengerti kesulitan kami waktu itu. Jasamu sentiasa dikenang.

Pukul 10 malam, hubby pulang..tinggalah aku sendirian di Wad Sri Selasih. Aku masih tidak dapat melelapkan mata, kali ini bukan hanya disebabkan sakit tetapi memikirkan anak-anakku yang tidak pernah berpisah dengan aku. Tentu mereka akan bertanyakan aku terutama ketika mahu tidur.


Khamis, 14hb Ogos 2008

Sakit semakin berterusan. Tidak boleh makan, tidak boleh minum. Hanya ubat dan air yang dimasukkan ke dalam badan sahaja sebagai penyambung nyawa. Saat paling menyeksakan ialah semasa memasukkan antibiotik ke dalam saluran di lengan..amat memeritkan tetapi terpaksa ku tahan juga. Apalah sakit itu jika dibandingkan dengan sakit sebenar yang kutanggung sekarang.

Pagi ini aku dijangka akan menjalani ERCP untuk membuang batu di dalam saluran hempedu. Batu ini sebenarnya berada di dalam hempedu, tetapi ia telah terlepas masuk ke dalam saluran.

Sehingga jam 2 petang, tibalah giliran aku pula. Selepas menukar pakaian yang dibekalkan, aku disorong masuk ke bilik pembedahan dengan diiringi oleh Hubby seorang. Perasaan berdebar? Entahlah...bermacam2 yang aku fikirkan terutama imagination aku tentang proses yang aku perlu tempuhi.

Saudara mara telah dimaklumkan dan hanya kawan-kawan terdekat sahaja yang mengetahui.

Ketika menunggu ketibaan Dr Lee, aku dibiarkan di atas katil besi yang teramat sejuk. Sejuk aircondnya tak perlu nak diceritakan lagi, ditambah lagi sejuk aku yang dalam debaran. Aku hanya ditemani seorang lelaki muda yang bertugas mengambil gambar X-ray sahaja. Kemudian datang perempuan India berborak dengannya membelah kesunyian bilik sejuk tersebut.

Hampir sejam menunggu, Dr Lee tiba bersama-sama beberapa pembantunya. Selepas menerangkan serba sedikit apa yang bakal aku lalui, beliau meminta aku memberi kerjasama bagi melancarkan ERCP. Aku hanya mengangguk dan berjanji akan memberikan kerjasama sebaik mungkin.

Aku dikehendaki meniarap dengan keadaan kepala di atas bantal menghala ke depan, tangan kiri diluruskan ke bawah dan tangan kanan diletakkan ke atas di sebelah bantal. Nurse kemudiannya meletakkan alat yang mampu mengesan nadi dilenganku. Malangnya, setelah beberapa kali mencuba, bunyi beep-beep masih kedengaran. Sepatutnya bila bertemu tempat yang sesuai, bunyi beep-beep akan hilang. Setelah percubaan di kedua-dua lenganku tidak berjaya, dia mencuba di paha dan betis ku pula. Aku hanya membiarkan sahaja. Yang kelakannya, apabila diletakkan di tangan beliau sendiri, bunyi itu hilang. Dr Lee sudah mula berdehem-dehem kerana hampir 20 minit mereka masih belum menjumpai port yang sesuai. Kalau nak dikatakan aku berdebar ketika itu, aku rileks aje.

Sehinggalah Dr Lee mencadangkan selimut yang menutupi tubuh aku digunakan sebagai pengalas katil kerana kemungkinan katil besi tersebut memberi efek kepada kegagalan menghilangkan beep-beep. Percubaan itu ternyata berhasil setelah dicuba beberapa kali. Aku kemudiannya diberikan ubat bius tetapi masih di paras sedar.

Dr Lee kemudiannya spraykan sesuatu cecair ke dalam mulutku. Rasa nak termuntah serta merta. Tujuannya adalah untuk kebaskan lidah dan tekak supaya senang salur tiub dimasukkan ke dalam mulut sehingga ke salur hempedu. Sebelum memasukkan tiub, satu alat plastik sebesar bola pingpong yang berlubang di tengah dimasukkan kedalam mulut untuk menghalang aku daripada menutup mulut semasa salur dimasukkan. Kemudian dengan pantas Dr Lee memasukkan tiub berwarna hitam sebesar ibu jari ke dalam saluran tekak, aku masih lagi dapat melihat di monitor dan mendengar percakapan Dr dengan nurse di situ. Dr Lee berjaya mengeluarkan sebiji batu sebesar batang pensel dari dalam saluran. Dan didapati saluran sudah membengkak. Dalam keadaan separuh sedar, hampir 15 minit kemudiannya, proses itu selesai. Segala tiub dan kamera dikeluarkan dari mulut. Tekakku terasa amat sakit sehinggakan tidak dapat menelan air liur.

Aku kemudiannya dimasukkan ke wad semula. Aku dikehendaki berpuasa, tanpa makan dan minum, hanya air bercampur sukrosa yang silih berganti dimasukkan melalui tiub.

Selepas batu dikeluarkan dari saluran, sakit tersebut telah hilang. Cuma yang dikhuatiri adalah mataku semakin kuning dan setiap kali membuang air kecil, warnanya seakan oren kemerahan..tanda kuning yang semakin teruk. Tidak dinafikan kerana bacaan hasil ujian darah adalah 286 melebihi paras normal 0-28!

Petangnya, aku menerima kunjungan adik dan suaminya dari Shah Alam, Kak Tie dan Naim. Aku sudah boleh tersenyum, bercakap, dan berjalan dengan laju. Tidak seperti sebelumnya yang hanya mampu bercakap berbisik dan berjalan perlahan-lahan seperti wanita selepas bersalin.

Semasa di Hospital Putrajaya, pergelangan tangan kanan telah digunakan untuk memasukkan air dan ubat. Ianya masih membengkak dan sakit. Jadi, kali ini pergelangan tangan kiri pula yang menjadi mangsa.

Oleh kerana kekerapan memasukkan air, ubat, antibiotik dan sebagainya kedalam salur tiub tersebut, menyebabkan urat tanganku sakit dan semakin membengkak. Nurse kemudiannya mencabut tiub tersebut dan mahu diganti di tempat yang baru. Badanku perlu dibekalkan dengan air bertenaga yang berterusan sedangkan aku perlu berpuasa kerana esoknya perlu menjalani pembedahan.

Dua kali percubaan mencari salur darah di atas tanganku namun masih gagal. Aku diserahkan kepada stafnurse yang lebih senior...pun masih tidak berjaya. Lalu mereka memutuskan untuk menghantar aku ke tingkat bawah untuk diuruskan oleh doktor. Doktor wanita tersebut kemudian melakukan percubaan ke empat di tangan kanan dan kiri. Akhir ikhtiar, Dr memutuskan mencucuk di lengan pula. Subhanallah..bisanya tak terkata! Aku menjerit kesakitan. Mereka dah cuak dan kesian dengan aku. Aku ditakdirkan mempunyai saluran darah ditangan yang sangat halus, sangat sukar dikesan. Yang tambah menyakitkan apabila sekali cucuk, tetapi jarumnya dibelok ke kiri dan ke kanan mencari salur darah. Itu yang aku tak tahan. Sudahnya salur darah baru tak dijumpai, sakit dan lebam di sana sini yang aku dapat.Aku dimaklumkan salur tiub akan dilakukan oleh pakar anastetik.

Malamnya, aku dikunjungi oleh Dr Lee yang bertanyakan perkembanganku. Dan dia juga dikhabarkan oleh nurse tentang masalah belum membuat tiub salur air. Kali ini giliran dia pula mencuba. Dr Lee menepuk2 bekas yang telah dicucuk, tangan sebelah kanan. Semasa mengeluarkan jarum, aku dah memalingkan muka ke arah lain sambil menjerit. Tak sampai 15 saat, dah siap! Sempat dia memerli nurse...“ini bukan kerja doktor pakar bedah...ini keja nurse“...hehehe..nurse kat sebelah tu hanya tersengih je.

Hampir jam 9 malam, Kak Yah dari Penang sekeluarga, Kak Na sekeluarga, Ijan dan hubby tiba membawa anak-anakku. Luqman dan Luthfil merajuk tak mahu dekat dengan aku. Aku dapat rasa mereka berkecil hati kerana aku tiada di samping mereka sudah dua malam. Hubby ada memberitahu, Luqman bertanyakan di mana ibu ketika mahu tidur. Hubby jugak ada memaklumkan yang Luqman cakap tak sayang kat ibu.huhuhu..sedihnya. Dia cakap macam tu sebab aku tinggalkan dan tak hiraukan dia lagi. Luthfil macam biasa, buat muka kesian!

Sebelum mereka pulang, mereka menyaksikan rakaman ERCP yang dilakukan ke atas aku petang tadi melalui laptop yang dibawa hubby. Setelah waktu melawat jam 10pm tamat, mereka semua pulang dan tinggalah aku keseorangan. Hubby balik menemani anak dan Kak Yah sekeluarga yang akan menginap di rumahku malam itu.

Jumaat, 14hb Ogos 2008

Sebelah pagi, Dr Lee berkunjung bertanyakan perkembanganku. Dia memaklumkan aku akan dibedah bila-bila masa sahaja, kemungkinan jam 2.30pm.

Hampir jam 12.30pm, aku dikejutkan dengan kunjungan Suhaila, Ummi, Ustaz Hud dan Zuraini. Terharu aku menerima kunjungan mereka. Tak sedar bersembang, waktu solat Jumaat telah tiba. Hubby mengajak Ustaz bersembahyang di Masjid Bukit Chedang, kemudian akan menghantar terus ke Kolej. Bolehlah mereka bertiga sambung menemani aku lama sket. Hubby ada urusan yang perlu diuruskan di bank.

Sedang rancak berborak tentang macam-macam perkara (hampir seminggu aku tak masuk kerja, macam-macam cerita yang aku dengar), aku dikejutkan dengan kehadiran nurse yang mintak aku bersiap ke bilik bedah. Aku yang belum bersedia, agak terkejut dan berdebar-debar jantung seketika. Dengan bantuan Suhaila dan Ummi, aku menukar baju ke bilik bedah. Sempat lagi berposing sebelum aku ditolak ke katil. Thanks Ummi!

Aku tiba di bilik bedah jam 1.50pm. Nurse membiarkan aku di bawah cahaya lampu. Terkebil-kebil aku kesejukan. Sambil itu, aku sempat memerhatikan gelagat dan perbualan doktor-doktor dan pembantu di dalam bilik bedah tersebut. Bagaimana la mereka boleh bekerja seharian di dalam bilik sesejuk itu sedangkan aku dah menggigil-gigil kesejukan. Hampir satu jam aku dibiarkan sementara mereka menyiapkan peralatan dan menunggu kedatangan Dr Lee yang baru habis pembedahan pesakit lain.

Aku kemudiannya didatangi seorang lelaki. Dia memperkenalkan diri sebagai Dr Amran, pakar bius. Kemudian dia berlalu pergi.

Setelah persediaan dilakukan, aku disorong ke Bilik Bedah Tiga. Perasaan mula bercampur baur. Ini kali kedua aku akan dibedah. Bezanya kali ini aku akan dibius sepenuhnya berbanding semasa caeserean dulu, aku dibius separuh sahaja.

Aku dialihkan ke katil dibawah lampu-lampu yang pelbagai saiz. Dr Amran kemudiannya berbual-bual denganku sambil tangannya ligat membuat kerjanya. Yang aku nampak ada 2 jarum suntikan. Sebelum menyuntik ubat ke tiub dilenganku, dia sempat bertanya tentang anak-anakku, asal, dan kerja. Tiub oksigen mula dipasang dihidung. Apabila suntikan diberikan, aku ingatkan sempat la mamai sekejap, rupanya padam terus!

Apabila aku sedar sahaja, namaku dipanggil. Dalam keadaan separuh sedar, aku dapat mendengar suara Dr Lee yang mengatakan pembedahan sudah selesai. Sekejap je aku rasa tidur tadi, seakan 5 minit. Rupanya hari sudah beransur petang lebih kurang pukul 5 lebih. Aku dihantar kembali ke wad. Hasil dari pembedahan tersebut, Dr Lee menyerahkan dua bekas plastik yang berisi 30 biji batu dari dalam hempedu dan satu bekas yang mengandungi hempeduku yang telah dipotong keluar. Rakaman VCD sepanjang proses pembedahan selama 1 jam lebih turut diserahkan!

Ubat bius yang semakin habis membuatkan aku menggigil kesakitan yang teramat. Terdapat 4 lubang yang ditebuk iaitu di pusat (untuk kamera), bawah dada, bawah rusuk dan tepi perut sebelah kanan.

Rasanya perit seakan luka disimbah asid (walaupun aku tak pernah disimbah asid..tapi pedih dan bahangnya kurasa di dalam badan). Luka tebukan dibahagian tengah badan terutamanya dan dibahagian pusat sangat menyakitkan. Sakitnya mengalahkan sakit caeserean sehinggakan aku tidak boleh bercakap dan bergerak. Hanya airmata yang mampu mentafsir segalanya. Aku hanya mampu menggenggam tangan Kak Yah untuk menyatakan betapa sakitnya aku pada masa itu sambil air mata mengalir laju..

Aku antara nampak dan tidak, FIL, Kak Ida, Izzati dan Mamat yang berada di hujung katil.

Sakit bertambah menjelang malam kerana ubat tahan sakit yang diberikan selepas pembedahan semakin hilang. Dr Lee tidak membenarkan aku diberi ubat tahan sakit sehinggalah jam 10 malam. Selepas ubat tahan sakit diberikan, barulah aku boleh tidur lena.

Malamnya, hubby menemaniku kerana aku tidak berupaya untuk bangun. Jam 2 pagi aku tersedar..kesian melihat hubby kesejukan. Aku minta dia balik sahaja tidur di rumah. Lagipun aku tidak perlu ke tandas kerana tiub kencing sudah dipasang.

Malam tu anak-anakku tidak bersama ibu atau ayah mereka. Bagaimanalah mereka berdua..Luqman dan Luthfil tidak pernah berpisah dengan kami serentak. Kebiasaannya, walaupun mereka tidur berdua di bilik berasingan dengan kami, di awal pagi mereka akan mencari kami. Air mata mengalir lagi..tabahlah wahai hati...Aku mesti kembali sihat demi hubby dan anak-anak tercinta.

Sabtu (15hb Ogos 2008)

Badanku terutama belakang sakit2 kerana tidak dapat mengiring ke kiri dan ke kanan..hanya mampu terlentang sahaja sejak beberapa hari yang lalu. Ketika nurse datang mahu mengemaskan katil, aku gagahkan diri bangun dan duduk di kerusi. Kemudian baring kembali. Sebelum tengahari tiub kencing sudah dikeluarkan.

Hubby datang menemani sejak pagi selepas selesai mengemas rumah. Sakit, pedih dan bisa makin berkurang. Antibiotik terus diberikan untuk mengurangkan jaundice. Mata masih kuning.

Aku masih terus berpuasa, tidak makan dan minum tetapi masih dibekalkan air melalui tiub. Hubby yang tak jemu-jemu memapah jika aku ingin ke bilik air. Besar sungguh pengorbanan hubby kerana tidak jemu menjaga aku walaupun aku sedang sakit.

...Abang buktikan apa yang telah abang cakap sebelum ini..susah senang kita bersama..

Kemungkinan kalau semuanya baik, aku akan dibenarkan keluar esok.

Malamnya, aku ditemani hubby hingga ke siang. Kali ni kurang sejuk sebab dia telah bersedia membawa bantal dan selimut! Tidur je masih di atas kerusi.


Ahad (16hb Ogos 2008)

Aku dah boleh bangun, berjalan perlahan-lahan ke bilik air dan mandi sendiri. Badan terasa segar sedikit. Selesai mandi, rambut di sisir rapi oleh hubby dan ditocang. Kadang-kadang sempat dia berlawak membuatkan aku tak dapat menahan ketawa. Bila batuk dan ketawa kena kontrol sebab perut masih sakit.

Lebih kurang jam 11.30am, Dr Lee melawat. Dia memberitahu bahawa aku sudah boleh discharge. Lega rasanya. Maklum sahajalah..lagi lama aku ditahan makin banyak yang perlu ditanggung. Kami bukan orang kaya. Semua ditanggung sendiri. Apa yang berlaku ini menyebabkan kami berfikir tentang betapa pentingnya perlindungan insuran dan syarikat tempat bekerja yang mampu menampung kos perubatan. Setakat sekarang pun kos dah mencecah belasan ribu..tawakkal kepada Allah sahaja. Semoga DIA mempermudahkan semuanya.


Akhir bicara, sekalung penghargaan kepada saudara-mara dan rakan taulan yang mengambil berat bertanya khabar. Aku memahami keadaan kalian yang jauh dan mungkin juga kesibukan tugas untuk menziarahi aku di hospital, tapi panggilan telefon dan SMS yang dikirimkan sudah cukup membuatkan aku terharu dan sangat-sangat menghargainya.

Kepada Ma dan Wan yang datang menjaga aku sekarang, tiada kata yang mampu dilafazkan selain ucapan kesyukuran yang tidak terhingga.

Kepada Kak Yah & Abang Nuar serta keluarga, Kak Na dan Abang Mi & keluarga, Ijan, Kak Tie & Naim, terima kasih kerana menjaga Luqman dan Luthfil.

Kepada Abang Za, Abang Zul, Cik Ngah, Bik Nah, Ayah, Kak Ida, Mamat, (keluarga) Opis mate hubby, Kak Rahizah, Fekry, En Zul, Kak Nor, Kak Siti, Shafiza, Azwa, Sharifah, Kak Ani, Ustaz Hud, Suhaila, Ummi, Zuraini, Pak Suhal, Jessica, Siti dan Oii yang mendoakan aku agar cepat sembuh, jutaan terima kasih diucapkan.

Terima kasih juga kepada Pihak Pengurusan Legenda Education Group yang mengirimkan sebakul buah dan bunga atas ingatan kalian kepadaku. Agak terkejut di atas kunjungan florist di pagi hari mengetuk pintu rumahku.

Hanya di saat kita sakit dan berada dalam kesusahan barulah kita tahu siapa sebenarnya kawan sejati. Usia perkenalan baru atau lama tidak menjadi kayu pengukur kepada timbangrasa dan keperihatinan manusia. Yang penting adalah perasaan tanggungjawab, kasih sayang dan keikhlasan sesama insan. Itu yang aku belajar daripada apa yang berlaku ke atas diri aku selama ini.

Selepas ini aku akan bercuti panjang sehingga aku betul-betul sihat untuk kembali bekerja.

TERIMA KASIH SEMUA DI ATAS DOA KALIAN UNTUK KESEJAHTERAANKU.

Friday, August 08, 2008

Pemimpin Ahli dan Pemimpin Bebal

Entry ni aku salin dan tampal aje...[Sumber: Azizi Abdullah]

Dalam buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu, terbitan BDP penulisnya Tenas Effendy menulis, di antara jenis pemimpin,ialah ‘Pemimpin Ahli dan Pemimpin Bebal.’

Pemimpin Ahli, kata orang tua-tua, dadanya bersisi. Dalam ungkapan adat dikatakan pemimpin ahli banyak fahamnya, kepala berisi penuh dadanya.

Sebagai pemimpin ianya ahli
Pengetahuan luas serta berbudi
Kesusahan rakyat ia amati
Kesulitan orang ia peduli
Sumpah dijunjung amanah diikuti
Memikul beban sepenuh hati
Rakyat rukun padi menjadi.
Dijadikan pemimpin berutah negeri
Dijadikan tua ia terpuji
Dijadikan induk tuah berdiri
Umat sentosa bertuah negeri.


Manakala Pemimpin Bebal pula, pemimpin yang sama sekali tidak memiliki kecerdasan dan tidak pula mampu melaksanakan tugasnya. Orang tua-tua berkata: Apa tanda pemimpin bebal, sampai tua tidak menyorong akal, tak tahu beza nangka dan temabal.

Menjadi pemimpin dungu dan bebal
Dada kosong akal sejengkal
Bercakap tidak berhujung pangkal
Mempimpin bagai kehilangan akal
Diberi nasihat telinganya tebal
Rakyat sangsara negeri tertinggal
Dijadikan pemimpin pasti menyesal
Dijadikan tua hilanglah akal
Dijadikan induk anak dibedal
Negeri rosak rakyat terjual.

Wednesday, August 06, 2008

Ayat-ayat Cinta (Rossa)

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

repeat reff

ketika ku bersujud

Kenangan di Pulau Langkawi..suatu masa dulu, 2001





Perkelahan bersama kawan2...kebanyakannya lecturer.

Hanya khusus untuk yang bujang2 sahaja..diulang..bujang sahaja! ha ha ha

Tahun 2001 aku blom kawen la..hehehe

Sekarang ramai yang dah jadi mak orang.

Dari 16 Jun 2001 - Oktober 2002, setahun lebih aku jadi perantau di Langkawi.

Mula2 sampai, seronok la..masuk setengah tahun, boring giler!

Nak balik kampung, seksa! Mengambil masa sehari perjalanan dan amat memenatkan.

Sempat naik flight MAS ke KL bulan Ogos 2001, untuk attend interview kat UKM dan konvokesyen. Masa tu tiket flight blom naik, AIRASIA pun blom ada!

Apa istimewanya Langkawi..? Entah laa..aku cuma teringat betapa sedapnya makan kat Kedai Bob, kat Kolej dan Restoren Nelayan, di Bukit Malut tu jer..fresh dan murah..huhuhu..

Kenangan di Pulau Sibu


Aku boring sungguh takde idea nak menulis.

Aku godek2 laptop, tetiba jumpa lak gambar nih..

Rindunya pada Pulau Sibu, Mersing...

Suatu hari kalau ada rezeki, kami akan berkunjung ke sana, bukan berdua lagi tapi berempat!

Pulau Sibu...menyimpan seribu kenangan manis yang tak mungkin ku lupakan.

Make up

Fitrah sebagai perempuan, mereka mahu dilihat cantik dan anggun sentiasa. Sebab tu la ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kelihatan cantik.

Aku tak kisah apa yang orang lain kata tentang aku as long as hubby tak komen apa2. Malah, dia tak suka sangat perempuan bersolek, tak natural beuty katanya. Dia suka aku sebab diri aku yang sebenar, bukan aku yang 'plastik'.

Aku bukanlah dalam kategori perempuan tipikal yang suka bersolek. Cukup sekadar lipstik dan bedak je..sempoi kan?

Bagi aku, membazir masa je mengadap cermin lelama dok belek, telek muka. Paling lama aku bersolek pun tak sampai 5 minit. Malah aku tak de pun almari solek..huhuhu..untung la cik abang aku, low maintenance.

Alhamdulillah, aku takde masalah kulit muka. Cuma jerawat je sesekali singgah kat hidung bila aku makan belacan.

Sejak dari bujang dulu, mak aku tak bagi aku pakai apa2 kat muka..especially benda2 yang kat muka..dia kata muka dah elok, jangan nak memandai2 sapu yang bukan2..tak pasal2 tumbuh jerawat.

Kadang teringin jugak nak pakai bila tengok kengkawan ada macam2..pembersih, toner, cream, pelembab dan macam2 lagi la..aku tak reti sebab tu aku tak tahu. First time aku beli alat make up adalah masa aku nak kawen dulu..pakai masa tu je, pastu simpan..hehehe..pastu buang!

Tambah pulak, aku bukan lah jenis yang berdisiplin nak buat sebagai perkara yang rutin tiap2 hari, hangat2 chicken shit jer!

Ramai orang tak caya kalau aku cakap, aku just pakai bedak johnson & johnson jer. Bedak yang aku beli singgit je kat giant tahun lepas pun masih ada lagi. Kalau dulu aku siap letak dalam handbag lagi bila kuar umah..huhuhu..kalau nak berbedak kat surau tu, terpaksa sorok2 sebab malu orang tengok. Apa kelas pakai bedak johnson! Suka ati arr..

Then, bila aku dah start keja, aku mula berjinak2 beli bedak compact yang 2 way foundation...Loreal, lipstik pun Loreal gak,eye shadow Loreal, pencuci muka pun Loreal gak..Ye laa..dah keja, tak nak la orang kata aku selekeh pucat jer..Tapi macam biasa la..aku bukan jenis kaki make up..sampai expired pun tak abis2 lagi make up tu.

Aku dah banyak kali tukar brand..and i'm not brand loyalty ok! Tak laku promote kat orang macam aku nih. Time beli semangat berkobar nak pakai, 2, 3 minggu pastu aku kembali kepada asal..sempoi!

Sekarang ni aku pakai lipstik Revlon, dah boring pakai Maybelline..cuma lipgloss and eye shadow je aku pilih maybelline, bedak pulak aku dah beralih kepada silkygirl..sebab boleh cepat abis!

Perfume lak, aku agak memilih sket..sib baik la memilih yang murah2 je..bukannyer yang international brand. Asalkan ada tanda 'halal' dan dijamin suci, itu yang aku pilih. Biarlah orang kata aku tak up to date pun, aku tak kisah..channel ke, CD ke, aku tak heran..i can afford, but i'm not that kind of women yang akan berbelanja ke arah tu semua..baik aku beli benda lain yang lebih berfaedah.Lagipun tahap kesucian dan ke'halal'an boleh dipersoalkan. Aku tak nak ibadah solat aku sia2 je.

On the way balik semalam, aku dok bising pasal ada jerawat singgah kat hidung aku..memang tak selesa sungguh, tangan tu tak lekang dok kutis.

Selama ni hubby tak penah lak tanya aku, pakai cleanser apa.pakai bedak kat muka, kena la pakai cleanser, kalau tak macam tak bersih la.

huhuhu..semalam dia tanya..mn ada pakai, sekadar angkat air sembahyang je la cleanser yang paling kerap aku pakai. Sebelum ni aku ada pakai Garnier, tapi sejak tertinggal kat kampung ari tu, aku dah malas nak beli baru. Bila pakai rasa bahang je muka..aku agak, tak serasi kot.

mmm...oleh kerana dia dah bertanya, kat KLCC semalam kami singgah kat Himalaya. Aku dok belek2 cleanser tu, baca ingredients, sesuai ke tak sesuai, harga pun not bad, so aku pun belilah..mudah bukan!

Tak Puas Hati

Semalam aku ada bengkel kat UTM,KL. Pergi dan balik hubby antarkan.

Oleh kerana aku boleh skip abis awal, so ada masa banyak sebelum ke UPM.

Kami decide ke KLCC. Mulanya rasa nak tengok wayang, ramainya manusia yang tengah beratur..buang masa je tunggu lama2. So, kami ke KINOKUNUYA.

Aku ingat nak cari novel..tapi dok pikir2, sempat ke aku nak mengadap baca novel, baik aku buat projek..Bila dah grad nanti, ngadap la sepuas2nya. So, tak jadi beli lah..just beli buku English je.

Rasa lapar lah pulak. Kami masuk ke satu tempat makan yang terkenal dengan kelazatan keknya..kali ke2. Kali pertama dulu kat Midvalley.

Aku order Grill chicken mushroom, hubby order makanan jepun.

Dah le waiter tu silap buat order kat hubby, aku punya order pulak..huhu..hangin jer.

Chicken grill tu ok la..kuahnya panas lagi..tapi nasinya sejuk macam keluar peti ais jer. Aku tak lalu nak makan. Salad pulak dah lama, timun dah bau busuk..aku tak puas hati betul.

Time waitress nak angkat pinggan, aku saje buat2 tanya..dik, nasik ni mmg sejuk ehh...dia buat2 terkejut lak.sengaja aku kuatkan suara, biar manager dia dengar kat meja sebelah kami.

Tobat dah..itu lah kali pertama dan terakhir aku jejakkan kaki kat restoren yang 'terkenal' seantero dunia tuh!

Monday, August 04, 2008

Luqman

Sekarang, Luqman & Luthfil dah berani tido dalam bilik sendiri. Selalunya sebelum tido aku akan temankan dulu..kadang2 baca buku cerita, kadang2 dengar Luqman bercerita.

Dan sebelum tido, aku akan baca Alfatihah dan 3 QUL dan sapu kat muka mereka.

Luqman dah boleh hafal ke empat2 surah tu. Malah kalau aku tersasul baca, dia akan cakap..'ibu..salah la...'! Ehhh..tau pulak dia..hehehe..

Nak bangun pagi, liat sungguh.Selagi aku tak masuk tido, selagi tu la dok melekat depan tv...pukul 12 tu standard waktu dia tido, kadang2 tu sampai kol 1am.Sampai kena marah dengan ayah baru masuk tido.

Pagi tadi nasib baik tak kena tinggal dengan cikgu.

Friday, August 01, 2008

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .

Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .

Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..





Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala.