Friday, January 30, 2009

Cuti-cuti lagi?

Insyaallah..kalau takde aral melintang, kami akan bercuti ke Sarawak pada pertengahan tahun ini.

Mulanya hubby berhasrat ke Bintulu, melawat UPM cawangan Bintulu, tetapi dimaklumkan oleh 'bosnya', bahawa tidak ada apa yang menarik di Bintulu, kami putuskan untuk ke Kuching sahaja.

Semoga kunjungan buat pertama kali ini menjanjikan seribu satu pengalaman dan kenangan indah walaupun terdapat 'segelintir orang sana' yang telah meninggalkan parut hitam di dalam hatiku.

Kalau ada rezeki, harap2 tu dapat berjumpa dengan bekas pelajar2ku yang kukenali sejak dari tahun 2001...rindunya pada diorang yang baik2.

Sarawak..nantikan kunjungan kitak ya'!

Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Thursday, January 22, 2009

Aku pulak yang tak boleh fokus nak buat kerja!

Geram!

Speechless!

Berita yang aku dengar di pagi hari ni amat memeranjatkan.

Cikgu Taska tempat aku hantar anak yang selama ni aku anggap macam adik sendiri sedang main cinta dengan laki orang sehingga meruntuhkan rumah tangga kawan baik aku sendiri yang juga salah sorang yang menghantar anak ke taska tuh dan kini sedang mengandung anak kedua!

Huh! memang gila la budak tu!

Tatau nak tulis apa...tengah geram!

Wednesday, January 21, 2009

Pilihanraya

1. Sekarang musim pilihanraya..bukan sahaja PRK yang telah berlangsung di Kuala Terengganu pada 17hb yang lalu, tetapi IPTA dan IPTS turut mengalami demam pilihanraya yang sama.

2. Pagi tadi aku ada terbaca dalam akhbar tentang keputusan pilihanraya kampus di UM dan UPM. Di UM kononnya pilihanrayanya dicemari dengan beberapa insiden yang kurang enak didengar, begitu juga di UPM..keputusan rasmi belum lagi diumumkan kerana mendapat bantahan daripada beberapa pihak tertentu yang tidak berpuashati dengan kiraan undian.

3. Dulu, semasa aku menjadi mahasiswa, aku juga turun mengundi. Semangat! Tapi, pernah juga aku boikot untuk tidak turun mengundi. Menyampah dengan perkara2 tertentu..suara mahasiswa terkepung dengan beberapa peraturan yang diperkenalkan oleh beberapa pihak tertentu yang tidak senang dengat kebangkitan kumpulan tertentu. Masa tu isu DSAI hangat..bukan sahaja dengan kelahiran parti pembangkang yang baru, di UPM juga wujud parti2 baru yang mengambil semangat tersebut. Dan haluannya seakan2 sama dengan haluan politik semasa. Yang memimpinnya pun anak menteri!

4. Hari ini juga merupakan pilihanraya kampus di sini. Baguslah, ada juga calon2 yang berani memperjuangkan hak mereka sebagai pelajar. Kalau pelajar tidak memperjuangkan hak pelajar, siapa lagi?

5. Cuma yang berbeza kali ini aku perhatikan, calon pelajar antarabangsa juga turut mengambil bahagian. Sakan sungguh mereka berkempen. Cuma aku tidak berkenaan dengan cara mereka yang agak agresif. Hampir2 aku dilanggar mereka!

6. Mungkinkah mereka tidak memahami budaya rakyat Malaysia yang mana cara kempen di negara kita lebih aman, lebih tenang...bukannya dengan cara berkonvoi beramai2, memandu dalam keadaan laju dan merbahaya, duduk dalam bonet kereta, kepala keluar terjulur dari tingkap, membunyikan hon dengan bertalu-talu sehingga mengganggu ketenteraman, membuang kertas manifesto merata2, terpekik terlolong, memasang lagu2 rap negara mereka, terkinja2 menari..diorang ingat dengan cara tu akan menarik perhatian pengundi ke?

7. Aku? Naik menyampah!!

Monday, January 19, 2009

Bizi

1. Walaupun study dah habis, aku masih lagi buzy..tapi kali ni buzy dengan kerja pulak.

2. Konon-kononnya banyak yang aku nak buat lepas abis master, nak berpoya2..huhuhu..setakat hari ni, takde la boleh berpoya2 sangat.

3. Semester 3 ni cukup singkat..hanya 7 minggu. Tolak cuti umum dan ter'cuti'..pejam celik pejam celik aku perlu submit question paper pada 21hb ni. Soklan dan siap, cuma skema dan endorsement dari ELC dan IV je. Walaupun subjek ni aku share dengan sorang lecturer lain, tapi nampak gayanya mcm aku je yg kena buat!

4. Minggu ni jugak student2 UTM dah mula semester. Sem ni jugak aku diamanahkan satu subjek baru..menyahut cabaran!

5. Keta masuk workshop..tatau la bila siap. Accident lagi! Nasib baik aku dah takde kelas kat UPM lagi..hubby je yang pakai keta..Aku datang opis jalan kaki je..5 minit dah sampai opis..dan aku boleh exercise!!! (huhuhu..konon2 nyer laaa...)

6. Kat rumah, aku tengah addict buat jigsaw puzzle. Luqman asyik pressure aku je suruh siapkan. Eksyen beli gambar yang susah sapa suruh! huhuhu

SELAMAT HARI LAHIR

Posting ini istimewa untuk seorang teman..

Aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 39..(actually aku dah tak ingat the exactly date hari lahir dia..tapi ingat bulan January jee.tak kisah la dia baca atau tidak blog aku ni). Aku doakan semoga dia dipanjangkan umur, sihat, murah rezeki dan bahagia selalu.



"Hidup tidak perlu terlalu sempurna, tidak perlu terlalu kaya, tidak perlu terlalu terkenal, TETAPI..selagi ada insan yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi. Perhubungan yang sejati akan membawa keindahan yang abadi".

Thursday, January 15, 2009

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi...

Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan l ain l ain ." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Perm ain annya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selain nya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain -l ain , sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka..... ".

Redha..

Dalam kegembiraan, ada secalit kedukaan..

Begitulah kehidupan..

Segala yang diimpikan..

Tidak selalunya seperti yang direncana.



Namun aku akan meneruskan kehidupan ini..

Dengan ketabahan..dengan kecekalan..

Semoga masih ada kebahagiaan dan sinar harapan buatku..

Kini aku terima dengan sepenuh hati setiap yang berlaku..

Mungkin ada hikmahnya yang tersembunyi..

Kita hanya merancang..

Allah yang menentukan.

Aku redha dan bersyukur dengan ketentuanNya.

Wednesday, January 14, 2009

Sesat di Kuala Lumpur!

1. Hari ini aku drive sendirian ke KL kerana hubby ada meeting jam 8.30am.

2. Awal2 lagi aku keluar..just in case!

3. Nak dijadikan criter, dalam dok berhati2 memandu sambil sekali sekala menjeling peta kat sebelah duduk penumpang, sampai je kat laluan SMART, aku tersilap lorong memasuki lorong tengah. Kemudian dengan paniknya sempat menelefon hubby memberitahu aku tersilap line.

4. Hubby mintak aku teruskan perjalanan menuju ke Jalan Tun Razak/KLCC. Sambil terhegeh2 dengan kelajuan yang tak seberapa (tabiat aku kalau aku tak biasa dengan jalan tersebut)sambil mata melilau-lilau membaca signboard..dan tak semena2 di hon oleh kereta2 yang bengang dengan aku..hehehe..buat kedua kalinya aku tersilap lorong lagi. Kali ni aku dengan gamblenya meneruskan perjalanan walaupun aku rasakan darah ku seakan2 kering tersejat, dadaku berombak kencang sambil lutut terketar2..aku masih boleh tersenyum kelat dan memujuk diriku sendiri agar tidak panik.."Cool..cool..I'm still in KL!"

5. Dengan kesesatan yang amat tu, yang aku ingat aku ada lalu depan Istana Negara, PWTC..bla2 bla..dah tak ingat apa..aku cuma fokus pada pemanduan dan signboard sahaja agar tidak terlepas Jalan Tun Razak.

6. Hatiku melonjak riang bila ternampak Signboard yang tertulis Jalan Semarak.

7. Phewwww...lega!

8. Moral of the story..kalau nak ke sesuatu tempat yang kita tak biasa pegi lagi, make sure amik tau banyak jalan sebagai alternatif. Kalau lah handphone aku takde bateri..agaknya dengan saper aku nak mintak tolong..huhuhu..apa2 pun hidup mesti cool! Buat2 muka konfiden je wpun peta kat sebelah!

9. Time nak balik pulak, aku lalu ikut lorong SMART. Dengan konfidennya aku ikut line TNG. Rupa2nya line tu tutup. Aku dan beberapa keta yang lain punya lah bersusah payah mereversekan keta memasuki lorong tunai. Nasib baik tak kena sondol ngan keta lain..hampess tol!

10. Satu pencapaian buat aku..drive ke KL (walaupun tak mengikut peta tok guru!)

Monday, January 12, 2009

Sunday, January 11, 2009

Yang ditunggu2 sudah kunjung tiba...

Hmmm...

Tidak seperti yang diharapkan.

Kecewa..hampa...

Meragut ke'happy' an aku hujung minggu ni..

Hidup tidak bermakna..

Speechless..





Redha???

Friday, January 09, 2009

1. Satu kepuasan tatkala melihat 3 salinan hardcover berwarna biru gelap berada dalam genggamanku..dah selamat dihantar kepada penyelia sebaik sahaja diambil di kedai...akhirnya aku berjaya juga menyiapkan projek master.Sekarang cuma tunggu keputusan jer..

2. Setiap hari aku menantikan kewujudannya..berdebar-debar jantungku menunggu...bila ni????

3. Rezeki yang tidak disangka di tahun baru. Alhamdulillah..seronok sangat!

Thursday, January 08, 2009

Cuti-cuti di Pulau Pinang


Sempena cuti tahun baru 2009 yang lepas, aku berkesempatan berkunjung ke Pulau Pinang. Sepatutnya kami bertolak dari kampung terus ke Penang, tetapi oleh kerana hubby mempunyai beberapa urusan kerja yang perlu dibereskan, kami balik ke rumah terlebih dahulu dan bertolak dari sini.

Percutian kali ini agak menyeronokkan..dah lama tak cuti-cuti Malaysia membawa anak-anak berjalan2. Lagipun projek paper dah siap, otak dah lapang sikit. Hubby pun dah lama berhajat untuk membawa kami bercuti. walaupun cuti kali agak terganggu dengan kehadiran LALAT dan LANGAU yang menyemak pada mulanya..tapi aku berjaya untuk 'ignore' sahaja. Dah takde makna apa2 pada aku..huhuhu..saper makan cili dia rasa pedasnya!

Di Penang aku menginap di rumah kakakku yang ke3. Setelah tersesat barat ntah ke mana2, akhirnya kol 4 lebih sampai ke rumah Kakak. Kak Na and family pun ada jugak. Aku pun dah lama tak berkunjung ke rumahnya. Masa sesat tu sempat la menjamu selera dengan pisang goreng dan popcorn (2hinggit banyak giler!) yang dibeli di Kulim. Waduh..murah sungguh barang kat Kulim. Malamnya kami borong sakan tudung kat kedai sepupu yang bukak booth kat BM. Jauhnya aku beli tudung..dapat la 4 helai.Lepas memborong, dia belanja kami makan Char Kuew Tiaw and Sate. Sedap sangat!!

Keesokkanya, Jumaat..kami tak kemana2.Hubby ada meeting dan appoinment dengan org High Tech Kulim. So, aku kat rumah diminta oleh kakak masakkan spagethi untuk sarapan pagi. Wah..jauhnya tukang masak datang. Katanya, Auni suka makan spagethi yang aku masak. Tengaharinya, kakak mintak aku masak daging dendeng atau masak kicap. Ini satu lagi faveret juadah yang aku dapat daripada FIL. Mendapat pujian dan kesukaan ramai..hehehe..blh wat bisness bukak restoren nih.

Agenda hari Sabtu, kami keluar shoping ke BM, belikan Luqman dan Luthfil pakaian. Aku sempat mengusha sandal..dapat gak sepasang..hehehe..Hubby beli seluar lagi. Asyik komplen seluar dah longgar..padahal dia yang makin kurus..huhuhu.Sebelum tu aku p borong asam jeruk 3kg untuk kengkawan kat opis.

Masa makin suntuk, perut dah berkeroncong. So, makan time. Masa ni nak amik gambar pun tak sempat bila si Luthfil Hadi buat perangai tak sememeh ms nak makan. Kesian kat hubby tak sempat nak menikmati hidangan ikan bakar, daging bakar dan macam2 lagi juadah yang best2 kat restoren tuh. Harganya murah sangat dan lauk2 sangat sedap!

Oleh kerana kami dah dibooking kawan hubby untuk membawa kami menaiki bot keliling pulau di Taman negara, kami bergegas ke tempat yang dijanjikan. Hampir sejam perjalanan ke jeti. Seronok sangat naik boat melihat keindahan pantai dan pulau2 berhampiran, hidupan yang ada disekitar paya bakau serta kawasan bakau yang menghijau. Yang tak syoknya, Luthfil melalak kat atas bot tu sebab nak balik. Huhuhu..

Setibanya di jeti, hari dah hampir senja. Aku yang last skali turun dari boat, sambil memimpin Luthfil dan Luqman di depan, dengan tidak disangka2 terpijak sengat ikan duri..huhuhu..aku ingatkan pendek je, seriau jugak la bila aku dan hubby cuba tarik keluar tapi tak berjaya. Bila dah kecoh, driver boat tadi datang mencabutnya. Darah meleleh keluar. Luthfil yang tadi asyik meragam je, terus jadi budak baik bila tengok ibunya sakit. Nasib baik bukan dia yang kena. Kalau tak, tak tahu la nak cakap..Nauzubillah..

Dalam pada kaki sakit dan jalan berjengket2 tu, malamnya kami sempat dibawa ke bandar Pulau Penang oleh kawan hubby untuk menjamu selera makan sup kambing dan pasembor kat kedai mamak. Hajat nak makan laksa penang kat Pulau Penang blom tercapai lagi. Insyaallah, di lain hari dan waktu kami akan berkunjung lagi ke sana.

Monday, January 05, 2009

Selamat Datang 2009/1430H

Bismillahirrahmanirrahim..

Pembukaan tahun baru ini, aku mulakan dengan kesyukuran yang tidak terhingga kerana Allah masih lagi memberi kesempatan untuk aku mengecapi kebahagiaan dan kesihatan yang baik kepada aku dan keluarga.

Alhamdulillah..aku berjaya menyempurnakan pengajian aku dalam tempoh masa yang sepatutnya. Insyaallah, pertengahan tahun nanti impian aku akan terlaksana..mudah-mudahan.

Banyak yang ingin aku lakukan dan yang ingin dicapai pada tahun ini. Insyaallah, aku akan mulakan satu persatu..

Tahun baru ini juga, aku ingin lupakan perkara-perkara sedih, yang menyakitkan dan mengecewakan aku. Yang berlalu biarlah berlalu. Aku tidak akan menoleh kebelakang lagi. Untuk apa aku menyusahkan diri, jika ianya langsung tidak dihargai. Kalau itu yang terbaik untuk semua, aku redha dengan ketentuannya. Yang pasti aku amat berbahagia dengan apa yang aku kecapi dan miliki sekarang.

Insyaallah..semoga tahun baru ini menjanjikan hidup yang lebih baik buat kami sekeluarga.

"Alhamdulillah..tadi dah dapat satu offer..hehehe..mudah2an dimurahkan rezeki oleh Allah SWT"..

Cayyo'!!