Thursday, December 17, 2009

dasar penipu...

Hangat hati saya mendengar cerita daripada my sis yang baru-baru ni pergi bercuti di Kuching, Sarawak bersama rakan2nya. Alkisahnya my sis kena tipu dengan seorang lelaki yang kononnya sangat baik budi pekertinya.

Rancangan untuk bercuti ke Sarawak telah dirancang sekian lama. Sebelum ni my sis ada mintak tolong saya untuk mencarikan kereta sewa jenis MPV untuk kegunaan semasa bercuti di sana. Kebetulan saya penah ke sana untuk bercuti bulan Mei yang lalu. Saya kemudiannya minta tolong kenalan untuk mencarikan sebuah MPV untuk kegunaan beliau dan rakan-rakannya seramai 6 orang. Semuanya cikgu. Malangnya, tiba hari ketibaan kakak di airport, tuan punya kenderaan tidak muncul tiba menyebabkan mereka mereka menyewa MPV lain.

Menurut cerita, ketika mereka bersarapan di hotel penginapan mereka, mereka berkenalan dengan seorang lelaki yang boleh memberi perkhidmatan kereta sewa kepada pelancong. Konon2nya dia ni sedara kepada KM Sarawak. (*penipu btol*)

Selama 3 hari di sana, lelaki itu juga yang menjadi driver mereka ke sana sini. Layanan yang diberikan sungguh memuaskan dan sanggup menunaikan segala permintaan mereka2 ni..memang tak sangka sungguh.

Kalau dah sampai ke sana, tak sah kalau tak bawak balik tikar Sarawak. Tanpa merasa curiga, kakak and the gang ni di offer oleh si lelaki durjana ni untuk tolong belikan tikar..konon2nya boleh dapat murah le sikit berbanding beli kat kedai. Janji 2 minggu lepas balik, tikar akan sampai. Hampess..sampai ke la ni tikar terbang tu tak sampai2..Bila di SMS, banyak jer excuse, call tak angkat dan sekarang ni langsung tak de dengar cerita.

So, moral of the strory, jangan percaya kat orang yang bermulut manis tapi hati hitam macam setan terutamanya orang yang tidak dikenali hati budinya..dah banyak kali rupanya dia buat keja macam tu..dah ramai yang kena tipu. My sis and the gang ni tak tahu lah mangsa yang ke berapa.

1 comment:

Anonymous said...

mana gambar si penyangak bedebah tu??? letak sekali addressnya...pekerja di restorant hotel 360...