Lepas kelas, balik office dulu menunggu en hubby datang menjemput. Tunggu punya tunggu dia tak muncul tiba. Rupanya dia sibuk dengan kerja lab. Adoyaii..perutku sudah berkeroncong mintak diisi sebab hanya bersarapan pagi sahaja. Nak menyinggah cafe lepas kelas pun tak sempat sebab ada student nak datang ke bilik ambil modul. Terpaksalah menggoogle drawer mencari kot2 ada biskut sesat. Nasib baik ada biskut kering boleh la buat alas perutku.
Dekat kol 7 barulah hubby datang ambil. Itupun planning dia tunggang tungging suruh hantar dia dulu kat lab sebab dia nak pulun buat sementara mesin tengah okey. Then dia suruh ibu jemput baby. Lepas hantar dia suruh tunggu sat nak tengok mesin, kalau dah stop dia akan ikut sekali, so ibu tunggu la dalam 15 minit. Ibu dah risau kot pengasuh ada kerja. Tengah dok tunggu tu, hubby call bagitau dia nak sambung buat. Yadeiiiii..... so, ibu start kereta terus jalan, baru je nak keluar simpang, dia sms bagitau suruh tunggu. Waaaa...wa sudah bengang..grrrrrr. Sekejap suruh pergi, sekejap suruh tunggu. Wa tatak mau buang masa, wa pegi je amik anak. Masa tu dah dekat kol 7.45pm.
Sesampai je, tengok budak berdua tu tak tidur. Iman macam kelaparan jer..so susukan dia dulu supaya dia tak buat hal dalam kereta. Ibu dah banyak kali kena dengan budak kecik nih, dia nak guling2 meniarap dalam car seat..apa kessss? Takleh nak concentrate drive tau. Satu tangan pegang dia supaya dia tak gerak, satu lagi pusing stereng. Adeiiii...sabar aje lah.
Drive cepat2 ke fakulti ambil hubby. Then singgah kat masjid UPM untuk solat maghrib. Ibu dah risau budak berdua kat rumah tu yang agaknya kelaparan. Sebelum tu dah pesan suruh makan roti atau aiskrim kalau lapar. On the way balik ke rumah, ibu call lagi tanya buat apa. Then abang long cakap dia nak makan nasi. Memang ibu ada masakkan nasi sebelum keluar p kerja, tapi lauk tak masak sebab kononnya nak balik awal untuk masak. Diorang kata nak makan nasik ngan kicap ajer. Alahai...ciannya anak2 ibu.
Sampai je di muka pintu, ibu tengok abang long tengah makan. Memang makan berlaukkan kicap betul! Itu dah masuk round kedua menambah nasi...huhuhu..Abang ngah dah siap makan. Sedihh tengok..rasa bersalah ajer..padahal diorang tak kisah pun. Nasib baik diorang tak makan nasi dengan garam kan macam orang dulu2.
Tanpa berlengah lagi, ibu bukak tudung terus meluru ke dapur nak masak lauk. Goreng ayam je pun. Tapi elok je lepas siap goreng, abang long dah siap makan. Suruh ratah lauk pun tak mo sebab dah kenyang katanya. Lepas tu, Wafa pulak sambung makan nasi dengan kicap dengan ayam goreng dengan penuh berselera. Ibu yang tengah lapar pun elok join sama..kuikuikui.
Lepas habis bersantap, kami semua layan tengok bola. Rupanya ada game team Pahang lawan team JDT. Dah 1-2 masa tu..so, layan aje lah. Time Pahang dapat gol kemain riuh lagi bersorak padahal bukan team negeri pun..kikiki..terhibur sungguh tengok gelagat2 pemain dan penyokong. Ramai betul penyokong team Pahang nih. Actually ramai yang menyokong team selain JDT kottt. Part paling lawak bila tengok Safee Sali sedang warm up nak masuk main di saat akhir walaupun permainan berbaki kurang 10 minit. Agaknya depa dah cuak kotttttt..ye laa...star kann..mana boleh kalah.
Bila kemenangan berpihak kepada team Pahang, pengulas pun terkedu tak tau nak ulas apa. Maybe segan ke tak terkata tak tahulah..tapi pengulas sempat menjangka yang tajuk akhbar hari ini tentang perlawanan semalam akan memedihkan tangkai jantung penyokong JDT. Memang benar...tajuk paper hari ini sangat sarcastic!
No comments:
Post a Comment