Pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan baru-baru ini mungkin menggembirakan sesetengah orang terutama kakitangan awam..tetapi mungkin berita itu diterima dengan senyum kelat oleh kakitangan swasta. Aku sebagai pekerja swasta tumpang gembira, tetapi dalam masa yang sama sudah terasa bahangnya.
Secara peribadi aku tak kisah dengan kenaikan itu, tapi yang menjadi mangsa daripada kenaikan itu adalah orang2 yang senasib dengan aku yang mana kerja dengan swasta yang mana gaji tak seberapa dan tak naik2 gaji dari dulu sampai sekarang.
Kerajaan terpaksa membelanjakan 1.7 billion setahun untuk menampung kenaikan itu. dan tentunya daripada wang rakyat juga..(of course orang keja swasta pun bayar cukai jugakkan!!)
Padahal apa yang digembirakan sangat, kenaikan gaji bermakna barang2 keperluan akan turut sama naik walaupun pak2 menteri memberi amaran jangan naikkan harga barang. Pedulik apa kata pak menteri tu, bukannya dia yang turun padang memeriksa satu persatu kedai mana yang naik harga, kedai mana yang tidak...pedulik apa kata pak menteri itu, duit dia dah banyak, elaun pun tak abih makan, naik la berapa peratus harga barang pun takkan sempat nak terasa mahalnya....dan pedulik apa pekedai nak naikkan harga barang, bukannya dia tahu yang membeli tu orang keja gomen ke atau orang bukan gomen. yang pekedai tahu, kalau dia naikkan harga barang pun orang tetap akan membeli. dan seperti yang kita sedia maklum, setakat mana penguatkuasaan yang akan dilakukan di negara tercinta kita ini...fikir-fikirkanlah...
Pada aku daripada menaikkan gaji orang gomen yang keja tak seberapa tu, lebih baik bagi subsidi minyak...semua dapat rasa hatta orang naik beskal sekalipun!!
2 comments:
Saya bekerja sendiri, ada punya beberapa staf. Mereka pun nampaknya mula cemburu dan akan menuntut naik gaji juga tu.. :(
isk memasing dengan rejeki masing2, rasanya tak perlu cemburu..
Post a Comment