Wednesday, September 11, 2013

Resepi mee ketam istimewa~♡♡

Bersawang sudah blogku ini. Minggu ni lega sikit sbb banyak kerja dah setel. Hidup back to normal..hihi..harap2 la.

Semalam birthday hubby. Rajin semacam je memasak itu ini. Kalau minggu lepas mood ibu ke laut, minggu ni mood kembali normal.

Hari Ahad teringin nak makan laksa penang..lepas lunch ibu sambung masuk dapur. Campak2 je dalam periuk..tadaa..Siap dan makan lagi utk dinner. Dekat2 nak maghrib pukul 6 setengah, datang idea nak buat kek apple..nasib baiklah cukup bahan walau sedikit sebanyak menderhaka sukatannya. Heh...

Yelah..kena sesuaikan dengan tekak orang yang nak membahamkan..

Balik dari kerja semalam buat mee ketam pulak. Asalnya nak buat maggi ketam je sbb kempunan masa balik kampung lepas raya tempoh hari tak jumpa kedai makan mee ketam yang glamer satu malaya. Tapi oleh kerana ada special request dari birthday boy (boy la sangat) yg nak makan mee ketam..so terpaksalah tukar plan. Sebelum menjemput budak berdua kat rumah pengasuh, kami singgah pasar malam serdang mencari sayur dan mee. Nasib baik dah beli ketam hari minggu tu. Melihatkan harga udang, ketam, ikan dan ayam di pasar malam serdang buat ibu urut dada. Mahal sihhh..

Balik rumah apa lagi..terus bersilat. First time buat apatah lagi tak pernah ada pengalaman makan mee ketam. Bagi ibu, resepi yang nih superb sedap dan tidak mengecewakan. Kalau mee udang pernah makan kat penang. So, kira main hentam sahajalah labu.


Resepi mee ketam istimewa

1 labu bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia muda
2 biji cili merah

#blend dan tumis

1kg mee dicelur air panas dan toskan
3 ekor ketam dipotong 2
2 biji telur 
2 biji tomato di blend
2 sudu sos tomato
2.sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap
2 kiub ayam
sayur sawi, carrot
Fish cake (ibu tambah)
1 liter air
sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Hiasan
Cili hijau dan merah  dimayang
daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Limau sambal
taugeh jika suka

Cara buat:

Tumis bahan blend. Masukkan air 1 liter. Bila.dah mendidih masukkan semua sos, tomato yg diblend serta carrot. Masukkan kiub ayam.Setelah mendidih masukkan ketam dan fish cake dan biarkan seketika. Kemudian masukkan telur (terpulang samada nak pecahkan atau biarkan ajer..ibu tak pecahkan). Last sekali masukkan sayur sawi dan bancuhan tepung jagung. Tambah garam jika perlu. Dah siap boleh angkat dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng, cili hijau dan merah, taugeh serta perahan limau. Selamat menjamu selera!!




Mee ketam special~







2 comments:

eamy milea said...

sedapnye mee ketam. malam tadi sy masak maggie ketam...hehe

WanShila said...

maggi ketam tak try lagi..magi sotong pun best jugak..boh sekoq besar jgn potong:)