Hangin betul aku bila dapat silibus yang ntah apa2 tu. Rasa mau ku makan2 itew punya kertas. Nasib baik aku masih waras. Aku ditugaskan untuk mengajar subjek baru. Tapi bila nengok topik2nya, mak datuk..macam orang tak sekolah yang buatnya. Tu la, lain kali jangan bodoh sombong. Pandai mandai buat tak tanya khabar orang yang arif tentang bidang ni. So, sape yang susah? Aku leerrr..sebab aku yang ngajor subjek nih..!!Aku bukan aper, nak prepare nota satu hal la..yang kesiannya student la..mesti depa bengong sebab susunan topik dan subtopiknya yang berterabur tuh. Depa tu memang dah sedia 'kureng' sket...nanti bila dapat result..apa2 hal..akuuuu gak yang kena jawab! 'Pakcik, makcik dan suku-sakat' kat depan nuu, bukan depa tau apa pun. Yang depa tau nak carik salah kami je.
Mmmmm..aku sebenarnya banyak keja kena buat nih..tapi angin rajin pulak datang nak mengupdate blog. Nak citer pasal nasib ibu bekerja sket macam aku nih. Kadang kesian anak2 yang ditinggalkan. Macam aku contohnya, abang long aku letak kat TASKA, baby aku letak kat umah orang. Hantar pukul 8am, amik dalam kol 6 petang...10 jam!!! Bila pikir2 balik, lebih lama anak aku berada ngan orang daripada bersama kami sendiri. Bila malam pulak, abang long sibuk ngan Teletubiesnya kat bilik, baby tido. Aku sibuk tunggang tebalik kat dapur..penat2 pun masak oiii..kalau asyik nak makan kat luar, tak selera tekak nih..tambah hujung2 bulan (pepaham je la). Lepas dinner, masing2 dah penat, anak2 dah tido..kami pun tido la...esok keja lagi. Baby aku biasa bangun pukul 3 setengah pagi nak minum atau membuang. Mata pun ngantuk..takkan nak main ngan anak pukul 3 pagi. Esok keja weeeiii..tak cukup tido, asyik nguap je la kat opis.
Rutin hidup aku setiap hari sebagai isteri dan ibu yang bekerja memaksa aku untuk ligat. Macam tak caya je aku tentang life aku sekarang. Pagi2 p hantar husband dan anak2 ke destinasi masing2. Abang long aku hantar ke TASKA yang berdekatan dengan tempat keja aku, then p hantar husband ke komuter yang mengambil masa lebih kurang 15-20 minit pegi balik, then pegi hantar baby ke rumah pengasuh yang mengambil masa 15-20 minit gak. Last sekali baru aku masuk opis. Petang gitu gak, amik baby, husband baru abang long. Sampai rumah belum boleh duduk2 berehat. Lepas mandi, solat maghrib, masuk opis kat rumah pulak. Ktung!Ktang!Ktung!Ktang masak. Masak ala2 koboi jeerr..Dalam masa tak sampai satu jam kadang aku boleh siapkan hidangan makan malam..kalau takde gangguan iklan dari anak2ku itew yang tolong menyibuk kat dapur! Sib baik cik abang jenis tak cerewet. Kalau banyak songeh..kena masak sendiri la. Kalau dia yang masak, usah kata aku, abang long pun tak mau makan...hehehe..hubby aku tak reti sgt masak..walaupun arwah mak dia dulu tukang masak kat rumah orang kawen. Tapi dia tau la resepi nak masak. Aku banyak tanya dan belajar dari dia tentang masak-memasak nih especially masakan favourite dia...asam pedas!!
Sekarang nih, aku tengah risau tentang kesihatan hubby. Dia telah disahkan diabetis tahun lepas. Baru2 nih dia pegi check kat klinik, bacaan naik lagi...tinggi la jugak. So, aku la yang dok jaga control makan dia..depan mata aku, boleh la aku kontrol, kat belakang aku, tak tau la dia ikut ke tak. Kadang kesian nengoknya, masa mula2 kawin dulu, gemok gak sampai seluar tak muat. Sekarang dia selalu merungut seluar dah longgar. Makan pun tak leh suka hati..kena pilih2 gak nak makan apa. Semalam dia mintak aku carikkan daun betik, nak makan buat ulam. Tapi satu pasar aku carik takde. Yang ada cuma pegaga je. Orang kata pegaga pun boleh buat ubat kencing manis. Penah aku blend pegaga+air secawan, then tapiskan bagi dia minum. terkulat2 jugak la nak habiskan 1 cawan tuh. Malam tadi menunya peria goreng sambal. Yang bagusnya hubby aku, dia boleh telan benda2 pahit macam peria, pucuk betik. Aku???..hehehe...mintak maap la..tak leh telan. Masa dalam pantang ari tu pun, cukup liat nak telan benda2 pahit nih. Mak aku buatkan air daun 'cemu'..patut 3 pagi kena minum, tapi aku cuma sekali je..hehehe...itupun tak abih..Lepas tu kena bebel laa..ha!ha!ha! padan muka aku kannnn..
Nampaknya sekarang aku kena jadik penasihat pemakanan untuk hubby (walaupun aku sendiri ntah apa2 makan...hahaha!)...tapi setakat hari ni, dengan aku sekali dah terikut2 diet dia. Pagi dia makan quaker oat, memalam kadang tak makan nasik, makan sayur atau lauk je..aku bila dia tak makan, otomatik aku takde selera gak nak makan. Sebab tuh skrg aku nampak macam slim sket..heheheh..perasan!..padahal aku sekarang tengah pakai satu produk nih. Halle nano..cukup berkesan pada yang mau turunkan berat badan dan untuk kesihatan..macam sakit tulang belakang, sakit pinggang, sakit perempuan dan macam2 lagi keistimewaannya.Ehhh..dah melalut ke iklan la pulak. Okey..aku nak sambung keja aku yang belambak nih...lain kali kiter citer lagi..
No comments:
Post a Comment