Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu
pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding
kedudukan kewangan negara.
Pencapaian buruk Malaysia dalam keputusan Program Penilaian
Antarabangsa Pelajar (Pisa) lalu bukan suatu petanda baik, kata
Frederico.
"Malaysia patutnya bimbang dengan tahap prestasi murid-murid dalam
sekolah berbanding prestasi murid-murid di Vietnam kerana mereka lebih
miskin daripada Malaysia tapi tahap pendidikan lebih baik berbanding
Malays," kata Frederico dalam forum yang dianjurkan Unit Pengurusan
Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) hari ini di Damansara.
Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-52 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Pisa.
Malah, Vietnam berada di tangga ke-17 dalam kajian itu dengan markah
511 manakala Shanghai-China mendapat 613 untuk mendapat tempat pertama
dalam ranking itu.
"Murid-murid di kawasan pendalaman Vietnam, prestasi mereka lebih tinggi daripada murid-murid Malaysia.
"Ini akan memberi kesan terhadap pembangunan aset sumber manusia Malaysia," kata pakar ekonomi kanan Bank Dunia itu.
Frederico berkata pihak sekolah perlu diberikan lebih autonomi dan
kuasa yang lebih untuk menangani masalah pembelajaran setempat.
Pisa merupakan sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang
dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and
Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh
dunia.
Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.
Pisa menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.
Purata min skor ialah 494 dan kajian itu menguji 510,000 pelajar tahun
lalu merangkumi tiga bahagian peperiksaan – matematik, sains dan
keupayaan membaca. Malaysia memperolehi min skor 421.
Pelajar Malaysia dikatakan mendapat pencapaian yang teruk dalam
bahagian membaca dengan skor 398 (purata:496), bahagian matematik,
Malaysia mendapat 421 (purata:494) dan sains, 420 (purata:501). – 25
Mac, 2014.
Wednesday, March 26, 2014
Friday, March 21, 2014
Resepi itik panggang
Sesekali ubah selera makan itik pulak. Bagi yang tak pernah cuba makan itik boleh cuba makan. Sedapp! Seingat ibu kali terakhir makan itik masa kecik2 dulu..hampir lupa bagaimana rasanya. Sedihkan.
Actually ibu beli itik ni kat jusco seremban. Ibu pernah jugak beli kat giant. Jangan risau dengan status halal sebab sememangnya ada tanda halal Jakim. Harga pun tak la mahal sangat..kalau kat jusco harganya rm10.90/kg..tp kalau kat giant harganya sekitar rm9.90/skg. So dalam sekor adalah 2kg..lebih kurang rm20-22 seekor.
Selalunya ibu masak kari. Budak2 ni hantu kari semuanya. Kali ini ibu teringin nak makan itik panggang. Resepi pun main agak2 jer..huhu..guna resepi macam ibu buat untuk ayam panggang nasi ayam.
Bahan2nya.
1/2 ekor itik (potong 2)
5 ulas bawang putih
1 labu bawang Holand (kuning)
Halia muda sebesar 3inci
1 kiub ayam maggi
2 sdb sos tiram
1 sdb kicap masin
Serbuk rosemary
Semua bahan2 di atas di blend halus kecuali serbuk rosemary. Then perap itik dengan bahan blend dan tabur serbuk rosemary di atas itik, perap selama 3 jam atau lebih. Bakar pada suhu 200c selama sejam atau daging masak keperangan.guna api atas dan bawah. Sesudah masak, hiris nipis2..
Subscribe to:
Posts (Atom)