Friday, January 25, 2013

Lelong3x..................

Konon2 tak mau membeli belah lagi untuk Iman sebab dia yang terakhir. Tapikan terpaksa membeli jugak car seat dan walker untuk diletak di rumah pengasuh.

Actually car seat dah ada satu time abang long dulu. Tapi kan dah hancur talinya..huhu. dan Iman siap boleh pusing2 meniarap lagi kat dalam tu. So, bincang2 dengan en hubby berbaloi beli ke tidak, kami decide beli la baru. Lagipun perjalanan nak ke rumah pengasuh agak jauh dan baby seat yang diguna sekarang dah tak muat. Dia dah pandai melasak dalam tu. In case ibu kena drive sensorang memang menangis le..mana nak menahan dia dari bergerak2, mana tangan nak drive lagi.

Umur Iman dah nak masuk 7 bulan. Beberapa hari lepas dia dah pandai merangkak. Kalau kat rumah, time ibu nak masak atau solat, ibu masukkan aje dia ke dalam walker. Tapi walker kat rumah pengasuh takde pulak. Hubby cakap mak tok dah macam bagi hint2 suruh bawak walker sebab Iman dah laju je merayap satu rumah. Adohai...lepas ni nak lanting2 kat mana barang2 dia yang super banyak nih. Dok berkira2 lepas dia dah pandai berjalan memang tak pakai daa.

Gamaknya lepas ni boleh jual lelong murah2 babycoat, baby seat, buaian (2!), walker (2!), car seat (2!) dan stroller (2!)

Saper mau copppp!!!










Wednesday, January 23, 2013

'Tuhan Jagakan Dia' ..

Kutujukan lagu ini buat suamiku tersayang yang tengah selsema hari ini..huhu

Semoga Allah beri kesihatan yang baik agar dapat menyiapkan tesis dan seterusnya dapat grade tahun ini. Chayyokkkk!

Lap u!

Tuhan Jagakan Dia 

Hanya dirimu yang kucinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
 Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Dr. Wafa on call katee nyer....

"Ibu, bebear sakit la buu..."

'Mmmm..bebear demam yeaaa..'

'Sian bebear kan buuu..."

Dr. Wafa tengah check up bebear.. (charger ku dah bertukar menjadi stetoskop!)

Masa ni jam dah melepasi pukul 12 tengah malam:(

Setia menunggu ayahnya yang tengah siapkan thesis kat bilik study. Tadi dah siap bawak bantal baring2 kat bilik study...agaknya boring ayah tak layan dia, so layan diri aje lah..

Abang-abang dan baby Iman semua dah tido..tinggal dia sorang2 yang belum tido...hmmm..moga2 anak ibu ni jadi anak solehah dan jadi doktor! Aminnn...

Monday, January 21, 2013

Monday bluesss

Sedang menunggu en hubby. Melangut dari tadi kat parking nih belum sampai2 lagi. Agaknya en hubby stop kat kedai membeli barang kiriman abang long. Esok abang long ada kelas pendidikan seni. Cikgu pesan suruh bawa kertas lukisan dan kertas warna. Nasib baik dia bagitau awal..kalau dah malam baru nak bagitau, mana nak cekau.

Malam ni nak masak apa ehh..mee goreng pun ok gak. Kakak wafa asyik mintak mee goreng. Weekend lepas ibu buat mee sup. Habis licin satu periuk. Yang lawaknya tak merancang pun nak buat mee sup. Dah la beli daging sebesar tapak tangan wafa..itu je last dijual kat pasar. Nasib baik ada daging burger Darabif. Sedap gak sup letak faging darabif tu..lembutt jer.

takde tajuk...

Budak ni masa kecik2 dulu alahai comelnya..sekarang dah masuk sekolah darjah 2, kulitnya makin suram daaaa...

Semua benda nak rembat masuk mulut


Wednesday, January 16, 2013

Listen...listen...listen...

Hahaha...tajuk den takde kena mengena dengan isu hangat Sharifah vs Bawani tu..

Sudah tiga hari sejak 14hb Jan sehingga hari ni 16 jan ibu jd pengunjung setia di Hotel Chulan, KL kerana menghadiri Persidangan Transformasi Perundangan. So, of course la ibu kena listen...listen and listen...

Setiap sesi sidang pleno, ada sesi QnA, cuma yang bezanya panel and moderator semuanya matang2 belaka..huhu..banyak gak soalan2 provokasi dari audience tapi panel menjawab sebaik yg mungkin. Takde pulak keluar ttg masalah2 haiwan dan sebagainya. Lagi la pulak isu2 yg dibangkitkan adalah isu undang2 dan hak serta keselamatan.

Secara kesimpulannnya..persidangan ini sangat bermanfaat dan banyak memberi input2 baru kepada ibu tentang transformasi undang2 yg berlaku di malaysia.

Thursday, January 10, 2013

iMAn~6Mo's

my lil baby..

permata hati ibu dan ayah

semoga sihat dan jadi anak soleh/solehah:)=

Pejam celik dah 6 bulan++ usia Iman. Dia dah mula melasak sekarang. Dah tak boleh biarkan dia kat bawah/lantai, asyik nak merayapppp je kerja dia. Nasib baik ada walker kakak wafa tu. even dalam walker pun dia dah pandai kayuh. Nampak gaya dia tak lama lagi pandai merangkak. Dah banyak kali angkat bontot tapi stil takut2 nak gerak...hihi..nasib baik abang long dah boleh harap jaga adik yang sangat aktif nih.  Dia la yg suka melayan adiknya. Alhamdulillah dia dah boleh harap..tolong jaga adik, jemur kain, angkat kain dan lipat baju dia sendiri.

Semoga abg long, abg ngah dan kakak wafa jadi anak soleh/solehah...

Wednesday, January 09, 2013

Bola itu bulat!

Semalam letih ya amat padahal ada 1 kelas sahaja. Walaupun 1 kelas tapi 3 jam straight ibu lecture! Marathon gitu..huhu.. Almaklumlah, minggu depan kena cancel kelas pulak sebab ada conferens 3 hari bermula hari Isnin sehingga hari Rabu di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

Lepas kelas, balik office dulu menunggu en hubby datang menjemput. Tunggu punya tunggu dia tak muncul tiba. Rupanya dia sibuk dengan kerja lab. Adoyaii..perutku sudah berkeroncong mintak diisi sebab hanya bersarapan pagi sahaja. Nak menyinggah cafe lepas kelas pun tak sempat sebab ada student nak datang ke bilik ambil modul. Terpaksalah menggoogle drawer mencari kot2 ada biskut sesat. Nasib baik ada biskut kering boleh la buat alas perutku.

Dekat kol 7 barulah hubby datang ambil. Itupun planning dia tunggang tungging suruh hantar dia dulu kat lab sebab dia nak pulun buat sementara mesin tengah okey. Then dia suruh ibu jemput baby. Lepas hantar dia suruh tunggu sat nak tengok mesin, kalau dah stop dia akan ikut sekali, so ibu tunggu la dalam 15 minit. Ibu dah risau kot pengasuh ada kerja. Tengah dok tunggu tu, hubby call bagitau dia nak sambung buat. Yadeiiiii..... so, ibu start kereta terus jalan, baru je nak keluar simpang, dia sms bagitau suruh tunggu. Waaaa...wa sudah bengang..grrrrrr. Sekejap suruh pergi, sekejap suruh tunggu. Wa tatak mau buang masa, wa pegi je amik anak. Masa tu dah dekat kol 7.45pm.

Sesampai je, tengok budak berdua tu tak tidur. Iman macam kelaparan jer..so susukan dia dulu supaya dia tak buat hal dalam kereta. Ibu dah banyak kali kena dengan budak kecik nih, dia nak guling2 meniarap dalam car seat..apa kessss? Takleh nak concentrate drive tau. Satu tangan pegang dia supaya dia tak gerak, satu lagi pusing stereng. Adeiiii...sabar aje lah.

Drive cepat2 ke fakulti ambil hubby. Then singgah kat masjid UPM untuk solat maghrib. Ibu dah risau budak berdua kat rumah tu yang agaknya kelaparan. Sebelum tu dah pesan suruh makan roti atau aiskrim kalau lapar. On the way balik ke rumah, ibu call lagi tanya buat apa. Then abang long cakap dia nak makan nasi. Memang ibu ada masakkan nasi sebelum keluar p kerja, tapi lauk tak masak sebab kononnya nak balik awal untuk masak. Diorang kata nak makan nasik ngan kicap ajer. Alahai...ciannya anak2 ibu.

Sampai je di muka pintu, ibu tengok abang long tengah makan. Memang makan berlaukkan kicap betul! Itu dah masuk round kedua menambah nasi...huhuhu..Abang ngah dah siap makan. Sedihh tengok..rasa bersalah ajer..padahal diorang tak kisah pun. Nasib baik diorang tak makan nasi dengan garam kan macam orang dulu2.

Tanpa berlengah lagi, ibu bukak tudung terus meluru ke dapur nak masak lauk. Goreng ayam je pun. Tapi elok je lepas siap goreng, abang long dah siap makan. Suruh  ratah lauk pun tak mo sebab dah kenyang katanya. Lepas tu, Wafa pulak sambung makan nasi dengan kicap dengan ayam goreng dengan penuh berselera. Ibu yang tengah lapar pun elok join sama..kuikuikui.

Lepas habis bersantap, kami semua layan tengok bola. Rupanya ada game team Pahang lawan team JDT. Dah 1-2 masa tu..so, layan aje lah. Time Pahang dapat gol kemain riuh lagi bersorak padahal bukan team negeri pun..kikiki..terhibur sungguh tengok gelagat2 pemain dan penyokong. Ramai betul penyokong team Pahang nih. Actually ramai yang menyokong team selain JDT kottt. Part paling lawak bila tengok Safee Sali sedang warm up nak masuk main di saat akhir walaupun permainan berbaki kurang 10 minit. Agaknya depa dah cuak kotttttt..ye laa...star kann..mana boleh kalah.

Bila kemenangan berpihak kepada team Pahang, pengulas pun terkedu tak tau nak ulas apa. Maybe segan ke tak terkata tak tahulah..tapi pengulas sempat menjangka yang tajuk akhbar hari ini tentang perlawanan semalam akan memedihkan tangkai jantung penyokong JDT. Memang benar...tajuk paper hari ini sangat sarcastic!

Bola itu BULAT!!


Tuesday, January 08, 2013

Cicak???

Eiiiii...cicak!

Masa mula-mula beli, Wafa takuttt sangat dengan cicak nih...tapi sekarang dia dah tak heran pun! Si kecik hansem tu pulak siap nak kunyah lagi..Yarkkkkk!!!!!!

Tuesday, January 01, 2013