Berdebar-debar saya kini menghitung hari kedatangan orang baru dalam keluarga. Ramai yang bertanya, boy atau girl kali ni?...hehehe..kami pun suspens jugak ni..dah 6 kali scan tapi si dia masih lagi malu2 untuk menonjolkan diri, X atau Y? Yang pasti kami hanya menyediakan satu nama sahaja..hahahah..kira gamble la..
Persediaan menyambut orang baru pulak..hanya sekadarnya sahaja. Tak mahu membazir..just beli ikut keperluan sahaja memandangkan baju2 abang2nya masih lagi elok untuk digunakan. Cuma beli beberapa pasang baju baru dan kelengkapan lain untuk memeriahkan suasana sahaja..semangat untuk orang baru sentiasa ada..baru meriah gitew. Walaupun kami belum pasti X atau Y, tapi geram jugak tengok baju2 yang kaler pink ropol2 tu..rembat jugak la 2 pasang..huhuhu...
Rasanya minggu ni last masuk kelas..dah tak larat nak memanjat anak tangga. Carrymark coursework dah siap, silibus dah habis, excercise pun dah diberi, tips pun dah diberi..kalau tak boleh jawab lagi tatau nak cakap apa la.. Rasanya dalam tempoh maternity leave nanti saya juga akan bergelumang dengan kesibukan marking final paper. Kalau ada pembantu ok gak ek..amacam Abang Chik? Boleh subcontract tak? Hehehe..ntah2 dia pun dah lesap pegi berpoya2 ke Pulau Langkawi masa tu!
Akhir sekali, saya amat mengharapkan doa dari kalian semua agar mendoakan kesejahteraan saya dan supaya selamat semuanya. Amin.
Jumpa lagi jika ada kelapangan.
Sekian.
1 comment:
saya akan ke langkawi..ada nak kirim pape x?
Post a Comment