Monday, June 30, 2008

Mana???

.... mana dia ni..tak call/sms aku pun...

... its ok, its orait!!!...

... hehehe...mmm..takpe2..wait n see nooo...

Penatnyer...

Aku mulakan hari ini dengan sedikit kemalasan dan kepenatan. Tapi, terpaksa gagahkan juga diri ke opis sebab ada kelas jam 9-11am dan 2-4pm.

Ma, Wan, Abg Die (abang ipar), Erie, Shahidan (adik bongsu) dan Amiruddin (anak buah) tiba di tol Gombak lebih kurang jam 3 setengah petang. Hubby bergegas menjemput mereka dari tempat keja di Langat..aku tak ikut.

Pagi Jumaat, aku ke pasar membeli keperluan memasak. Nasib baik takde kelas, so boleh la aku prepare mana yang patut. Resepi aku hari tu adalah asam pedas ikan parang + bendi, masak dalca kambing, ayam goreng dan ulaman. huhuhu..dah lama tak masak dalca, so aku main redah je la mana yang aku ingat. Nasib baik jugak masak awal, rupanya diorang sampai awal, mesti la kelaparan semuanya. Seronok bila tengok diorang makan!

Hari Sabtu lepas buat sarapan, aku masuk opis kejap je...jengah je kot2 ada meeting, then terus balik rumah bila confirm takde apa2 agenda hari tu. Opis pun lengang masa aku sampai..hehehe..macam biasa la kalau hari Sabtu. Balik rumah, aku sambung masak untuk lunch pulak.

Menu untuk tengahari Sabtu adalah nasi kerabu bersama ulam-ulaman, daging bakar, ayam goreng, telur masin, solok lada, sambal kelapa dan tumis kuah. Rumah aku penuh dengan kedatangan kakak dari Shah Alam satu family, Ijan, KakTie & Naim. First time la ma datang singgah umah aku dulu, biasanya lepak kat umah akak kat Shah Alam je. Oleh kerana menerima kedatangan tetamu yang luar dari kebiasaan, terpaksa la kuarkan pinggan mangkuk dari almari aku..huhuhu..hubby sempat lagi perli. Dia kata nak makan dalam pinggan 'Queen' la..bukan senang dapat makan dlm pinggan baru dan mahal ni..kena tunggu orang datang. huhuhu..saje je, padahal pingan mangkuk yang aku guna hari2 biasa adalah conningware...sama je..bukannya pinggan cap ayam.

Lepas solat Zohor, kami ke JJ, Seremban 2 mencari keperluan Erie. Biasa la kalau dah ramai, macam2 benda nak tengok. Nasib baik la si kenit 2 orang tu tak meragam, so senang sket la menjaga mereka. Aku tak beli apa2, hubby je yang shoping seluar kerja ngan stoking. Aku cuma belikan sehelai baju untuk anak buah.

Malamnya, Abg Zul (abang yang sulung) dari Rawang datang. So, kami kenduri lagi la. Aku cuma tambah sambal sotong dan sup sayur je sebab lauk tengahari tu masih banyak lagi. Actually kami cadang nak bawak ma ngan wan pegi umah Abg Zul ke Rawang, nak tengok baby yang baru lahir dan jugak rumah baru yang dia beli selepas selesai pendaftaran Erie. Oleh kerana dia dah datang, so tak jadi la pegi.

Hari Ahadnya, aku bangun jam 5am lagi. Masak untuk makan pagi pulak. Mulanya nak bawak bekal nak makan kat UPM, tapi tak jadi. So makan kat umah je. Aku ngan hubby tak sempat nak makan sebab nak kuar umah awal. Kol 8.45am kami dah bertolak ke UPM.

Sampai kat UPM lebih kurang jam 9.30am. Orang tak ramai lagi. Parking keta kat Padang Kawad, ingatkan kena menapak dari tempat parking tu ke Kolej Keenam, rupanya bas disediakan. Yang syok tengok reaksi Luthfil dan Luqman..excited je dapat naik bas. Padahal jaraknya tak sempat nak habis satu lagu pun, dah sampai ke simpang Kolej 6. Dari simpang tu kami menapak naik bukit. Nasib baik la Erie dapat Kolej 6, takde la seksa sangat nak ke kuliah sebab student tahun 1 tak dibenarkan bawak keta ke kampus. Wan ingat nak bagi keta kat Erie sebab takde orang pakai keta lama tu kat umah.

Selesai pendaftaran jam 10.30am. Kami kemudiannya melawat ke hostel Erie. Bilik dia betul2 berhadapan dengan bilik headblock. Hubby siap memberi tips2 bagaimana nak bergaul dengan senior2 takut Erie kena buli. Hubby pesan jangan kedekut dan kena tolak ansur sebab kemungkinan semua barang dalam bilik kena kongsi..silap haribulan satu blok akan guna barang kita. Dia dulu ex headblock di Kolej 2.

Jam 11am, kami ke Serdang mencari barang2 keperluan Erie. Banyak la jugak yang belum ada..baldi, gayung, selipar, sabun, gelas, container, penyapu bla2..gedebuk gedebak seratus lebih gak. Aku pun tak miss shoping dekat 60hinggit...syok je shopping ek!

Akak kat Saujana Putra dah banyak kali mesej bila nak p lunch ke umah dia. So, around 1pm kami bergegas menghantar ma ke umah akak pulak. Lepas makan tengahari, aku dah nak terlentok ngantuk sesangat. Petangnya diorang nak buat laksa penang pulak, aku tak larat nak tunggu, nak balik rehat sebab Isnin keja pulak. Ma akan balik Isnin pagi dan akan tidur semalam umah Kak Na. So, kol 5pm kami balik umah.

Sampai umah dah jam 6.30pm..dalam keta sempat lagi discuss ngan hubby tentang satu projek ni..so, lepas solat asar kat umah, kami terus p seremban, malangnya projek tak jadi sebab dah tutup.

On the way kat Bukit Mantin tu, jammed teruk sangat. Rupanya ada accident kat simpang jalan ke padang tembak. Ada 2 kereta bertembung, teruk sangat dan rupa macam kn lenyek ngan steamroll. Nampak ada mayat dah terbujur kaku ditutup dengan surat khabar tengah jalan. Hujan pulak lebat giler waktu tu..sian aku tengok. Aku agak mesti kes nak potong tak lepas, tu yang bertembung depan2 tu..tambah pulak hujan lebat dan jalan licin. Lepas je tempat accident, jalan terus clear. Ini kali ke2 aku tengok accident yang melibatkan kematian kat Bukit Mantin tu..tempat yang sama pulak tu!

Minggu ni merupakan minggu terakhir kuliah. Next week dah minggu revision, then minggu final. Tadi pun aku dah habiskan chapter terakhir. Tak ramai student yang datang. Yang aku perasan, muka2 yang sama gak yang rajin datang kelas. Aku agak ni mesti kes tak bangun lagi ni sebab tengok final Euro 2008.

Thursday, June 26, 2008

Takde tajuk...

1. Entry aku hari ni takde tajuk..hehehe..takde idea nak letak apa.

2. Banyak benda nak buat hari ni, tapi satu aper pun tak jalan lagi, takde mood!

3. Esok ma, wan, erie, shahidan nak datang ke Mantin. Erie kena register kat UPM pada hari Ahad.

4. Aku nak mintak ma masakkan pajeri terung kesukaan aku..huhu..terungnya dah siap beli kat pasar malam Selasa lepas.

5. Akhir2 ni mata aku selalu perit, kepala sebelah kanan asyik berdenyut jer..naper ntah..migrain datang lagi ker???Atau banyak sangat melangut depan komputer!!!

6. Bulan ni ramai pulak kengkawan yang nak resign..mmm...Tahniah kepada Shakirah yang dapat offer sebagai Pegawai Penguatkuasa Kastam (Audit). Isnin ni dia last kat sini. Selamat maju jaya!

7. Hari ni ex-student aku abis exam..macam mana la dia jawab..OK ke KO? Aku harap dia dapat beri yang terbaik. Bon Voyage maaa..semoga selamat naik belon sampai ke pangkuan yang tersayang. Take care.. (p/s: Cuti, cuti jugak..jgn lak tak ingat dunia!!)

Wednesday, June 25, 2008

Bingit

muaaargghhh....bingitnyer telinge den dengar muzik ala2 kat Bombay nuuu...dah tukang pasangnyer pun asal Bombay, tak terkata den haa...

Macam ni la kalau tak reti2 nak respect privacy orang dan budaya setempat. Patutnyer company kena bagi kursus tentang memahami dan menghormati budaya negara orang dulu..

Aku: den dah pening kepalo ari ni..makin pening nih dengar muzik ala2 Bombay tu...

Tuesday, June 24, 2008

CIMB lagi...

Aku bengang dah masuk tahap gaban kat CIMB nih. Punya la lama nak release cek yang tak seberapa tu. Hubby tolong aku bank in kan cheque RM2+++ yang aku dapat untuk claim mengajar part time kat UTM semester lepas pada 13 June kol 3pm, sampai la ni blom release lagi. Duit dah masuk akaun, tapi masih 'hold'. Pendek citer, duit lom masuk la. Jumlah je boleh nampak, tapi bila nak withdraw, duit tak kuar.

Masuk hari ni dah 4 kali aku call, sekali hubby p buat complaint kat Branch UPM tapi masih gak blom setel.

Bila aku tanya call center, diorang kata technical problem sebab tukar sistem baru. Itu aku tak kira, sebab bukan masalah customer. Bukannya aku mintak duit diorang, aku nak duit aku..huhuhu..mcm kejam la pulak. Suka ati la, kalau customer bayar lambat sikit, sesedap je bank knkan charge la, interest la. Patutnya bank kn bayar royalti kat customer jugak bila kes2 macam nih.

Bank tak paham yang kita ni nak guna duit ke haper. Bukannnya sumer orang ada duit juta2 kat dlm bank tuh. Yang pastinya aku memang cukup bengang sesangat. Dah penat mulut nih bagi info, mintak nama la, IC la, alamat la, no akaun la... no telepon la...

ish..ish..ish..mentang2 la pekerja bank baru dapat increament 17%, pun lembab jugak ke buat keja???

Friday, June 20, 2008

Pandangan Daripada Mufti Perlis

Aku ambil dari laman web www.tranungkite.net. Untuk direnungkan bersama...

Tahniah dari aku kerana akhirnya ada juga Ahli Agama yang berani bersuara.


Pandangan penuh kebenaran dari Mufti Perlis.

"Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.

Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.

Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?

Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamba perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.Dalil-dalil pun akan dibaca.

Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak.

Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan' , "apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?".

Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat.

Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal.

Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar.

Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?.

Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An-Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan.

Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?". (Al-Tabari, 2/358, Beirut : Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut : Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto.

Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat?

Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi.

Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

DRMAZA"

Thursday, June 19, 2008

CIMB

Aku geram dengan CIMB ni...bank in cheque sejak Jumaat lepas, blom clear2 lagik..ni dah lebih 3 hari. Apa masalah teknikalnya?...

Tahniah!

Semalam keputusan permohonan memasuki IPTA telah diumumkan. Tahniah kepada adikkku kerana telah diterima melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Matematik di UPM.

Selamat menjadi mahasiswa UPM. Timbalah ilmu sebanyak yang mungkin..dan semoga pandai membawa diri.

Lepas ni boleh la aku ajak dia temankan aku selalu kat UPM..

Tuesday, June 17, 2008

Gigit

Isnin (16 June) aku adakan ujian untuk student. Tapi yang datang cuma separuh dari 72. Itupun ada yang datang bila ujian dah bermula setengah jam..aku dah mula bengang. Jadi polis kejap buat soal siasat!

Malam tadi, aku mark paper test tu. Hampeh semuanya...bengang!

Sorang mentee aku merangkap student subjek ni jugak tak datang. Dia antara yang tersenarai dalam kategori attendance problem. Namanya pun aku dah submitt pada school, terpulang la nak buat apa.

Pagi2 tadi aku hantar SMS beracun suruh datang jumpa aku untuk tanya kenapa kedatangan teruk sangat. Dia bagi alasan sebab tak sihat..lelah.

Aku bagi jugak ceramah, dah tahu lelah/asma, pandai2 la jaga kesihatan, jaga makan, jaga waktu tidor, jangan asyik berjaga. Konon-kononnya berjaga untuk buat assignment.. boleh caya ke?

Bila aku announce dalam kelas nak bagi markah kosong je pada yang tak hadir..ari ni ramai pulak yang terhegeh2 datang nak buat test. Aku rasa cam nak gigit je sorang2. Suka ati diorang je nak amik bila diorang suka. Diorang tak pikir keja kita yang banyak dan tumpuan pada kelas2 lain jugak.

..suka ati jer korang yer!

Monday, June 16, 2008

Tahun ke 7

Hari ini 16 June 2008, maka genaplah 7 tahun aku berkhidmat di sini. Pelbagai kenangan gembira, sedih dan duka sepanjang aku mencari rezeki di sini. Bermula dari Langkawi, berpindah ke Mantin, dari belum berkahwin sehingga kini mempunyai 2 anak, dari hanya mempunyai degree sehingga menyambung pengajian ke peringkat master, dari ber'bos'kan En. Nasir sehingga ber'bos'kan Mr Lee, dari gaji RMXXXX sehingga menjadi RMXXXX, dari rumah 2 bilik berpindah ke 3 bilik, dari blok A1 berpindah ke Blok A3, dari mengajar Diploma UTM sahaja sekarang dah macam2 program..

..pendek kata, banyak yang dah berubah, dulu lain, sekarang lain. Jiran2 silih berganti, hanya aku masih di sini..

7 tahun..macam2 cerita yang ada..

Donut

Luqman dan Luthfil suka sangat makan donut. Biasanya aku beli aje..hehehe..maklumlah..aku bukannya reti nak buat kuih ni. Kalau setakat cekodok ngan goreng pisang aku reti la buat, kuih-muih ni aku memang fail.

Niat hati tu dah lama nak mencuba buat donut, tapi tak jumpa lagi tok guru yg nak mengajarnya. So, masa aku beli kuih ngan makcik cleaner kat opis ni, ringan je mulut ni bertanya camner nak buat donut..hehehe..

So, setelah dia bagi resepi, Sabtu malamnya aku mintak hubby pegi kedai belikan Yis. Lepas maghrib, maka bermulalah operasi aku membuat donut. Tengah2 dok uli tepung tu, aku baru teringat yang kakak aku kat kampung memang terror buat donut nih. So, aku call la tanya resepi kat dia sambil tangan menguli adunan. Masa tu adunan dah nak siap, tak melekit dan dah boleh buat acuan.

Kakak cakap;

- satu paket yis (rendam dlm air suam dalam 10 min) adalah untuk 1 kg tepung (yang ni dah fail..aku letak 1 paket yis, tak sampai sekilo tepung..patut la bau masam!)
- gula 2 senduk (aku letak 3 scope sudu bulat)
- marjerin 2 senduk (aku ganti dengan mentega-2 senduk)
- garam secubit rasa (yg ni betul)
- susu cair (alamak! makcik tu dah bgtau, aku luper nak letak..)
- telur 1 biji (yang ni memang aku tak tau sebab makcik tu tak bgtau letak telur)

Aku dah mula cuak..camner nih, adunan dah cantik tak melekat, boleh ke nak tambah bahan2 yg aku lupa tu? Kakak cakap dah tak boleh, sebab yis dah mati (aku dengar abang ipar aku dah gelakkan aku kat belakang!)

Tapi bila hubby cakap suruh masukkan ajer, aku pun mengikut. Time nak buat acuan bulat2 tu, macam2 design ada. Aku tawakkal aje lah. Standard la, buat kali pertama tu adalah percubaan, kena cuba banyak kali untuk dapat hasil yang memuaskan.

Bila digoreng..wow! Rasanya tak mengecewakan. Not bad! Walaupun rupanya tak semenggah mana, tapi masih boleh diterima...heheheh..so, budak2 tu yang jadi mangsa kena makan kuih yang ibu buat....lain kali ibu buat lagi ye!

Friday, June 13, 2008

Ex-student

Semalam aku menerima kunjungan dari ex-student aku yang kini sedang menyambung pengajian di Kolej T, Subang. Last time dia datang masa bulan puasa akhir tahun lepas.

Biasalah..dekat2 nak exam, nak kata2 semangat, motivasi..hehehe..macam la aku ni kaunselor profesional..Katanya kat sana takde orang take care dia atau yang boleh menasihati dia yang malas nak belajar tu. 2,3 hari lepas dia kata maybe 2 subjek bakal fail..huhu..susah dan tak faham..Mmmm..apa yang boleh aku cakap..'cuba je la mana yang terbaik'.

Semalam lak dia cakap..time dia rasa akan fail subjek tu, dia lom tgk carrymark assignment lagi, so bila dia tgk..dia rasa boleh lepas..

Aku: Lerr..blom berjuang dah surrender!

Wednesday, June 11, 2008

Luqman & Lawatan

Masa nak kemas beg Luqman malam tadi, aku tengok ada surat dari TADIKA. Surat minta kebenaran ibubapa utk bawak anak2 pegi Lawatan ke Melaka hujung bulan ni. Aku tunjukkan pada hubby, tanya pendapat dia samada nak benarkan atau tidak. Terus jawapan yang diberi adalah TIDAK IZINKAN!! Huh!

Aku tanya kenapa? Dia cakap risaukan keselamatan Luqman..tak tau macammana orang jaga. Dia rasa Luqman blom pandai jaga diri lagi. So, aku cakap bilanya nak percaya pada kemampuan anak.kesian kat Luqman, nanti kengkawan sibuk bercerita pasal lawatan, awak terkulat-kulat tak tahu apa..hehehe..saje nak ngetes.

So, hubby cakap, "kalau macam tu, kita ikut diorang pegi Melaka..follow kat belakang, biar la Luqman ngan kawan2 tapi kita awasi dari jauh".

Aku: Uh..tak kuasa! Dah le minyak mahal nih, nak skodeng2 pulak. Abang pegi la jumpa cikgu Luqman tu, tanya ada tempat kosong lagi tak, abang ikut naik bas..pastu boleh jadi guard sambilan!

Luqman yang dari tadi dok dengar perbualan terkebil2 mata memandang kami! Kesian anak ibu...

Marah

Tengah2 syok tengok tv malam tadi (dalam 11.30mlm)..aku dengar bunyi bising kat bawah blok macam orang gaduh jer. So, aku jenguk tengok apa yang berlaku..mana tau kot2 ada orang sewel wat riot macam kat dalam paper akhir bulan lepas tu..rupa2nya betul ada orang sewel wat bising sambut birthday dengan baling2 tepung sesama sendiri. Tepung mahal2 nih, kalau wat cekodok pun lagi bagus daripada membazir macam tuh. Itu aku tak kisah la diorang nak buat apa, maybe mak bapak diorang kaya kot setakat tepung sekilo tu. Tapi yang buat aku bengangnya bila kena keta aku!! Kebetulan aku kenal salah sorang pelajar yang join main tepung tu sebab dia ikut aku trip p Langkawi tahun 2006 dulu..tunggu apa lagi..sound direct la.."main..main jugak, jangan sampai kena keta, saper yang nak basuh tu! Masing2 terdiam menikus..tak lama kemudian, aku tengok kawan dia yang terbongkok2 dok sapu. Pagi tadi aku tengok masih ada sisa2 putih, hujan lak tu malam tadi. sib baik keta tak jd tepung gomok. Kalau idak, maunyer aku pulak yg ngamuk!

'Ninoninonino...'

"..ninoninonino..(dik nor,dik nor, dik nor)"
"mata nino buyaat (mata dik nor bulat).."
"nino angan angis (dik nor jangan nangis).."
"mama uat ejer (mama buat keja).."

Bila pertama kali aku dengar Luthfil nyanyi lagu ni, aku takleh detect amende la dia dok nyanyi tu..ninoninonino..sekali dengar macam bunyi ambulans jer..tapi bila abangnya Luqman yang nyanyikan penuh, baru aku tau rupa2nya lagu ni tentang sorang budak kat taska sama ngan diorang tu. huhuhu..sakit perut dok gelakkan dia nyanyi dengan suara sengau2 pelat dia tuh..

Satu lagi lagu feveret dia ialah lagu .."ajah (gajah) hihung (hidung) hanjang (panjang)...bla2 bla2..bla..aku tak paham!

terus masuk rangkap kedua..

"Badan gajah besar",
"Tapi takut tikus",
"Allah Maha Besar",
"Lagi Maha Kudus"..

..layannnnn je laaa....

Tuesday, June 10, 2008

Rumah cat baru

Ewah2..posting takde...tapi rumahku bertukar wajah..harap2 lepas ni rerajin la mengupdate yer..

Update

..tengah takde mood nak menulis projek master..apatah lagi nak menulis blog. Baca je la blog orang..hehehe..

..anyway..aku memang naik hangin dengan kenaikan minyak baru2 nih..idea paling bodoh abad ini..huhuhu