Assalamualaikum
Sudah lama aku tidak membelog. Last week aku emergency leave 2 hari sebab jaga baby dan abang long yang demam. Pengasuh baby tiba2 bagi mesej kata boleh jaga baby sampai hari Rabu je. Kononnya dia kena balik kampung sebab mak dia masuk hospital. So, aku kata takpe la. Petang Rabu semasa aku amik baby, aku cakap yang tak boleh bagi duit lagi sebab gaji belum masuk, nanti dah dapat, aku hantar la. Dia kata, tak kisah la tuh...Malamnya, aku dah tidur masa tuh, hubby aku kejutkan aku suruh baca sms hp dia yang mana lebih kurang berbunyi.."Z****, kau tak payah lagi datang amik barang baby, nanti dah ada duit baru mai amik, lagikan adik beradik pun takleh percaya"..Aku masa tu tengah bluur tak paham apa yang dia tulis. Aku baca la 3,4 kali..apa hal kakak nih cakap pasal adik beradik pulak.Masa tuh hubby aku dah tersenyum sumbing dah. kemudian baru aku paham, berderau gak la darah aku. Rupanya maksud dia, kalau kami dah amik barang2 (buaian) nanti kami tak bayar..just lari gitu je. Apa kejadahnya dia pikir sampai ke situ macam tu sekali..Aku yang mata mengantuk boleh jadik segar bugar sebab sakit hati. Dia tak ingat masa dia nak pinjam duit ngan aku dulu, padahal waktu tu baru je kami kenal, dan kami gak memang tengah sengkek maklum la hujung2 bulan, tapi masih consider bagi pinjam. Memang la manusia nih mudah lupa. Dia siap letak harga lagi berapa yang kami perlu bayar..hangin betul aku!!Padahal jaga tak sampai sebulan pun. Dipendek cerita, petang Khamis tu, hubby aku p amik barang tengah2 hujan lebat..then bayar je. Tak kuasa aku nak berurusan dengan orang macam tu lagi. Dah la banyak barang baby aku yang hilang masa kat rumah dia...ahhh...tension makcik!!!
La ni aku hantar baby kat tempat baru. Tak berani lagi nak komen apa2. Hubby aku dah cakap dengan pengasuh baru tu, tengok dulu sebulan ok tak. Mintak2 jangan la ada berlaku apa2 lagi. Tak larat dah aku nak pikir pasal pengasuh nih. Kesian baby..
Baby pulak sejak kebelakangan nih, asyik meragam je..tak mau baring, nak orang pangku sambil tengok cartoon ngan abang long. Aduhai anakku..macam2 peel la dia!
No comments:
Post a Comment