Monday, March 18, 2013

Resepi Kerabu Sotong ala Thai...


Sawadikaaaaappppp!!!

Tak puas makan kerabu sotong kat kedai. Nak cari sotong kena belek2 serai, bawang dan timun.

Buat sendiri puas hati...amekawwww...makan sepuasnya..huhu

Nak buat mudah jer...asalkan ada bahan2nya:

Bahan2:

watak utama ofkos sotong - 10 ekor sotong segar, dibersihkan dan dipotong bulat
1 labu bawang besar - mayang nipis2
5 bj cili api @ cili besar - mayang
2 batang serai - racik halus
1 biji mangga muda - sagat/hiris nipis
1 biji timun sederhana besar - sagat / hiris
2  kacang panjang.(erkkk..apa penjodoh untuk kacang ekk) - potong kecik2
1 biji tomato dipotong dadu kecil
3 bj limau kasturi diambil jusnya
garam
gula

Cara buat:
Tabur secubit garam ke dalam sotong, gaulkan kemudian steamkan sehingga warna bertukar putih.
Lepas tu campur semua bahan dalam satu bekas.
Rasanya masam, masin, manis dan pedas.


Pasti anda berpuas hati dengan hasil air tangan anda dan tak perlu belek2 mencari sotong disebalik bawang!





Puding kastad jagung


Ibu sangat suka puding...makan petang2 lepas bangun tidur...huhuhu..nak kalau baru keluar dr peti sejuk...OMG!! HEAVEN!!

First time buat ni...dah lama berangan2 nak buat.

oleh kerana en hubby yg beria2 request nak mkn, so ibu pun berguru la dgn en. google. senang  bukan??!

malas nya nak taip resepi...korang google je la...lebih kurang sama je bhn2 dan cara buatnya..hihi





Ini pulak homemade roti. Asal kejadian adalah doh pizza, oleh kerana cheese dah habis, so ibu modified bakar skali lagi buat roti butter bergula...sedap gebuuuuu




Kek Oren Yogurt istimewa

Memang sangat sedap kek nih.

First time buat sekadar cuba2 demi menyelamatkan yogurt yang banyak dalam peti.

En hubby telah mentamakkan diri membeli yogurt asli yang bersaiz giant. Ibu tak lalu nak makan sebab super masam! Budak2 memang tak makan yogurt plain. Sempat ibu buat masker yogurt + madu sekali..selebihnya hubby makan dan last sekali jd bahan buat kek yogurt.

Bahan2:

1 1/2 cwn tepung
2 sdt baking powder
1/2 sdt garam
1 cwn plain yogurt
1 cwh gula (ibu guna 3/4 cwn gula castor)
3 bj telur gred A
2 sdt vanila
1/2 cwn minyak sayur
1 sdb oren sunquick
1/3 jus lemon (tak letak pun..yillekkk)


Cara bahan:
Panasakan oven 180C - griskan loyang dan alas dengan baking sheet
Ayak tepung, baking powder, garam
Satukan yogurt, gula, telur, sunquick, vanila -kacau sebati
Perlahan2 masukkan bahan kering ke dalam adunan basah - kacau sebati
Then masukkan minyak, kacau sebati.
Bakar 50 minit / sehingga keperangan.

sepatutnya buat glaze, tapi ibu tak buat.



Kek yogurt ni tak mampu bertahan lama....sebab sekali hadap je habis kena ngappppp...ramai peminat rupanya!

Puding roti ber kismis

Hari ni ahkak puaseee.. (sakan dok posting pasal makanan..ceq dah terliuq nih:)=

Kena marathon puasa.

Nasib baik roomate puasa gak...sama2 marathon nak perabihkan ganti puasa berpuluh hari.

Tahun lepas kami sama2 bercuti bersalin...huhu

Citer banyak tak guna..layan gambar aje lah...

Ni projek hujung minggu lepas.






Repeat kali kedua:)

Kali kedua buat ibu gaul skali dengan kismis...

Bahan2;

10 keping roti bran (yang warna coklat)
1 tin susu cair
3 biji telur
2 sdb marjerin/butter
2-3 sdb gula + 1 sdb susu
1 sdt esen vanila
kismis

Cara buat:
Rendam roti dengan susu cair
Pukul gula + marjerin/butter
Masukkan telur -pukul lagi
Masukkan esen vanila
Then masukkan roti bersama susu
Tuang dalam loyang
Tabur kismis, bakar pada suhu 180C sehingga kekuningan, garing (40 minit)

Wednesday, March 06, 2013

Resepi Pizza homemade istimewa

Dah lama tak buat pizza..alhamdulillah anak2 suka

buat sendiri besstttt...

selamat mencuba!

Resepi:

Untuk Doh:
500 gm tepung gandum
1 paket yis mauripan (rendam dalam air suam + 3 sdb susu pekat manis)
1 sdb gula
1 sdt garam
3 sdb marjerin/butter

Uli sampai lembut dan tak melekat di tangan, biarkan sehingga naik 2 kali ganda (30-45 minit)
Canai dan bakar separuh masak lebih kurang 10 minit pada suhu 180 C

Pastu kuarkan, tabur topping dan cheese..bakar lagi sehingga cheese cair.

Untuk topping;

2 keping daging kisar
1 labu bawang besar
3 ular bwg putih cincang
1 inci hali
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub ayam/daging
2 batang daun saleri

(Tumis bawang putih, bwg besar dan hali, masukkan daging dan kiub, masak sampai kering airnya)
Sosej - rebus dan hiris