Friday, February 16, 2007

...bercuti?

Huh! Jangan terpedaya dengan tajuk aku tuh! Aku sebenarnya tak bercuti ke mana2 walaupun minggu depan CNY. Aku cuma bercuti dari membelog..hari ni genap sebulan..Huhuhu..bukan niat aku nak 'bercuti' terus, tapi aku masih dalam proses mend'adaptasi'kan diri dengan suasana dan keadaan baru. Penah gak aku nak mengepost entry, tapi fail je..so, aku malas nak meng'update' terutamanya time2 kritikal yang mana aku perlu siapkan keja kat opis dan tugasan aku yang belambak menunggu.

Hari nih nak kata aku free sangat tu takde la..tapi angin rajin nak mengupdate blog datang. Orang lain mana ada kelas hari Jumaat, aku pulak ada kelas dari pagi tadi kol 8 sampai kol 1pm. Malam tadi aku sampai kol 11mlm ke rumah balik dari kelas master. Sekarang nih aku belajar p kelas dan balik kelas naik komuter. Tak larat nak drive...kesian kat hubby nak menjemput aku. Dalam kol 5 aku mesti dah kena sampai ke BB, kalau terlepas komuter kol 5 kena naik komuter kol 5 setengah, kol 6 baru sampai ke serdang, then aku kena tunggu bas UPM lagi nak ke fakulti. Penat memang penat..penat terkejar2 dan naik turun jejantas. Semalam adalah hari yang paling memenatkan aku. memang tak larat sangat, tapi nak ponteng aku takut ketinggalan. So far, alhamdulillah tak penah tuang kelas. Aku pun tak tahu dari mana datang kekuatan semangat aku...fzikal memang dah exhausted, tapi minda masih boleh terima..itu yang aku gagahkan jugak walaupun kadang2 mata aku hampir terlena dalam komuter. Semenjak aku sambung belajar ni, setiap ruang waktu aku terisi, tidak pernah hari2 aku dilewati perkara lain kecuali kerja, study..tak pun dengan urusan rumahtangga. Pejam celik pejam celik dah hampir dua bulan. Semoga aku diberi ketabahan dan kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan ini. Jangan la aku mengalah dipertengahan jalan.

Banyak yang aku nak tulis sebenarnya, tapi mostly citer dah basi. lupakanlah...ada masa aku update lagi.

No comments: