Wednesday, January 14, 2009

Sesat di Kuala Lumpur!

1. Hari ini aku drive sendirian ke KL kerana hubby ada meeting jam 8.30am.

2. Awal2 lagi aku keluar..just in case!

3. Nak dijadikan criter, dalam dok berhati2 memandu sambil sekali sekala menjeling peta kat sebelah duduk penumpang, sampai je kat laluan SMART, aku tersilap lorong memasuki lorong tengah. Kemudian dengan paniknya sempat menelefon hubby memberitahu aku tersilap line.

4. Hubby mintak aku teruskan perjalanan menuju ke Jalan Tun Razak/KLCC. Sambil terhegeh2 dengan kelajuan yang tak seberapa (tabiat aku kalau aku tak biasa dengan jalan tersebut)sambil mata melilau-lilau membaca signboard..dan tak semena2 di hon oleh kereta2 yang bengang dengan aku..hehehe..buat kedua kalinya aku tersilap lorong lagi. Kali ni aku dengan gamblenya meneruskan perjalanan walaupun aku rasakan darah ku seakan2 kering tersejat, dadaku berombak kencang sambil lutut terketar2..aku masih boleh tersenyum kelat dan memujuk diriku sendiri agar tidak panik.."Cool..cool..I'm still in KL!"

5. Dengan kesesatan yang amat tu, yang aku ingat aku ada lalu depan Istana Negara, PWTC..bla2 bla..dah tak ingat apa..aku cuma fokus pada pemanduan dan signboard sahaja agar tidak terlepas Jalan Tun Razak.

6. Hatiku melonjak riang bila ternampak Signboard yang tertulis Jalan Semarak.

7. Phewwww...lega!

8. Moral of the story..kalau nak ke sesuatu tempat yang kita tak biasa pegi lagi, make sure amik tau banyak jalan sebagai alternatif. Kalau lah handphone aku takde bateri..agaknya dengan saper aku nak mintak tolong..huhuhu..apa2 pun hidup mesti cool! Buat2 muka konfiden je wpun peta kat sebelah!

9. Time nak balik pulak, aku lalu ikut lorong SMART. Dengan konfidennya aku ikut line TNG. Rupa2nya line tu tutup. Aku dan beberapa keta yang lain punya lah bersusah payah mereversekan keta memasuki lorong tunai. Nasib baik tak kena sondol ngan keta lain..hampess tol!

10. Satu pencapaian buat aku..drive ke KL (walaupun tak mengikut peta tok guru!)

No comments: