Thursday, August 27, 2009

Air tebu

Air tebu merupakan faveret gua sejak dari dulu lagi..kiranya 1st choice la daripada mana2 air di dunia ni. Ceewahh..

Walaupun menurut cikgu gue dahulu kala, warna air tebu amatlah tidak menarik perhatian. Warna hijau keruh macam air long**** gitew. Kenapa para saintis yang bijak pandai tak fikir nak menukar kaler air tebu menjadi kaler yang mengancam ek?? Musykil nih..

Setiap kali gue ke pasar malam kat kolej, gue selalu dok usha tengok gerai air tebu yang sorang mamat tu jual..very mengancam daaa..sangat fresh!!

Bilakah tibanya saat itu...sabar jer laa..

Lepas ni kena pantang pulak..wawawa...tension%^&*$#

... ada sejarah hitam yang berlaku akibat minum air tebu nih..tu sebab gue cuak nih..

Tuesday, August 25, 2009

Scan

Tadi pagi saya ke KKM, routine check up. Kali ni bawak Luthfil Hadi sama untuk pemeriksaan. Sepatutnya last month bawak dia tapi terlupa. So, this time kena bawak. Bila ditimbang, beratnya underweight..dah masuk bahagian kuning. So, kn bawak jumpa doktor. Timbang ibu Luthfil lak naik setengah kilo jer..ok la tu..jangan terlebih sudahhh..

Alang2 dah check up hari ni dan kena jumpa doktor, doktor terus buat scan. Sepatutnya hari Jumaat ni. Elok jugak, tak perlu nak datang lagi..banyak keja la kat opis.

Setelah ditelek dan diteliti..hehehe..saya tanyakan jantina baby..jeng!jeng!jeng!

Hubby mesti tak sabar nak tau jugak..mana boleh habaq, rahsia!

Lepas ni boleh shopping baju baby...pink or blue???

Friday, August 14, 2009

konvo





Actually banyak benda nak citer..tapi takde mood nak menulis. Badan letih sangat.

Semalam ada orang buat aku hot temper sih.. Ntah apa niatnya nak add aku pulak. Tak kuasa aku nak melayan orang sewel tu. Sekali aku dah menyampah, mintak maap laa yer..boleh blahhhh!!! Jangan kacau ketenangan hidup aku..heheheh..aku pun tau bengang gak!

Aku masih lagi belum sihat sepenuhnya dari batuk dan selsema. Selepas majlis konvokesyen Isnin lepas, aku MC sehari. Ahad pun tak dapat ke majlis konvokesyen kolej di KL. Punya la tak syoknya sesi konvo tu..hujan turun dengan selebat2nya. Udah ler sibuk dok mencari Wan yang terpisah ngan adik aku. Rupanya Wan dan siap tunggu kat keta. Habis lencun jubah kiter..huhuhu..

Pada hari Selasa petangnya, kami berangkat menghantar Wan dan Ijan ke airport. Flight kol 3.40pm. Sampai kat airport jam 2.20pm. Lepas check in, solat..jam menunjukkan pukul 3.00pm. Selepas menghantar Ijan dan Wan melepasi tempat pemeriksaan menuju ke tempat menunggu, kami berangkat pulang..nak ke KL pulak.

Tiba dipertengahan jalan (Putrajaya), Ijan telefon memberitahu yang mereka ketinggalan flight. Apa lagi, terkedu jugak la kami. Camner boleh kena tinggal, walhal dah kat dalam tempat menunggu. Rupanya dia tunggu kat pintu 1, sepatutnya flight ke KB pintu 12. Adoiiii...mcm2 hal la. Pendekkan citer, kami ke airport setelah urusan di KL selesai dan bawak mereka ke rumah kami semula. Wan dah berangkat balik pagi semalam, Ijan pulak malam tadi.

Thursday, August 13, 2009

JUALAN BISKUT RAYA 2009







JUALAN BISKUT RAYA 2009 KINI SUDAH BERMULA!!!

TEMPAH LAH SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!!

HUBUNGI 012 2275719 , EMAIL mahsuri_legenda@yahoo.com @ LAWATI http://bisnezwanshila.blogspot.com






H1N1 ancaman kepada ibu hamil

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

MINUM air dengan banyak mampu meningkat tahap kesihatan ibu mengandung.
KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.

Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia. Salah satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini ialah ibu mengandung.

Terdapat beberapa faktor mengapa ibu mengandung dikategorikan sebagai berisiko untuk terkena jangkitan virus H1N1.Pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, ketika mengandung lazimnya pernafasan wanita terbabit akan berubah berbanding wanita normal.

"Ketika mengandung, rahim akan mengembang dan meningkatkan tekanan pada bahagian usus sekali gus menyebabkan pengembangan diafram (bahagian antara paru-paru dan perut) terhad dan membuatkan nafas tersekat-sekat (pendek).

"Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika wanita hamil tersebut dijangkiti H1N1 yang lazimnya akan menyerang sistem pernafasan dengan memasuki bahagian kerongkong pesakit," jelasnya ketika ditemui di kliniknya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Selain itu, menurut Dr. Silvam sistem imuniti (kekebalan tubuh) bagi ibu mengandung juga rendah menyebabkan mereka mudah terdedah dan mendapat jangkitan penyakit termasuk H1N1. Jadi walaupun seorang ibu mengandung itu berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti kuman kerana kuasa daya lawan penyakit kurang ketika mengandung.

Dr. Silvam berkata, apabila ibu mengandung berhadapan dengan masalah kesihatan, doktor yang merawat akan lebih berwaspada untuk memberi ubat-ubatan kerana takut mendatangkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

"Dalam tiga peringkat mengandung, pertama, kedua dan ketiga trimester, peringkat pertama dan ketiga perlu diberi perhatian. Peringkat ketiga mengandung lebih berisiko untuk mendapat jangkitan dan kesannya sehingga boleh menyebabkan kematian.

"Di Amerika Syarikat, setakat ini sudah lebih 300 kematian akibat H1N1 dan antara lima dan enam peratus mangsa adalah daripada kalangan ibu mengandung.
"Perlu diingatkan juga bahawa wabak ini masih belum menemui penawarnya justeru langkah pencegahan sebelum terkena amatlah penting," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ibu mengandung dinasihatkan jangan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan daripada orang yang tidak dikenali.
Sekiranya terdapat sedikit simptom seperti demam, selesema, sengal-sengal sendi dan sebagainya, sebaiknya mereka mengasingkan diri (kuarantin) di rumah dan pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga lain.

"Kurangkan mencium anak-anak lain dan mesti buang topeng, tisu bekas hingus dan batuk ke tempat yang tertutup," jelasnya.

Rawatan

Dr. Silvam menerangkan apa yang penting ialah setiap ibu mengandung tidak perlu panik apabila muncul simptom sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan tentang sama ada mereka telah terkena jangkitan.

"Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian dengan mengambil sampel air liur untuk dihantar ke makmal.
"Rawatan profilaksis atau cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan dengan menggunakan antiviral juga boleh diberi kepada ibu mengandung.

"Virus ini masih tiada ubatnya dan apa yang perlu dibuat ialah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin," katanya.Selain itu, Dr. Silvam menambah, apa yang perlu ditekankan ialah pentingnya pemahaman tentang penyakit ini.Apabila simptom Influenza A H1N1 ini terjadi kepada wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan secara simptomatik iaitu rawat satu persatu masalah mereka."Jika demam, maka doktor akan merawat demam hingga baik. Jika demam terlalu tinggi memang akan membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu akan dirawat dengan memberikan beberapa dos paracetamol.

"Begitu juga jika selesema dan batuk. Jika simptom terjadi pada trimester pertama kandungan, doktor akan lebih berhati-hati dalam memberi ubat kerana khuatir risiko ubat kepada bayi.

"Tetapi kalau selesema si ibu agak teruk maka mereka perlu dirawat dengan ubat yang diberi nama Tamiflu dan Revenza," jelasnya lagi.

Sewaktu kelahiran dan penyusuan bayi

Dr. Silvam berkata, jika simptom H1N1 terjadi kepada ibu yang hendak bersalin perkara paling tidak digalakkan oleh doktor ialah memberi ubat mempercepat kelahiran (induce). Ini kerana induce akan menyebabkan bayi mudah dijangkiti virus.

"Sebaiknya ibu perlu melahirkan bayi secara normal apabila tiba masanya. Ketika meneran untuk bersalin sudah tentu ibu yang mempunyai simptom tidak boleh memakai topeng (penutup hidung dan mulut), jadi orang di sekeliling mestilah mengambil langkah keselamatan dengan memakai topeng dan basuh tangan dengan bersih.
"Dalam tempoh 72 jam selepas ibu melahirkan dan menerima rawatan, ibu tersebut dianggap tidak menyebarkan virus tetapi langkah pencegahan kebersihan masih perlu diikuti dengan teliti. Sebagai contoh menutup mulut ketika batuk dan cuci tangan dengan kerap," jelasnya.
Dr. Silvam berkata, sebaiknya ibu yang baru melahirkan memberikan susu badan kepada bayi mereka dan jangan berhenti kerana susu ibu banyak antibodi yang membantu menguatkan ketahanan bayi daripada dijangkiti penyakit.

"Virus H1N1 tidak akan berjangkit menerusi susu ibu. Yang penting amal langkah berjaga-jaga, jangan terlalu dekat dengan orang lain dan jika ada sentuhan pastikan tangan dicuci dengan bersih," ujarnya.





Friday, August 07, 2009

not feeling well..

Semalam aku cuti lagi untuk menyetelkan urusan peminjaman jubah untuk konvokesyen pada 10hb ogos nanti. Kat dewan jumpa Hassan, Kak Nor, Aki, Sha, Fiza dan Ira..my ex classmate MCC. Wawa datang lepas sesi briefing/raptai.

Urusan ambil jubah selesai jam 11am. Then, pegi Park View, jumpa Erie kat booth jualan dia. Ramainya pelajar yang pakai mask..cuak gak rasa. Aku dah le semenjak akhir2 ni rasa tak sihat..sakit tekak dan selsema. Mintak jauh dari perkara yang tak diingini.

Sampai ke petang aku lepak kat fakulti hubby sementara menunggu dia habis kerja.

Insyaallah, Ahad ni ke Shangri La Hotel, KL untuk majlis konvokesyen kolej. Aku just jadi pensyarah pengiring je..hehehe..best kan! Harap sihat walafiat.

Malam ni Ijan ngan Wan datang dari kampung untuk hadir ke majlis konvokesyen kat UPM.