Friday, April 21, 2006

PSY VS SWAN

Assalamualaikum wbt...

Selamat bertemu kembali kepada pengunjung2 setia blogku ini..eceewaahh..mcm glamer sangat blog aku nih. Apa2 pun terima kasih kerana sentiasa menantikan berita terbaru dari aku. Aku tak update sejak kebelakangan ni sebabnya quite busy ngan keja yang tak de kesudahannya. Ari ni aku ada masa sikit walaupun mood nak menaip tu kureeng sket sebab mata mengantuk. Malam tadi aku dok p 'layaaaaannn' PSY walaupun untuk second round. Beli mahal2, akan ku tengok sampai aku puas. Bila la PSY box 3 nak release. Aku ada kenalan baru yang boleh bagi rega baik punya. So, kepada sesape yang berminat, boleh la kontek aku ya. Bukan la aku jadik ejen ke hape, cuma tolong kengkawan yang punya minat yang sama kat Araxian je. SWAN pun dah habis hari Rabu lepas, puas hati aku leh tengok endingnya walaupun aku rasa macam tak lengkap je penyudahnya...banyak cut je..hampeh tul la..Aku pasti peminat2 Araxian yang lain gumbira dengan hepi ending tuh..tak terkecuali la aku..ahaakkss..sian mamat hensem tu kan...

Ni yang aku malas nak layan soap opera..buat aku terus melekat nak tengok..kalau aku fulltime housewife tak pe la..salah satu agenda dalam jadual harian aku ialah jadik pelayan opera..hohoho..mesti aku tak rasa boring sangat. Time aku cuti panjang dulu masa deliver my baby, nak hilangkan bosan dan tak rasa sangat tensionnya..aku p layan soap opera la. Kebetulan lak masa first baby, PSY, second baby SWAN. Aku mulanya tak mo terlibat dalam perangkap nih..tapi tengok actor2nya macam best je..hahaha..akhirnya makcik pun terperangkap gak..nak wat camner...Emmm..patut la aku tengok abang long tu gelap cam Angelo...baby cerah sket cam Leo..hahaha..perasan! (Ehhh..suka ati aku laaa nak kata apa pun..dah blog aku peerr..)

Hujung bulan ni kami nak ke Jengka. Adik ipar aku nak bertunang. Dah lama kami tak jalan2..maklum la keadaan kewangan agak kronik kebelakangan nih...hehehe...harap2 lepas nih ok la..sebab kami ada projek besar nak buat nih..tak boleh bagitau lagi, sebab masih dalam perbincangan dan pertimbangan. Kalau jadik, aku la orang yang paling hepi sekali..

...psssstttt...untuk pertama kali semenjak aku kat sini, ..aku bengkek + bengang dengan satu spesis tuh...membazir air mata jeekk...uweeekkksss.

Sunday, April 09, 2006

Pemandangan




Tak de apa cerita..just nak tunjuk gambar pemandangan dari aras 3 kat tempat keja.

Hari-hari terakhir....






Aku sekali lagi dilanda kesedihan bila opismate aku nak resign. Aku agak rapat dengan akak ni sebab dia dok sebelah meja aku..lagipun aku banyak berkongsi suka duka dengan dia sebab umurnya yang lebih tua dari aku..kira taraf mak la walaupun dia tak la setua mak aku. Kat opis aku tu, dia la yang paling tua, sebab tu kami semua agak rapat dan terasa dengan pemergiannya. Dia resign sebab anak2 yang bersekolah.

So, pada hari terakhir Kak Z, kami keluar bersama ke Seremban. Kebetulan aku bercuti, tapi bila ingatkan yang kami tak dapat bersama lagi selepas ni, aku turut serta p Seremban di samping carik ubat demam anak aku.

Sekarang nih, bila waktu lunch, aku selalu tersasul carik mn kak z, sebab kami selalu kuar lunch bersama2..dan opis pun skrg dah makin sunyi. Kami ibarat anak2 yang kehilangan ibu...Geng aku semua dah kawin dan ada anak..tapi bila ngan kak z kami jadik anak2 dia.

Aku?..life must go on...dah lali berpisah dengan opismate2 yang lain. Tapi agak sedih la bila yang pergi tu agak closed dengan kita. Apa-apapun aku harap kak z berbahagia bersama keluarganya. Jangan lupakan kami di sini ye kak...

Patah tumbuh hilang berganti..tapi akak tetap di hati kami...

Wednesday, April 05, 2006

Cerita pengasuh bahagian akhir

Assalamualaikum

Sudah lama aku tidak membelog. Last week aku emergency leave 2 hari sebab jaga baby dan abang long yang demam. Pengasuh baby tiba2 bagi mesej kata boleh jaga baby sampai hari Rabu je. Kononnya dia kena balik kampung sebab mak dia masuk hospital. So, aku kata takpe la. Petang Rabu semasa aku amik baby, aku cakap yang tak boleh bagi duit lagi sebab gaji belum masuk, nanti dah dapat, aku hantar la. Dia kata, tak kisah la tuh...Malamnya, aku dah tidur masa tuh, hubby aku kejutkan aku suruh baca sms hp dia yang mana lebih kurang berbunyi.."Z****, kau tak payah lagi datang amik barang baby, nanti dah ada duit baru mai amik, lagikan adik beradik pun takleh percaya"..Aku masa tu tengah bluur tak paham apa yang dia tulis. Aku baca la 3,4 kali..apa hal kakak nih cakap pasal adik beradik pulak.Masa tuh hubby aku dah tersenyum sumbing dah. kemudian baru aku paham, berderau gak la darah aku. Rupanya maksud dia, kalau kami dah amik barang2 (buaian) nanti kami tak bayar..just lari gitu je. Apa kejadahnya dia pikir sampai ke situ macam tu sekali..Aku yang mata mengantuk boleh jadik segar bugar sebab sakit hati. Dia tak ingat masa dia nak pinjam duit ngan aku dulu, padahal waktu tu baru je kami kenal, dan kami gak memang tengah sengkek maklum la hujung2 bulan, tapi masih consider bagi pinjam. Memang la manusia nih mudah lupa. Dia siap letak harga lagi berapa yang kami perlu bayar..hangin betul aku!!Padahal jaga tak sampai sebulan pun. Dipendek cerita, petang Khamis tu, hubby aku p amik barang tengah2 hujan lebat..then bayar je. Tak kuasa aku nak berurusan dengan orang macam tu lagi. Dah la banyak barang baby aku yang hilang masa kat rumah dia...ahhh...tension makcik!!!

La ni aku hantar baby kat tempat baru. Tak berani lagi nak komen apa2. Hubby aku dah cakap dengan pengasuh baru tu, tengok dulu sebulan ok tak. Mintak2 jangan la ada berlaku apa2 lagi. Tak larat dah aku nak pikir pasal pengasuh nih. Kesian baby..

Baby pulak sejak kebelakangan nih, asyik meragam je..tak mau baring, nak orang pangku sambil tengok cartoon ngan abang long. Aduhai anakku..macam2 peel la dia!