Saturday, March 04, 2006

en. selsema datang

Tanpa diundang..en selsema dtg menyerang anak-anakku..oh..kesiannyer..mula2 abang long yang kena,dah masuk 3 minggu tapi tak baik2 lagi..la ni anakku yang kedua pulak yang berjangkit.Apa taknya, abang long asyik dok cium baby je..takkan kami nak larang dia nak cium adik pulak.kang konpius dia apahal mak aku tak bagi cium adik..kata kalau sayang adik, cium adik..serba salah den!

Baby baru

FYI, aku dah selamat dikurniakan anak kedua..yg first dulu boy, adiknya pun boy jugak.Takpe la, dah rezeki dapat dua hero.Lain kali cuba lagi dapat heroin lak..ahhaaaksz!!ada ati nak lagi tuh.Ari tu masa bersalin kemain lagi.."Dr, saya dah tak tahan sakit ni, operate la saya..."!dengan muka tak malunya aku soh operate.Dr tu dok gelak kat aku je..orang lain nak normal,awak nak operate..nanti tak boleh beranak reramai..rugi la tak boleh ramaikan rakyat Malaysia.Aku jawab apa.."tak pe la doktor, dua pun dua la..saya dah tak tahan sakit ni"..depa ramai2 dok nasihatkan aku soh bersabar...termasuk la cik hubby aku berkomplot dengan doktor suruh aku usaha la meng'push'..dan aku nyaris2 nak kena vacuum..benda alah tu dah dok atas perut.Aku dah cuak,Entah dari mana datang tenaga aku untuk push sekuat hati.Maka..keluar la dia seberat 3.78kg. Doktor tu lambakkan atas perut aku..mak aiii..semangat..bulat dan montel.1st2x yang aku nampak adalah 'anu'nya..mmm..alhamdulillah..boy lagi..walaupun kami kepingin nak girl pulak..Dan ramai pun yang dok ramal aku bakal dpt baby girl..(termasuklah 2 org bidan yang aku jumpa). Aku pun sebelum balik kampung cuti bersalin tu, dok tengok kalendar cina samada baby ni boy ke girl..Dan menurut pengiraan, aku bakal dapat girl sebab pregnant bulan April.Ciittt!!!memang tak leh caya tull!!Mak aku tak caya aku dapat anak lelaki, sebab dia kata sebijik macam muka aku masa aku kecik dulu. Dan oleh kerana kekonfiusan doktor gak, menyebabkan dia tulis report kelahiran kat buku merah tu dibahagian jantina tu:P!!Anak aku boy la. Nasib baik surat beranak yg hubby aku buat tu betul Boy..kalau tak masuk paper lagi..hehehe..tak mo aku glamer..cian anak aku.

Dan kini, anakku yang kedua tu dah berusia 2 bulan..dah pandai senyum bila diagah..
Semoga jadik anak ibu dan ayah yang soleh ya...

2 comments:

uDA said...

hehe..hai kak.

dah jadi blogger jugak akhirnya yek. takpe..slow2. nanti lama2 dah terer..bleh main coding pulak.

btw, congrats sekali lagi kerana dapat baby boy yang sihat tu. nanti masukkan gambar terbaru kat blog eh?

NeroEcha said...

Hi kak dah ade blog skrg..welcome2 to blogger world join saya n uda yee...tu cikgu saya tu...kan Uda...
Tahniah dah dpt baby boy lg ekk..gelak sorang2 baca blog kak..seram pun ade gak sakit benor ke kak bersalin tu...adoiiiii