1. Sekarang musim pilihanraya..bukan sahaja PRK yang telah berlangsung di Kuala Terengganu pada 17hb yang lalu, tetapi IPTA dan IPTS turut mengalami demam pilihanraya yang sama.
2. Pagi tadi aku ada terbaca dalam akhbar tentang keputusan pilihanraya kampus di UM dan UPM. Di UM kononnya pilihanrayanya dicemari dengan beberapa insiden yang kurang enak didengar, begitu juga di UPM..keputusan rasmi belum lagi diumumkan kerana mendapat bantahan daripada beberapa pihak tertentu yang tidak berpuashati dengan kiraan undian.
3. Dulu, semasa aku menjadi mahasiswa, aku juga turun mengundi. Semangat! Tapi, pernah juga aku boikot untuk tidak turun mengundi. Menyampah dengan perkara2 tertentu..suara mahasiswa terkepung dengan beberapa peraturan yang diperkenalkan oleh beberapa pihak tertentu yang tidak senang dengat kebangkitan kumpulan tertentu. Masa tu isu DSAI hangat..bukan sahaja dengan kelahiran parti pembangkang yang baru, di UPM juga wujud parti2 baru yang mengambil semangat tersebut. Dan haluannya seakan2 sama dengan haluan politik semasa. Yang memimpinnya pun anak menteri!
4. Hari ini juga merupakan pilihanraya kampus di sini. Baguslah, ada juga calon2 yang berani memperjuangkan hak mereka sebagai pelajar. Kalau pelajar tidak memperjuangkan hak pelajar, siapa lagi?
5. Cuma yang berbeza kali ini aku perhatikan, calon pelajar antarabangsa juga turut mengambil bahagian. Sakan sungguh mereka berkempen. Cuma aku tidak berkenaan dengan cara mereka yang agak agresif. Hampir2 aku dilanggar mereka!
6. Mungkinkah mereka tidak memahami budaya rakyat Malaysia yang mana cara kempen di negara kita lebih aman, lebih tenang...bukannya dengan cara berkonvoi beramai2, memandu dalam keadaan laju dan merbahaya, duduk dalam bonet kereta, kepala keluar terjulur dari tingkap, membunyikan hon dengan bertalu-talu sehingga mengganggu ketenteraman, membuang kertas manifesto merata2, terpekik terlolong, memasang lagu2 rap negara mereka, terkinja2 menari..diorang ingat dengan cara tu akan menarik perhatian pengundi ke?
7. Aku? Naik menyampah!!
No comments:
Post a Comment