Tuesday, May 15, 2007

Baju baru...

Semalam adalah hari yang paling malang buat aku. Ramai betul manusia yang buat aku bengang. Buat pertama kali dalam hidup aku meninggi suara pada seseorang yang pada aku dah mencabar tahap kesabaran aku. Aku semalam tak berapa sihat sebab tak boleh tidur, kena angin sejuk lagi..maybe sebab aku tersilap makan benda2 yang badan aku dah tak boleh terima..macam cendawan, air teh, pelam dsb.

Pagi semalam jugak aku kena jaga exam UTM yang baru bermula. Start kol 9-12tgh. Badan aku yang dah lemau semalam membuatkan mood aku kurang sempurna. Selepas aku sign out duty, aku nampak sorang minah amoi ni yang incharge bahagian 'TICIS'. So, aku singgah bagitau supaya dia open 'TICIS' supaya aku dapat key in attendance student part time yang aku handle. Sebelum nih memang aku dah inform dan isi borang ikut procedure..cuma orang yang incharge bahagian jadual tu tak buat kerja penuh, hanya buat utk student yang guna kod baru, yang kod lama dia tak buat. So, salah aku ke?..Bila aku terangkan si amoi tu kata, u should fill up another form coz this is another issue..kepala hotak dia. Kalau aku dalam keadaan biasa, mungkin aku leh tak amik port kot apa dia kata, tapi disebabkan aku memang dah banyak kali kena ngan amoi nih, aku secara diluar sedar nyer berkata..'Eh! Saya dah tak larat la buat benda yang sama je..bosan tau!!..dengan muka aku yang sedikit mencuka tu..huhuhu..aku nampak budak tu cuak jek.Ahh..pedulik apa aku..nak report kat boss dia..report a..aku pun tau jugak bengang. Lepas je aku cakap macam tuh, aku menonong je kuar sampai tertinggal jadual duty invigilate..dah sampai sekerat jalan baru aku sedar yang aku kuar berlenggang. Sakit ati punya pasal, aku tak patah balik sebab aku tau aku akan terserempak dengan amoi tuh sekali lagi..huh!!pedulik laaarr..

After lunch, boss aku panggil untuk aku semak borang penilaian untuk extention contract. Bila aku tengok jek, aku senyum penuh makna..sebab aku tak sangka supervisor aku buat penilaian macam tu kat aku. Apa justifikasi dia? Padahal aku dah tahap senior lecturer..tak sepatutnya macam tuh. Aku selalu buat kerja on time, tak abaikan tugas aku, hubungan aku dengan student sangat baik, teaching material, assessment tak pernah aku abaikan. IV, preparatiaon, note, handle class, So, bagi aku..aku telah dinilai dengan tidak adil.. aku pilih untuk tidak menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan penilaian ke atas aku. Lantak laaa...

huhu..kecik ati tolll...down kejap...

Balik umah..mata aku terus melekat kat ampaian..apsal macam kurang je baju aku sidai pagi tadi. Kalau tak silap, 4 pasang baju yang aku letak..Tidakkkkk....baju baru aku dah kena curi!!! Tinggal hanger jer..kurang hajau betul budak2 nih yang mencuri..aku yang dah sedia hangin satu badan, makin banyak hangin aku datang. Hubby aku mintak aku cari dulu kot aku lupa ke..kot ada dalam umah ke..huhuhu...aku tak silap la..aku ingat benar yang aku sidai baju tuh. Baru je beli dan baru je pakai sekali. Patut la beriya aku amik gambar masa pakai baju tu, rupanya itu la kenangan terakhir aku dengan baju tuh. Aku doakan kepada si pencuri tu..semoga anda mendapat pembalasan dari Allah di atas perbuatan anda..anda tidak akan selamat dunia akhirat!!!..huhuhu..


No comments: