Tuesday, October 30, 2012

Ban Sosej/ Roti Sosej & Cinnamon roll

Semalam ibu EL sambung cuti sebab sampai ke rumah lewat sangat, jam 5 suku pagi baru sampai ke Mantin. Bertolak dari Besut jam 11.10pagi. 16 jam amik ko! sepanjang perjalanan jammmmmmmmmmmmmmmm memanjang. banyangkan pukul 3 pagi kami masih kat highway Karak. Bersusun2 kereta bersidai tepi jalan sebab ngantuk dan letih driving. Kami pun tak terkecuali stop banyak kali sebab hubby ngantuk. Bila dah masuk KL baru ibu drive sampai ke rumah sebab hubby dah tak tahan sangat ngantuk. Ibu pun ngantuk jugak sampai sesekali terpejam2 masa sambil driving.

Oleh kerana menempuh perjalanan yang panjang dan tak cukup tidur, ibu diserang sakit kepala belah kanan, berdenyut2 rasanya.

Mengambil kesempatan cuti2 kat rumah, ibu menerai resepi buat roti yang ibu baru dapat melalui youtube. Actually dah siap2 salin resepi sebelum balik raya lagi..buku nota resepi memang sepanjang masa dalam handbag..kekeke.

Hasilnya......tadaaaa...

Ban sosej/ Roti Sosej

Kesukaan anak2

Cinnamon rolls~eksperimentasi terbaru ~

RESEPI ASAS MEMBUAT ROTI

Bahan2:

1 paket yis (mauripan)
4 sdb gula
4 sdb susu pekat
210 mlm air suam

500gm tepung gandung
2 biji telur
2sdb bread softner

Cara buatnya:
1. Larutkan yis, gula dan susu kedalam air suam. Biarkan 5-7 minit sehingga naik buih.
2. Sementara menunggu yis naik, gaulkan bread softner dengan tepung gandum ke dalam mangkuk.
3. Pukul telur sedikit, then masukkan ke dalam tepung, gaul lagi.
4. Masukkan larutan yis tadi sedikit demi sedikit dan uli sehingga mendapat doh yang licin dan tidak terlalu keras atau terlalu lembik. Uli lebih kurang 15 minit.
5. Biarkan doh selama lebih kurang 1 jam dan naik 2 kali ganda daripada saiz asal.
6. Kemudian, bentukkan doh.

Ban sosej.

1. rebus sosej terlebih dahulu, toskan dan sejukkan.
2. bentukkan doh bersaiz bola pingpong
3. Potong sosej kepada 2, balutkan dengan doh tadi. Letak atas loyang yang digris dgn butter/minyak.
4. Biarkan doh naik semula 2 kali ganda dari saiz asal, lebih kurang 1/2 jam. kemudian baru bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah selama 20-25 minit atau keperangan.
5. Kemudian sapu permukaan roti dengan butter.

Cinnamon rolls.

1. Bentukkan doh segi empat (ibu buat bujur jer, then tarik hujung sehingga membentuk segi empat tepat). Leperkan doh menggunakan pencanai.
2. Sapukan butter dipermukaan.
3. Taburkan gula pasir.
4. Taburkan serbuk cinnamon (kulit kayu manis).
5. Gulung dengan kemas sampai ke hujung.
6. Potong doh yang digulung tu menggunakan pisau, jarak setiap potongan lebih kurang 1 inci, jangan terlampau tebal atau terlalu nipis.
7. Susun atas loyang yang dah di gris. biarkan doh naik semula sebelum dibakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit/perang.

(make sure jarak2 kan doh yang di susun dalam loyang sebab doh akan naik 2 kali ganda)

Nursing Tea

Hajat hati ingin menyusukan Iman dengan susu badan sehingga dia berumur 2 tahun secara ekslusif. Semoga Allah permudahkan niat ibu ini demi kebaikan dan kesihatan Iman.

Baru2 ini ibu berkunjung ke kedai Kasih Ibu, Bangi. Macam biasa la, tengok2 barang2 kat situ memang sangat mengasyikkan. Terpandang satu produk ni untuk boostkan susu. Ibu tak terus beli tapi balik office ibu terus google dulu baca info tentang nursing tea ni. Bila dah berpuas hati baru ibu beli.

Mula2 minum rasa semacam je sebab tea ini diperbuat daripada tumbuhan herba. Sekali bau macam daun selasih. Bahan2 yang terkandung dalam tea ni ialah anise, fennel, verbena, caraway dan banyak lagi. Memang baik untuk ibu2 yang menyusukan baby selain khasiatnya untuk melegakan perut. Rasanya?? Mula2 rasa pelik tapi lelama okey je..macam gak minum tea cina, rasa unik dan pelikkan? tea ni sedap diminum ketika ianya masih panas/hangat.

Harga RM32

Ada 20 sachet

Monday, October 22, 2012

Happy birthday Wafa! 3yo~





Roti


Semalam projek membuat roti. Ingatkan dah tak jadi buat sebab tak jumpa cari yis yang baru saja dibeli. Selepas menggeledah gobok kat dapur tu, terjumpa la jugak sepeket yis yang dah lama ibu beli..nasib baik belum expired!

Dengan berpandukan resepi yang ibu cedok dari internet, maka bermulalah sesi menguli doh. Bila dah siap uli dan nak rehatkan doh, tetiba teringat yang macam resepi tak lengkap. Rupa-rupanya lupa nak letak bread softener. Apadaaa....masa tu doh dah naik sket, dalam hati nak menderhaka ke tidak nih..lalu ibu ambil keputusan untuk tidak terlalu banyak menderhaka sebab bread improver pun tak letak jugak sebab tak jumpa kat Giant.Sepantasnya ibu capai bread softner dan ibu tabur ajer..dalam hati berdoa semoga doh roti tu tak panik atau terkejut sebab diusik secara tiba2.

Selepas setengah jam, ibu nampak doh roti elok je naik..legaaaa. Harap2 menjadi la.

Alhamdulillah..roti menjadi elok je naik. Habis satu dulang untuk menerai ajer, anak2 pun suka makan. Lain kali boleh buat lagi!

Resepi:

Bahan A
1/2 cwn air suam
1 paket yis mauripan
1 sudu makan gula
1 sudu makan tepung gandum
(kesemua bahan ini dibancuh di dalam mangkuk)

Bahan B
2 sudu makan butter cair
(ibu panaskan sekejap dalam microwave)

Bahan C
3 sudu makan gula dibancuh dengan 1/2 cawan air panas
1/2 sdt bread softner
1/2 sdt bread improver (ibu tak letak)

Cara membuatnya:

1. 3 cawan tepung gandum dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan bahan A, B dan C. Uli sehingga sebati.
2. Jika doh terlalu lembut, masukkan tepung, jika doh terlalu keras, masukkan air. Ibu just guna air bancuhan C sebab tak masukkan semua sekali, masukkan sikit2.
3. Selepas menguli sebati, biarkan doh selama sejam sehingga naik.
4. Kemudian uli sekali lagi. Bentukkan doh kecil2 bersaiz bola pingpong.
5. Susun dalam loyang. Jangan rapat sangat sebab doh akan naik semula.
6. Biarkan doh setengah jam sebelum dibakar (bila doh naik baru bakar) pada suhu 180 darjah selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga perang.

Thursday, October 18, 2012

Akhirnya bersama....




Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi kerana Wafa dan Iman kini berada di satu tempat jagaan yang sama. Actually rasa lebih rilek dan santai kerana dapat meluangkan lebih banyak masa dengan budak berdua ni sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Memang la agak leceh sikit (dan kadang2 kecoh gak dalam keta!) sebab kena spend masa menghantar dan menjemput diorang pergi dan balik kat Serdang tu. Tapi apa yang lebih penting, sekarang Wafa dah semakin good girl, dah boleh control dan tak meragam teruk sangat. Sebelum ini Wafa agak jeles dengan perhatian yang ibu berikan kepada adik Iman.

Masa mula2 hantar je Wafa menangis, tapi sekarang ni dah semakin elok siap bersalam dan babai ibu lagi. Elok je dia berkawan dengan Haikal iaitu cucu pengasuh. Cuma sesekali dia dok merengek2 nak pergi ke sekolah ajer. Alahai, anak ibu baru berumur 3 tahun. Insyaallah tahun depan ibu hantar ke sekolah.

Wednesday, October 17, 2012

Adam Syukri Bhgn 3

Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada adikku @Wan Mohd ZulQhairi di atas konvokesyen hujung minggu lepas.

Tahun depan konvo master pulak yer!

psstttt..cantik tak bunga I bagi...^_^




Thursday, October 11, 2012

Yang terbaik untuk Iman~

Beg ekslusif inilah yang diangkut ke hulu ke hilir. Demimu Iman, ibu bagi yang terbaik.

Semoga anak ibu sihat dan menjadi anak soleh..aminnn.




Wednesday, October 10, 2012

Syabas Iman!

On the way ibu nak p kerja

Tiap2 pagi Iman ikut sama

So, sempat la menyusukan dia sepanjang perjalanan 30-45 minit

Sekarang Kakak Wafa dan join Iman kat tempat pengasuh yang sama di TSS. 

Sekarang Iman dah pandai meniarap. Dah tak boleh letak sebarang lagi sebab dia dah pandai pusingkan badan. Semalam semasa solat maghrib di surau tol Seri Putra, ibu letak Iman kat atas sejadah. Belum sempat habis solat, tengah tahiyat akhir, Iman pusingkan badan dia nak meniarap..terus terlangkup..hok hek hok hek dia dok tarik tangan yang tersepit kat bawah badan dia..huhu..sian Iman..muka merah padam.

Iman & Mama Bear




Kisah adik Adam Syukri, MHI 10 Oktober 2012

Pagi tadi ibu berkesempatan menonton MHI segmen adik Adam yang menderita sakit...ibu tak jelas apa nama sakitnya, but its related to brain damage. Semasa menonton tu air mata ibu tak dapat ditahan2 lagi melihat betapa siksanya penderitaan adik adam. Kita yang tengok sekali imbas tu pun rasa luluh jantung apatah lagi ibunya yang terpaksa mengadap hari2..Subhanallah...Allah bagi kekuatan dan ketabahan kepada ibu muda itu mengharungi ujianNya.

Sama-samalah kita berdoa dan hulurkan bantuan kepada Adik Adam.

Ibu ada rakam video MHI pg tadi..tak berkesempatan lg nak upload.



Tuesday, October 09, 2012

Demimu Iman...

Alhamdulillah...Iman sudah berusia 3 bulan lebih..Dia masih lagi minum susu badan sepenuhnya walaupun ibu sudah masuk kerja hampir sebulan.

Kali ini ibu nekad dengan izin Allah nak bagi susu badan sehingga Iman berusia 2 tahun. Ibu guna breast pump Medela untuk pump susu sewaktu di office. Alhamdulillah, production susu mencukupi malahan boleh buat stok lagi. Mujur jugak peti kat rumah besar. Satu section dikhususkan untuk EBM Iman.

Ibu beli pump susu di Kedai Kasih Ibu, Bangi. Sebelum beli, buat survey dulu baca pandangan dan pengalaman orang lain tentang EBM, apa brand yang sesuai dan sebagainya. Dalam fikiran ibu cuma ada 2 pilihan ajer..samada Avent atau Medela. Rupanya banyak lagi brand pump susu ni daripada manual, bateri sehinggalah kepada elektrik. Aiyyooo..sudahhhh..pening nak memilih. Setelah dicongak campur darab bahagi bagai, ibu decide pilih Medela Harmony ajer memandangkan Iman the last one..hehehe. Lagipun ibu takde lah bizi sangat kat office so banyak masa nak mengepump.

Dari apa yang ibu baca, ramai memilih brand Medela sebab suction sangat lembut dan tidak menyakitkan macam baby's sucking..kiranya the best lah. Takut jugak kang beli memahal takleh guna, membazir ajer. Masa ibu beli tu ada promotion, dapat RM199..normal price RM269. Lepas ibu beli tu, kawan ibu pulak tanya kat mana ibu beli barang tu, so ibu rekemen la kat Kasih Ibu..memang kedai dia terbaik la setakat ini bagi ibu, banyak pilihan dan agak murah berbanding kedai2 lain di sekitarnya seperi Manjaku, Mom Little One, etc.

Cooler bag

Morning production.. pump dalam kereta on the way nak p kerja

semoga Iman sihat dan membesar dengan baik
Production semakin hari semakin banyak. Now, ibu beli botol untuk storage susu pulak. Semalam memborong icepack, storage plastick dan cooler bag pulak..hehehe..sambil menyelam minum air. Actually tolong adik belikan Medela Harmony dan Cooler bag juga. Murah giler sebab ada diskaun. Ibu dah jadi ahli club Kasih Ibu. blh dapat 10% diskaun untuk barang2 terpilih. Sangat best dapat tolong dan galakkan orang lain agar memberi susu ibu sepenuhnya kepada baby. Selain lebih ekonomi, ianya sangat menjimatkan masa dan meningkatkan ketahanan badan baby..so, bila susah dapat penyakit, tak perlu nak kuarkan duit untuk ubat klinik. Masyaallah...kan bagus tu. Invest mahal sekali rapp beli barang2 EBM is better than setiap bulan beli 2,3 packs susu formula. Susu badan dah sah2 free kannnn....hehehe:P. Suami hanya perlu beri si ibu makanan berkhasiat untuk menghasilkan susu berkhasiat, so baby pun sihat.




Big present~

Thanks to Uncle Khairul yang bagi hadiah besar kat Iman

Iman sangat sukeeee....

Iman jatuh!

Tempat lepak Iman

Ibu akan letak Iman kat dalam coat ni, so Iman duduk la sorang2 sementara Ibu tengah masak. Kadang2 abang long temankan, main2 dengan Iman.

tapi semalam Iman tergolek jatuh dr bakul dalam coat ni..jatuh terlungkup giteww..ibu tengah masak kat dapur dengar suara Iman..."ibu, tolong..tolong! Iman jatuhhhh"....nasib baik tak nangis..muka Iman je merah padam!

Thursday, October 04, 2012

Benda ajaib??!!


Cikgu: Murid2.. Sape tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?

Boon Kok Keong: Piramid cikgu!!!

Cikgu: Bagus.. lagi siapa yg tau.. sila bangun..

Gopal: Taj Mahal.. cikgu!!!

cikgu: Bagus...lagi...

Husin: HATI..cikgu!!!

Cikgu: Aik..kenapa pulak hati?? boleh kamu terangkan pada kelas???

Husin: Sebab hati manusia ni orang x nampak. Tapi boleh rasa.. Kalau hati menangis, Xde sape buleh dengar. Dalam hati ada macam2 rasa.. sayang, marah, geram, kecewa, gembira dan macam2 lagi. ALLAH ciptakan hati manusia ni sama tapi tak serupa. Benda2 yang manusia cipta itu bukannya ajaib cikgu.. Tapi itu cuma tinggalan sejarah lama. Sebab manusia hari ni boleh buat bende2 yang serupa dengan bende2 tu semua.. tapi tak ada sesiape yang boleh cipta hati manusia..cikgu!!!

Cikgu: (tersenyum)


Habeel Iman, 3 bulan