Entah kenapa hatiku asyik berdebar-debar dari pagi tadi. Banyak perkara yang merisaukan aku sekarang. Pertamanya, tentang pengasuh babyku. Semalam semasa aku ambik dari rumah pengasuh, badannya macam lembik je..tak macam biasa bersemangat. Tapi aku tak tertanya pulak mamanya. Masuk je kereta aku terus beritahu hubby. Dia yang dah memang semsnjak dua menjak ni dok desak aku suruh carik pengasuh lain..atau susah2 je hantar kat tempat abang long. Aku tak nak la buat keputusan terburu2...kalau hantar kat situ lagi la ramai budak. Kalau dia dah besar sikit macam abang long, aku tak kisah sangat sebab dah boleh jaga diri. Ni nak jaga diri macam mana, asyik dok tergolek je...ikut suka orang buat la kat dia.Bukannya dia boleh larik nyorok selamatkan diri kemana2. Kat umah mamanya nih, dah ramai budak kecik sebenarnya termasuk la anak2 dia sendiri. Aku tak de pilihan masa tuh, terpaksa jugak la hantar baby ke situ. Anak-anaknya memang suka baby aku, tapi kadang2 buat aku risau sebab anak dia tu lasak sangat. Ikut suka dia je nak buat apa...itu depan aku dia berani..kat belakang aku wallahuallam. Aku bukan lah dalam kategori cerewet sangat pasal anak aku, tapi saper yang tak sayang anak weeiii...sebelum berlaku apa2 baik aku beringat. Kadang tuh, tak senang duduk aku kat opis dok teringatkan keselamatan anak. Bukan la aku mintak pengasuhnya dok telek dia setiap masa, at least jaga keselamatan dari dilanyak oleh anak2nya dan budak2 yang dia jaga tuh.
So, pagi tadi lepas aku hantar baby ke rumah pengasuhnya, aku saje pusing2 kereta kat taman tuh. Niat aku nak survey la kot2 ada rezeki terjumpa dengan orang yang bersedia jiwa raga dan ikhlas menjaga babyku. Kebetulan aku terserempak dengan dua orang kakak yang tengah bersembang depan rumah..so, aku memberanikan diri bertanya. Biarla aku namakan kakak2 tu Kakak B dan Kakak W. Yang nak jaganya ialah kakak B. Dia ajak aku masuk rumah, dan kami berbual hampir 2 jam lebih (sempat tuh ponteng keja..) So, kalau jadik aku hantar umah pengasuh baru bulan depan. Sedang syok dok borak, adik kat opis aku tepon kata student dok tunggu kat kelas..aikkk..dalam jadual, mana aku ada kelas pukul 10am. Terkezut aku..terkococ2 aku start keta, pecut balik ke opis. Kelas subjek semalam yang aku panjat tingkat 3 tuuu..aku tanya dia samada datang tak kelas semalam, dia kata tak datang sebab ada hal. Mmmmm...kan betul telahan aku, student tak datang. Lepas nih kelas aku dah tak buat kat tingkat 3 lagi, dah buat kat opis sebab yang daftar cuma sorang je..selamat aku!
Dah bagitau hubby tentang pengasuh baru nih, dia balik umah bincang lagi. Kali ni tak tahulah macam mana..aku selalu bernasib malang dalam kes2 penjaga baby nih. Ada yang ok, tak boleh jaga pulak sebab kurang sihat. Yang nak jaga, jaga lebih kurang je sampai aku naik risau...bertahan gak la sampai setahun lebih, sampai la aku amik abang long then pegi hantar ke TASKA. Ada tuh, cakap takde jaga saper2..tapi terserempak sekali 4 orang sebenarnya dia jaga, masuk anak dia 2 yang masih kecil dah 6...haaa...pening2 aku.
Pagi tadi pulak, kakak sms bagitau aku kena bayar pinjaman JPA dalam masa 30 hari..walhal surat tuh bertarikh 17/2. Sekarang dah bape haribulan..28/3! Kalau tak bayar, potongan 75% akan ditarik balik...haaaa..lagi pening.
Hujung bulan ni jugak, opismate aku merangkap jiran meja sebelah nak resign. Cedihnyaa...Dah kurang sorang kawan. Dia resign sebab takde orang jaga anak pegi hantar dan amik anak ke sekolah. Aku kalau pitih dah banyak, nak dok umah gak la jaga anak..masalahnya pitih dok banyok2 lagi..yang ada pun makin tipih (tipis).
Oleh kerana kepala aku dah pening, sakit dan macam2 rasa lagi. Jadi untuk release tension aku, aku balik la umah sat...jumpa 'seseorang' yang aku rindui..ohhhh..siapakah itew..wachaaa..ada laaaa...semalam tak jumpa, terkilan sungguh!
No comments:
Post a Comment