Thursday, May 31, 2012

bos oh bos..

Alhamdulillah...lega rasanya bila dah habis marking. Actually esok tarikh akhir submit markah, tapi ibu cepat2 siapkan malas nak bertangguh. Lepas ini sibuk menyiapkan teaching file pula yang perlu disubmit by 7 June.

Boss ibu asyik dok tanya bila nak due. Alahaii..macam nak menghalau ibu ajer..huhuhu. Tadi pun tanya bila ibu induce, manalah ibu tahu sebab doktor tak bagitahu date lagi. Haiyyaaa..

Sunday, May 27, 2012

Kek Velvet Pelangi

Petang tadi dengan semangat berkobar2 ibu membuat kek velvet pelangi untuk dibawa ke rumah adik di Shah Alam sempena kedatangan keluarga dari kampung.

Kali ini kek lain dari kebiasaan yang ibu buat. Dah selalu sangat buat kek coklat, so nak try buat kek velvet pelangi pulak. Dengan gigihnya menggoogle cari resepi dalam internet.

Dengan skemanya mengikut arahan resepi yang didapati dari laman web myresepi. Tapi hasilnya kurang memuaskan. Nak ambil gambar pun takde mood.Huhuhu..hubby cakap rasanya dah okey, gebu dan tak manis sangat, tapi rupa paras yang sebiji tu kurang mengancam. Cepat2 ibu potong empat segi dan masukkan dalam bekas. Nasib baik anak2 suka makan, diorang teruja kot tengok colourful.

Nampaknya kena try resepi lain pulak. Nak try sehingga menjadi:P






Friday, May 25, 2012

Happy Anniversary~1 dekad!

Jeng!Jeng!Jeng!

Diam tak diam usia perkahwinan kami sudah menjangkau 1 dekad = 10 tahun!

Semalam ibu cuti sehari sebab ada appoinment di  Hospital Serdang. Habis urusan tepat jam 1.30pm. So, lepas hubby jemput ibu di hospital, kami terus ke Mines. Planningnya nak sambut pra-anniversary berdua-duaan..hehehe. Tak sedar diri tu walau dah tak larat jalan. Tapi gagahkan juga sebab memikirkan anniversary istimewa tahun ini.

Semasa hubby di pejabat, ibu pesan kat hubby suruh dia google booking tiket wayang citer Avengers yang hubby nak tengok. Nasib baik ada tayangan jam 3.30pm. Sangat ketinggalan kami kan! Dah sebulan lebih cerita ni ditayangkan, baru kali ni kami berpeluang nak tengok. hehehe..

Lepas mengisi perut dan solat zohor..kami bergegas ke tingkat 3. Hubby pilih couple seat, paling belakang! Special gitew! Yang kelakarnya, kami orang yang paling awal masuk panggung tu..ingatkan kami je penontonnya. Yelah..selalunya kami masuk bila wayang dah mula. Lepas 2,3 minit kami duduk, barulah ada penonton lain yang masuk..rupanya kami bukanlah orang yang terakhir menonton Avengers..hahaha:P

Best jugak citer tu, tak terasa boringnya. Alhamdulillah dapat meluangkan masa bersama-sama walaupun sambutan tak seberapa. (Actually esok 26 Mei tarikh kami kahwin) Ibu cakap kat hubby, hadiah anniversary kali ini sangat bermakna, sangat besar sampai tak larat nak bawa..hadiah dah ada cuma belum tiba masa dia nak tonjolkan diri, tunggu bulan depan..hehehe.

Tempoh 10 tahun usia perkahwinan ~ 4 (insyaallah) permata hati kami...itulah hadiah paling bermakna!!



Tuesday, May 22, 2012

Puding Roti Karamel

Bekalan roti gardenier memang tak pernah putus kat rumah. Kadang kala tak sempat nak habis, dah bertambah dengan bekalan baru.

Semalam ibu nampak ada separuh lagi roti gardenier elok terletak kat dapur walhal tarikh luputnya semalam. So, untuk tidak membazir (cecece..konon:p), ibu nak menerai sekali lagi buat Puding Roti Karamel. Dulu dah pernah buat menggunakan resepi yang diberi oleh kakak ipar, tetapi tak menjadi. So, dengan gigihnya harap2 kali ini menjadi la. Ibu cilok resepi kat internet jer dan modified sket.


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Bahan2:
3 sudu besar gula pasir
4 keping roti gardenier
3 biji telur gred A (ibu guna gred B 4 biji)
1 tin susu cair ideal
1/4 cawan air
1/4 cawan susu pekat
1 sudu esen vanila


Cara masak:
1. Panaskan gula dalam kuali nonstick - (sangat la mencabar nak buat caramel ni..). Guna api perlahan, kacau sampai gula larut dan tambah 2 sudu air. Bila dah larut dan hancur, tuang dalam loyang dan ketepikan.
2. Panaskan pengukus.
3. Masa tengah buat gula caramel tu, ibu rendam roti yang dicarik2kan ke dalam susu cair. Buang bahagian tepi.
4. Pukul telur dan tapis.
5. Blend roti bersama2 dengan susu cair dan susu pekat sehingga sebati. Kemudian masukkan telur yang ditapis dan esen vanila. Blend sampai sebati.
6. Tapis sekali lagi ke dalam loyang tadi.
7. Kukus selama 40-50 minit.

Puas hati hasil kali ini..but still need improvement:)

Nampak tak ada pisau hijau kat atas tu? Si kecik Wafa Aleesya tak sabar nak memotong..huhu..hancur puding ibu dikerjakannya. Pagi ini bawa ke office untuk kengkawan jamah

Monday, May 21, 2012

Resepi Onde-onde aka Buah Melaka

Di petang yang sejuk dan ribut taufan kehujanan semalam, ibu tergerak hati rasa nak buat onde-onde @ buah melaka. Idea nak membuat tu selepas tengok ada lebihan kelapa parut untuk kerabu pegaga juadah tengahari. Ada je idea kannn. Nak menggogle internet, malas..maka ibu menggoogle kakak bertanyakan resepi. First time buat nih:)

Adunan: 2 cawan tepung pulut, air pandan, kapur makan dan secubit garam.

Manisan yang dipotong kecil2.

Bulat2kan dan leperkan untuk memasukkan manisan

Comel tak? Ada besar, ada kecik..hehehe

Masukkan dalam air yang menggelegak..tunggu sehingga ianya timbul dan angkat guna tapis.

Golekkan atas kelapa parut putih yang ditabur sedikit garam.

Tadaaaaa...inilah hasilnya. Dapat 30+ biji, separuh hulur kat jiran. Ibu makan 3,4 biji ajer sebab onde2 ni bukanlah ibu  fanatik sangat, hubby yg banyak makan.

Saturday, May 19, 2012

Gotong royong

Seperti biasa setiap Sabtu hubby akan ke fakulti untuk kerja-kerja labnya. Tinggallah kami 4 beranak di rumah.

Memahami kesibukan hubby dengan kerja, ibu gagahkan diri untuk mengemas rumah.Mata dah tak tahan melihat kain baju yang tak berkemas di tingkat atas. Banyak betul baju anak2 yang dah tak muat dan tak terpakai. Yang paling banyak adalah baju Luthfil. Walaupun dah simpan separuh, baju dia still banyak..baju Luqman yang tak berapa banyak..yang ada pun kebanyakan dah lusuh dan senteng2 ajer..cepat betul budak tu membesar.

Habis berkemas di tingkat atas, ibu ke tingkat bawah pulak. Nampak vakum dah berada di luar kotak. Hubby dah tolong keluarkan. Beberapa hari lepas ibu dok merungut sebab kipas syiling sangat berhabuk sampaikan tak terasa sejuknya. So, nak tunggu hubby buat tak tahu bila...kerahan tenaga kami 4 beranak bergotong royong mengemas rumah tengahari tadi. Luqman, Luthfil dan Wafa tolong sapu tangga dan sapu lantai di bilik atas, sementara ibu menvacum di ruang tamu. 

Lepas habis menvacum, melipat pulak kain baju yang membukit sambil2 mendobi. kesian kat mesin basuh yang ntah berapa round dok kerja. Time nak menjemur baju, semua pakat2 nak tolong sidai. Alhamdulillah..ringan tulang anak2 nak membantu walaupun kecoh jugak dok melayan karenah anak2 yang berebut nak menyidai.

Puas hati bila tengok rumah dalam keadaan bersih dan tersusun. Harapnya esok hubby tolong sambung buat apa yang ibu tak mampu buat:p

Thursday, May 17, 2012

MC 2 hari

Oleh kerana badan ibu semakin lemah tak bermaya ditambah sakit tekak yang teramat, ibu decided untuk ke klinik selepas waktu kerja. Kami ambil keputusan untuk ke klinik panel di Giant Nilai iaitu Klinik Mediveron. First time ibu datang ke klinik ini, selalunya ke Klinik Salak je tetapi memandangkan hari Selasa agak sesak kerana ada pasar malam di Taman Semarak, so kami tak mahu bersesak di sana. Alhamdulillah, memang line clear sungguh kat Klinik Mediveron. Doktor pun baik jer.

Doktor yang memeriksa ibu bernama Dr Fadzilah, baik je orangnya. Menurut doktor ibu perlu banyak berehat dan kena kurangkan bergerak. So, dia bagi MC 2 hari. Semalam memang takde kelas, no problem lah, tapi hari ini ibu ada 2 kelas. Pagi2 lagi jam 6.30am ibu dah mula SMS pada student2 sebab kelas bermula jam 8am. Kesian juga pada mereka. Harap2 esok pagi ibu dah semakin okey. 

Malam tadi tidur ibu tak berapa lena sebab sakit tekak yang teramat. Rasa macam ada duri je kat kerongkong sampaikan nak menelan air liur pun payah. Oleh kerana tak tahan sakit, hubby suruh ibu telan panadol barulah ibu dapat tidur. 

Harapnya esok pagi ibu dapat ke office dan kembali sihat.

Tuesday, May 15, 2012

Demam:(

Masuk ke office hari ini dengan tidak bermaya.

Actually daripada semalam lagi ibu dah rasa semacam je badan ni..seram sejuk, bersin  dan sakit tekak. Lepas mandi dan maghrib dan menjamah sedikit spagethi,, ibu terbongkang tidur. Tidur2 ayam ajer sebab kepanasan walaupun 2 kipas terpasang. Sudahnya hubby suruh naik ke bilik. Apalagi, dengan susah payah ibu mendaki anak tangga dan tidur dalam bilik dengan terpasang kipas dan aircond sesejuk mungkin.

Bagun pagi, badan dah suam2 dan tekak stil rasa sakit. Namun ibu gagahkan kaki ke tempat kerja sebab hari ini hari terkahir kelas untuk group 1. Next week dah ujian dan minggu final exam.

Hubby offer nak hantar ke dewan kuliah, tapi memandangkan sampai awal ke office, ibu kata tak payah susah2..nanti ibu jalan pelan2. Sudahnya memang kena menapak la ibu ke dewan kuliah yang boleh tahan jauhnya. Masa kat dalam dewan, ibu terpaksa berdiri jugak..penatnya hanya Allah yang tahu ditambah dengan keadaan demam ibu.

Bila kelas dah habis dan ibu menapak ke bilik, badan semakin sakit..rasa nak cramp pun ada. Yang paling tak tahan, ibu asyik berulang ke toilet ajer..huhuhu. Jauh jugak bilik dengan toilet. nak buat macammana, takkan nak redah toilet lelaki lak yang berada di hadapan bilik ibu..kang tak pasal2 ada yang terkujat tengok pompuan mana sesat..hehehe.

Kelas petang terpaksa buat kat bilik ajer. Nasib baik budak2 faham dengan keadaan ibu. Harap2 mereka success dalam exam nanti.

Esok takde kelas..tapi serba salah pulak kalau nak amik MC..haiyyaaa..

Monday, May 14, 2012

Legaaaa...dah shopping!

Alhamdulillah...lega rasanya apabila dah lepas shopping untuk bakal ahli baru. Selagi tak prepare rasa tak sedap hati jer..almaklumlah keadaan ibu agak tidak menentu sekarang ni. Bila2 masa dan apa sahaja boleh berlaku dalam keadaan tak terduga.

Menyoping kali ini adalah yang paling sempoi sekali. Menyoping top up sahaja especially baju2, mitten and booties. Yang lain2 dah ada..pakai yang abang2 dan kakak jer..masih elok lagi walaupun sebahagiannya dah habis kena lanting2 kat orang dulu. Hujung minggu ni kena selongkar kotak nak tengok apa yang dah ada.

Wednesday, May 09, 2012

Bubur jagung enak~

Pagi tadi ke klinik. Routine check up dan test BSP. Reading pagi ok..alhamdulillah.

Tapi lepas menjamah secubit roti sementara menunggu giliran, ibu kena hipo pulak..berpinar2 mata.

So, lepas lunch dengan hubby, ibu singgah di pasar..ternampak en jagung..hehehe

Dah ada idea nak buat apa:-)=

Jagung yang cantik

Hirisan jagung

Santan + manisan + daun pandan

Hasilnyaa...tadaaaa..bubur jagung enak..yummmyyy!!!


Maafkan saya doktor...hehehe. (doktor cakap saya tak boleh makan durian je tadi, doktor tak cakap tak bleh makan bubur jagung..:)

Monday, May 07, 2012

Sudah masuk kerja~

Alhamdulillah...

Syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi berpeluang menghirup udara di muka bumi ini.

Isnin, 7hb Mei, setelah seminggu bercuti-cutian ibu kembali masuk kerja walaupun hakikatnya masih belum baik sepenuhnya.

Oleh kerana kuliah masih berbaki 2 minggu sebelum peperiksaan akhir, silibus pun masih ada lagi yang belum habis, ibu gagahkan jugak kaki ini melangkah masuk kelas walaupun terpaksa berjalan terkedek2 dan sangat memenatkan. Bayangkan jarak dari office ke kelas yang kebiasaanya memakan masa tak sampai 5 minit, tapi sekarang memakan masa hampir setengah jam. Berjalan 2,3 langkah kena berhenti dan terpaksa mencari dinding atau tiang untuk berpegang.

Sepanjang perjalanan yang menyiksakan, banyak mata yang memandang. Ada yang kehairanan, ada yang bersimpati, ada yang bertanya 'are you okey?' dan tak kurang juga yang menghulurkan bantuan. Terharu sungguh melihat kesudian pelajar2 yang ringan tulang membantu ibu walaupun ibu tidak pernah mengenali mereka. Anehnya, kebanyakan yang menyapa adalah mereka yang tidak ibu kenali/rapat sangat..tetapi yang dalam kategori kawan langsung takde tanya khabar berita. Ibu beranggapan mereka tidak tahu atau sibuk dengan urusan masing2.

Malah, yang paling mengejutkan ibu, orang pertama yang menghulurkan bantuan membantu ibu adalah pelajar kulit hitam dari Africa. Pelajar Melayu/Islam hanya memandang sahaja. Seminggu sebelum ibu terjatuh dulu pun pelajar Africa dari Somalia juga yang menawarkan diri mengangkat fail dan menghantarnya ke office.

Inilah yang dikatakan keprihatianan yang melangkaui sempadan..

Harapnya kesihatan ibu bertambah baik.

Thursday, May 03, 2012

MC seminggu

Hello2x semua!!!...(cewah! bajet ramai pengunjung yang baca blog aku)

Time tulis entry ni ibu sedang melanding2 atas katil. Bukan bermalasan wehh tapi bersakit-sakitan.

Baru semalam keluar hospital dan dapat MC sehingga hari Ahad ini. Mula masuk wad hari Isnin lepas akibat terjatuh summersault cantik terbaik punya macam nangka busuk jatuh berdebab atas simen time nak ke kereta keluar pergi kerja. Rasa serba salah pulak nak bagitau bos yang ibu MC Isnin tu sebab takut dikata excuse kerja sebab selasa tu public holiday. Tapi nak buat macammana bukannya kita mintak nak jatuh. Sakit pulak tu sampai takleh nak berjalan. Kalau orang biasa jatuh pun dah sakit, inikan pulak ibu yg dalam kondisi 'luar biasa' bertambah2 lagi sakitnya.

Alkisahnya pagi Isnin tu lebih kurang pukul 7.10am..

Pagi2 keluar rumah nak pergi kerja biasanya bersama2 dengan budak2 tu yang nak ke sekolah. So, masa budak berdua tu tengah dok pakai kasut, ibu angkat ler beg sekolah, tumbler hubby dan bekal nasi nak bawak masuk kereta. Masa tu hubby dah ada kat dalam kereta sebab nak undurkan kereta. Tetiba 'gedebuk' ibu terjatuh dengan keadaan kaki kiri ke depan, kaki kanan terlipat ke belakang. Terduduk dengan punggung kiri dan sempat menahan dengan tangan kiri. Hubby terus meluru peluk ibu. Ibu dah tergamam sambil bertanya kat hubby..'kenapa sayang jatuh??rasanya sayang tak nampak pun ada air'. Ya..memang takde lopak air, yang ada masa tu adalah air yang tertumpah dari tumbler yang terlepas dari tangan masa jatuh tu. Hubby cakap 'sayang jatuh sebab terpijak hanger baju'. Ibu dah cuak masa tu..terus raba bahagian punggung kot2 ada cecair merah..maklumlah kandungan dah masuk 7 bulan lebih. Alhamdulillah takde apa2...tapi muka hubby dah cuak giler tengok ibu masa tu.

Time nak angkat ibu berdiri, ibu tak boleh nak gerakkan kaki. Anak2 masa tu terdiam semua. Lalu ibu suggestkan pada hubby supaya setlekan anak2 dulu..hantar Luqman dan Luthfil ke sekolah memandangkan waktu persekolahan semakin hampir. Hubby mendudukkan ibu kat atas kerusi kecil di hadapan rumah.

Masa ketiadaab hubby tu, ibu try jugak bangun untuk berdiri namun gagal disebabkan sakit yang amat sangat di bahagian ari2. Lebih kurang 20 minit, hubby pun sampai.

Jarak pintu kereta dari tempat ibu duduk tu hanyalah lebih kurang 2,3 langkah. Tetapi ibu tak mampu nak melangkah. Jiran depan dah pelik agaknya tengok kami berpeluk2 kat depan rumah.padahal hubby tengah berusaha memapah ibu masuk ke kereta untuk ke klinik. Bila hubby cakap kat jiran yang ibu jatuh, terkocoh2 mereka datang membantu. Sudahnya ibu terpaksa diusung masuk ke kereta.

Tiba di klinik Mantin, ibu dirujuk kepada doktor. (mulanya nak ke Hospital Serdang dan masuk office, tapi bila fikir balik yang ibu tak boleh nak berjalan kalau nak ke toilet, kami patah balik ke Mantin). Ibu kemudiannya di scan untuk melihat keadaan baby. Alhamdulillah, tidak ada bleeding dan kandungan masih bergerak dan jantung masih berdegup. Doktor menyarankan ibu ke hospital untuk tindakan lanjut.

Tiba di Hospital Serdang bahagian kecemasan, ibu diperiksa dan di scan sekali lagi. Doktor yang merawat memutuskan untuk menahan ibu di wad. Oleh kerana X-ray tidak dapat dilakukan, so doktor hanya boleh memantau keadaan ibu sahaja.

Dari Isnin hingga Rabu ibu di tahan di wad 5E. Nasib baik jugak dapat katil yang berhampiran dengan toilet. Hari pertama ibu masih tidak boleh berjalan. Hanya mampu duduk, baring dan berdiri tetapi nak melangkah kaki tu tersa amat sakit dan berat. Solat sambil baring/duduk di katil.

Hari kedua ibu gagahkan diri untuk berjalan. Alhamdulillah, boleh berjalan mengesot perlahan2. Jarak dari katil ke toilet hanyalah 2,3 langkah, tetapi ibu terpaksa mengambil masa sehingga 10 minit untuk sampai ke pintu...siksa sungguh:(

Kesian anak2 di rumah. Nasib baik ada adik yang boleh tengok2kan mereka ketika ibu dalam keadaan macam ni. Kalau tak susah jugak kami. Bila ibu sakit macam ni, kerja hubby pun tergendala walhal dia sedang amat sibuk dengan kerja2 lab. Apa nak buat...

2 Mei semalam adalah hari lahir Luqman yang ke 9. Alhamdulillah ibu dapat keluar wad setelah memujuk doktor yang datang melawat waktu petang. Kesian juga pada anak2 3 hari tak jumpa. Janji dengan Luqman ibu nak buat kan kek coklat sempena hari jadi dia..tapi nampak gayanya beli ajelah. Nak tunggu hujung minggu pun belum tentu ibu sihat betul. Berjalan pun masih perlahan dan macam robot jer.

Pagi tadi tukang urut datang mengurut ibu. Makin rasa sakit kat bahagian bawah perut dan urat2 rasa tegang. Mungkin kesan dari urutan tu. Esok ibu akan diurut sekali lagi.

Harapnya lepas ini ibu akan kembali sembuh dan dapat berjalan seperti biasa memandangkan peperiksaan akhir pelajar ibu akan bermula pada hujung bulan ini.



Gambar kek Luqman yang dicilok dari fb Wan Mohd ZulQhairi.
Ini aje yang mampu disediakan..aktiviti makan2 kita buat lepas ibu sembuh yer!