Friday, August 14, 2009

konvo





Actually banyak benda nak citer..tapi takde mood nak menulis. Badan letih sangat.

Semalam ada orang buat aku hot temper sih.. Ntah apa niatnya nak add aku pulak. Tak kuasa aku nak melayan orang sewel tu. Sekali aku dah menyampah, mintak maap laa yer..boleh blahhhh!!! Jangan kacau ketenangan hidup aku..heheheh..aku pun tau bengang gak!

Aku masih lagi belum sihat sepenuhnya dari batuk dan selsema. Selepas majlis konvokesyen Isnin lepas, aku MC sehari. Ahad pun tak dapat ke majlis konvokesyen kolej di KL. Punya la tak syoknya sesi konvo tu..hujan turun dengan selebat2nya. Udah ler sibuk dok mencari Wan yang terpisah ngan adik aku. Rupanya Wan dan siap tunggu kat keta. Habis lencun jubah kiter..huhuhu..

Pada hari Selasa petangnya, kami berangkat menghantar Wan dan Ijan ke airport. Flight kol 3.40pm. Sampai kat airport jam 2.20pm. Lepas check in, solat..jam menunjukkan pukul 3.00pm. Selepas menghantar Ijan dan Wan melepasi tempat pemeriksaan menuju ke tempat menunggu, kami berangkat pulang..nak ke KL pulak.

Tiba dipertengahan jalan (Putrajaya), Ijan telefon memberitahu yang mereka ketinggalan flight. Apa lagi, terkedu jugak la kami. Camner boleh kena tinggal, walhal dah kat dalam tempat menunggu. Rupanya dia tunggu kat pintu 1, sepatutnya flight ke KB pintu 12. Adoiiii...mcm2 hal la. Pendekkan citer, kami ke airport setelah urusan di KL selesai dan bawak mereka ke rumah kami semula. Wan dah berangkat balik pagi semalam, Ijan pulak malam tadi.

No comments: