Tuesday, October 30, 2012

Ban Sosej/ Roti Sosej & Cinnamon roll

Semalam ibu EL sambung cuti sebab sampai ke rumah lewat sangat, jam 5 suku pagi baru sampai ke Mantin. Bertolak dari Besut jam 11.10pagi. 16 jam amik ko! sepanjang perjalanan jammmmmmmmmmmmmmmm memanjang. banyangkan pukul 3 pagi kami masih kat highway Karak. Bersusun2 kereta bersidai tepi jalan sebab ngantuk dan letih driving. Kami pun tak terkecuali stop banyak kali sebab hubby ngantuk. Bila dah masuk KL baru ibu drive sampai ke rumah sebab hubby dah tak tahan sangat ngantuk. Ibu pun ngantuk jugak sampai sesekali terpejam2 masa sambil driving.

Oleh kerana menempuh perjalanan yang panjang dan tak cukup tidur, ibu diserang sakit kepala belah kanan, berdenyut2 rasanya.

Mengambil kesempatan cuti2 kat rumah, ibu menerai resepi buat roti yang ibu baru dapat melalui youtube. Actually dah siap2 salin resepi sebelum balik raya lagi..buku nota resepi memang sepanjang masa dalam handbag..kekeke.

Hasilnya......tadaaaa...

Ban sosej/ Roti Sosej

Kesukaan anak2

Cinnamon rolls~eksperimentasi terbaru ~

RESEPI ASAS MEMBUAT ROTI

Bahan2:

1 paket yis (mauripan)
4 sdb gula
4 sdb susu pekat
210 mlm air suam

500gm tepung gandung
2 biji telur
2sdb bread softner

Cara buatnya:
1. Larutkan yis, gula dan susu kedalam air suam. Biarkan 5-7 minit sehingga naik buih.
2. Sementara menunggu yis naik, gaulkan bread softner dengan tepung gandum ke dalam mangkuk.
3. Pukul telur sedikit, then masukkan ke dalam tepung, gaul lagi.
4. Masukkan larutan yis tadi sedikit demi sedikit dan uli sehingga mendapat doh yang licin dan tidak terlalu keras atau terlalu lembik. Uli lebih kurang 15 minit.
5. Biarkan doh selama lebih kurang 1 jam dan naik 2 kali ganda daripada saiz asal.
6. Kemudian, bentukkan doh.

Ban sosej.

1. rebus sosej terlebih dahulu, toskan dan sejukkan.
2. bentukkan doh bersaiz bola pingpong
3. Potong sosej kepada 2, balutkan dengan doh tadi. Letak atas loyang yang digris dgn butter/minyak.
4. Biarkan doh naik semula 2 kali ganda dari saiz asal, lebih kurang 1/2 jam. kemudian baru bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah selama 20-25 minit atau keperangan.
5. Kemudian sapu permukaan roti dengan butter.

Cinnamon rolls.

1. Bentukkan doh segi empat (ibu buat bujur jer, then tarik hujung sehingga membentuk segi empat tepat). Leperkan doh menggunakan pencanai.
2. Sapukan butter dipermukaan.
3. Taburkan gula pasir.
4. Taburkan serbuk cinnamon (kulit kayu manis).
5. Gulung dengan kemas sampai ke hujung.
6. Potong doh yang digulung tu menggunakan pisau, jarak setiap potongan lebih kurang 1 inci, jangan terlampau tebal atau terlalu nipis.
7. Susun atas loyang yang dah di gris. biarkan doh naik semula sebelum dibakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit/perang.

(make sure jarak2 kan doh yang di susun dalam loyang sebab doh akan naik 2 kali ganda)

No comments: