Tuesday, March 17, 2009
Cuti-cuti di Melaka
Rasa malasnyer nak masuk kerja hari ni. Bermula sejak Jumaat lepas aku bercuti..itu pun ada yang masih menghubungi aku. Waktu cuti aku memang tak layan call dari opis especially kalau dari Botak.
Jumaat, 13 Mac 2009, seperti yang dirancang sekian lama, aku bersama 68 pelajar UTMKL mula bertolak ke Melaka. Mulanya, hubby dan anak2 ikut serta bersama sejak pagi tapi memandangkan hubby ada meeting pada pagi Jumaat tu, aku terpaksa berangkat dahulu menaiki bas bersama para pelajar. Hubby dan anak-anak menyusul pada petangnya.
Perjalanan ke Muara Beach Resort di Pengkalan Balak mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sesampai di sana, aku diberikan bilik dan kemudiannya kami menjamu selera. Juadah pada tengah hari tersebut adalah asam pedas ikan parang + bendi, ayam masak merah, sayur campur dan buah. Aku yang kurang selera makan hanya menjamah sekadarnya sahaja.
Petangnya kami ke Ladang Satelit atau lebih dikenali sebagai Melaka Tourism Tropical Farm (MTTF). Seronok jugak berjalan dengan budak2 ni. Walaupun aku tidak berapa mengenali nama-nama pelajarku, tapi mereka tetap melayan aku dengan baik. Pengalaman menaiki kenderaan mengelilingi ladang satelit sangat menyeronokkan. Banyak information yang kami dapat, melihat tanaman sayur2an, ulama2an, buah2an dan mini zoo.
Petangnya, jam 5 petang kami terus berangkat ke Jonker Walk, Bandar Hilir. Ketika pelajar2ku berjalan2 di sekitar Jonker Walk, aku menunggu hubby dan anak2 yang sudah tiba. Jonker Walk ni sama seakan Petaling Street di KL. Aku tak mengikut..tak larat nak berjalan. Rupanya hubby ada bawak Luqman dan Luthfil naik Eye On Melaka..huhuhu..tak tunggu ibu yer..
Lebih kurang jam 8.30malam, kami berangkat pulang ke chalet. Selepas makan malam, bersihkan diri, solat...apalagi..zzzzz..ponat!
Sabtu, 14 Mac 2009
Aktiviti sebelah pagi adalah sukaneka. Geli hati aku melihat organizer sukaneka ni apabila kerap kali dibantah oleh peserta. Bagi instruction pun dah tunggang langgang. terpaksa aku campur tangan, kalau tak, tak tahulah bila nak siap game tu. Masa ni lah aku membuat penilaian terhadap kebolehan mereka mengendalikan program, keupayaan untuk memberi arahan dan peraturan permainan.
Selepas sarapan, kami bersiap untuk ke Bukit Katil melihat aktiviti IKS, perusahaan membuat cake & cookies. Wah..sambutan yang diberikan adalah amat mengharukan. Taklimat diberikan oleh Pegawai Pemasaran Agensi kerajaan. Walaupun aku keletihan berjalan di tengah2 panas, tapi kami tetap dilayan dan dijamu cookies and cake sebagai buah tangan. Kesian Luqman and Luthfil kena berjalan, bas tak dapat nak masuk ke kawasan tu sebab jalannya sempit.
Selesai sesi di Bukit Katil, kami bergerak pula ke tempat perternakan cacing di Kampung Tehel. Sambutan ni lagi gempak. Siap YB nak datang dan nak diadakan PC lagi. Nasib baik tak jadi..huhuhu..hanya Tok Penghulu dan pengerusi JKKK yang mewakili YB kawasan tuh. Diorang ni biar betul. Kat kampung ni juga kami dijamu dengan mee kari yang sangat sedap. Dalam tak selera aku pun, abis jugak la satu mangkuk sambil melayan Luthfil Hadi makan nasi dengan kicap.
Kami bertolak pulang ke chalet penginapan hampir jam 5.30petang. Sesi persiapan BBQ pulak. Oleh kerana kelewatan sampai di chalet, sesi BBQ bermula hampir jam 10pm. Perut dah mula berkeroncong. Mulanya ada aktiviti persembahan, tapi bila masing2 dah kepenatan, hanya sesi penyampaian hadiah dan cenderahati sahaja diadakan. tak lupa, aku diminta untuk memberikan sepatah dua kata. Memang kali ni, aku rasa seronok sangat berpeluang mengajar pelajar UTMKL. Attitude mereka jauh lebih baik dari attitude pelajar2ku di sini.
Ahad, 15 Mac 209.
Jam 9 pagi, kami berangkat ke Pusat Penetasan Penyu. Actually aktiviti ini tiada dalam perancangan. Tapi alang2 tempat tu dekat sangat dengan tempat penginapan, why not kami pergi je..lagipun free entrance. First time aku dapat tengok penyu secara live. Luthfil pun teruja nak pegang penyu yang berenang2 kat dalam kolam tu. Tapi apakan daya, tangannya tak sampai.
Selepas check out, kami mula berangkat ke Bandar Hilir sekali lagi. Again!! Kali ni nak masuk ke tempat berbayar pulak. Aku cuma sempat masuk ke 2 buah kapal sahaja, yang lain2 aku tak pergi..panas dan tak larat nak berjalan. Kami anak beranak just lepak kat McDonald sahaja.
Jam 5 petang, kami bertolak balik. Nanti kalau ada masa aku upload gambar2 lawatan tu.
Semalam aku MC..penatnyer...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment