Assalamualaikum wbt
Bertemu lagi kita di alam maya ini..ewaahhh..macam la ramai yang membaca blog ni..hehehe..perasan sat!
Actually, saya dah lama tak berinternet. Kiranya seminggu tu lama la ek? Sebab selalunya hari2 dok mengadap komputer. Tapi oleh kerana berlaku sesuatu yang tak dapat nak dielakkan, terpaksalah saya berhibernasi selama hampir seminggu daripada melayari internet dan mengetahui perkembangan yang berlaku di luar sana.
Oh ya..rupanya ada jugak peminat air tebu ek? heheh..saya dah dapat menikmati keenakan air tebu tu semasa balik ke rumah bapa mertua..puas hati dapat minum!! Tapi tak de la sampai tak sedar diri..kekeke..
Masih ingin mengetahui kemana saya menghilang?
Okey lah..saya bermula dengan kisah hari Sabtu, 29 Ogos.
Semasa berada di ofis sekitar jam 12 tengahari, saya telah mengalami simptom 'hypo'. Pandangan mata gelap, cuma nampak separuh daripada keseluruhan pandangan..kalau tengok muka orang pun hanya nampak separuh jer..separuh lagi gelap hitam.
Keadaan sebegini pernah dialami sebelum ini. Pernah sekali berlaku ketika saya sedang drive balik dari kelas master di UPM..nasib baik tak berlaku apa2 di sepanjang perjalanan tu.
Bila berlaku keadaan sebegitu, saya terus menghubungi kakak ipar yang bekerja sebagai nurse di HUKM. Dengan harapan dia dapat memberi sedikit nasihat apa yang perlu dilakukan.
Menurut beliau, saya mungkin mengalami hypo di mana kekurangan gula dalam badan dan juga disebabkan oleh tekanan darah yang rendah. Saya memang mempunyai masalah tekanan darah rendah, cepat letih dan lesu. Kebetulan pula, semasa berbuka puasa, saya cuma menjamah mihun soto dan minum air sahaja. Semasa bersahur pula cuma makan 2 biji kurma, sesudu madu dan segelas air suam. Patut la baby pun senyap jer..dia pun lapar agaknya. Untuk tidak memburukkan keadaan, kakak ipar menasihatkan saya agar berbuka puasa sahaja. Nasib baik kat opis tu ada air masak dan biskut kering :)
Hari Ahadnya, selepas memasak kami berangkat balik ke Klang. Agak penat jugak hari tu..nasib baik ada pembantu iaitu Erie yang membantu di dapur. Lepas zohor kami berangkat ke Shah Alam untuk menghantar Erie ke rumah Kak Tie. Cadangnya nak ke hospital pakar untuk scan dan buat CTG sebab pergerakan baby agak slow sejak semalam. So, kami terus ke Hospital Razif di Klang. Rupanya mereka buka sampai pukul 1pm sahaja.
Isnin petangnya, janji dengan Kak Tie nak berbuka puasa di Bukit Lanchung. Saya kepingin nak makan tepung pelita Shah Alam yang sedap banget tuh!
Oleh kerana bermacam2 lauk pauk ada, kerabu seafood pegaga, teresek jantung pisang, gulai kawah, daging bakar, ayam bakar, ayam goreng, sambal ikan bilis, ulam, dan macam2 lagi..saya terlupa menjamah kuih pelita.
Sehinggalah dalam perjalanan pulang, barulah saya teringat tentang kuih pelita tu. Terpaksalah Naim dan Kak tie keluar menghantar kuih tu..ini yang bestnya kalau mengidam apa2, memang semua orang akan cuba memenuhi keinginan kita tu..jangan mintak yang pelik2 sudah!
Selepas menghantar Erie ke UPM, saya mengajak hubby supaya singgah di Hospital Serdang kerana pergerakan baby pada hari tersebut agak kurang. Hanya 5 pergerakan sahaja dari 9 pagi sampai ke 9 malam. Lagipun kalau dah balik ke rumah, tak pasti bila akan ke klinik lagi.
Hampir jam 10.30pm, kami sampai di hospital, mendaftar dan kemudiannya doktor mula melakukan ujian jantung baby dan scan. Alhamdulillah, jantung masih berdegup tapi musykil dengan masalah kurang pergerakan.
Sudahnya, saya ditahan di hospital! Waaa..blur kejap. Memang tak menjangka sungguh. Nasib baik masih ada baju bersih, berus gigi dan sabun (itupun baru beli kat 7E masa kat Klang).
Time nak masuk wad, Luthfil mula menangis nak mengikut. Sedih jap rasa. Tambahan pulak bila dapat tahu yang kanak2 memang tak dibenarkan melawat pesakit di hospital. Dalam kepala, saya cuma mampu berharap agar esoknya dah dibenarkan keluar.
Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Dari sehari kesehari, saya masih lagi ditahan di wad 5F. Nasib baik ada jiran2 yang baik hati. Saya ditempatkan dalam bilik yang memuatkan 4 orang termasuk saya. Hanya saya yang paling tua (tua ke..hehehe..) dan pregnan anak ke 3. Yang 3 lagi tu adik2 1st time pregnan. So, banyaklah saya kena interview tentang pengalaman saya. Mana la akak ingat sangat. Last pegnan dulu tahun 2005..dah 4 tahun rupanya!
Walaupun hanya baru berkenalan beberapa hari kat wad tu, tapi saya dapat merasakan jalinan ukhuwah yang terjalin sangat rapat sekali. Sebelah katilku adalah seorang cikgu, Ina, yang mengalami hamil Placenta Pravea kelas 2 iaitu kes uri di bawah. Baru 8 bulan kandungan, sangat kasihan sebab terpaksa menginap di wad sehingga pertengahan bulan September. Kalau nasib tak baik uri masih lagi tidak turun, terpaksa di tahan 2 minggu lagi dan kesudahannya akan dibedah.
Adik ke 2, kandungan kembar.. Syok kan? Kandungan baru 31 minggu tapi telah mengalami kontraksi. Last minute hari nak balik, doktor bagitau yang dia ada darah tinggi. Pulak!
Adik ke 3, masih lagi belum bersalin walaupun dah sampai due. Tapi 2 hari lepas dah selamat bersalin dapat baby boy, 3.4kg. Saya la yang jadi tukang ajar cara2 breastfeed..hehehe..kelakar pulak kan.
Okey..berbalik pada kisah saya. Hari kedua saya di wad, saya diminta berpuasa bermula jam 12 malam untuk MGTT pada keesokkannya. Seawal jam 6am, saya dikejutkan untuk diambil darah. Dah naik lali lengan ni dicucuk jarum. Akak memang cuak sket tengok jarum ni. Tambahan pulak, saya mempunyai salur darah yang sangat halus yang menyukarkan proses mengambil darah. Kadang2 2,3 kali cucuk darah masih belum keluar. Cuak!
Selepas 2 jam, darah diambil sekali lagi. Resultnya? Huhuhu..memang dah agak..kantoi!! Bacaan 11.7!! Bukan lagi 'tinggi'..tapi sememangnya TINGGI!!!
Hatiku dah mula gundah gulana. Menurut doktor, jika terpaksa, saya perlu mengambil suntikan insulin setiap hari. Samada disuntik di perut, paha atau lengan. Ayyyaa!! Lagi akak cuak nih.
Ingatkan dah boleh balik. Hati dah meronta2 rindu kat anak di rumah. Tak tengok muka anak dah beberapa hari, cuma dengar suara melalui telefon sahaja. Hanya hubby yang menemani setiap kali waktu melawat. Nasib baik dekat dengan opisnya di UPM...tapi sebelah petangnya tak boleh lama2 sebab terpaksa berkejar menjemput anak di TASKA lagi. Ujian Allah..mungkin ada hikmah disebalik semua ini..
Oleh kerana ujian MGTT yang tidak memuaskan, doktor menjelaskan saya perlu menjalani BSP pula sebanyak 7 kali. 7 kali bermaksud 2 hari (4 + 3) :( Akak dah mula boring kat spital lelama ni tanpa buat apa2. Nasib baik kelas dah takde sebab student dah mula midterm exam. Hanya kelas 1hb yang burn. Tapi memikirkan bab marking paper ni, hmmm..harap2 dapat siapkan dalam masa yang ditetapkan. Terpaksa menyusahkan Brian dengan mintak dia hantar answer script ke rumah dan hubby bawak ke wad. Itu belum lagi dengan assignment yang berlambak2 yg due datenya dah tiba 2hb Sept lalu.
Sehai sebelum dibenarkan pulang, Erie datang melawat bersama kawannya, Zul. Membawa novel2 untuk menghilangkan jemuku di hospital. Tapi, bukan untuk menghilangkan boring, malah menambahkan boring ku...huhuhu..novel tulisan Faisal Tehrani dan Habiburrahman. Sorry yer peminat2 2 novelis tu.. Not my taste cara penulisannya yang amat sarat dan sastera sungguh. Saya budak science stream! Hahaha..lagi pulak, bila dok bersantai2 ni, kita cuma inginkan bacaan ringan untuk menghilangkan bosan dan membilang hari. Takut nanti blood pressure makin problem..huhuhu..Sorry jugak untuk Erie yang bersusah payah mengumpul novel untuk kakaknya nih. Llen kali bawak buku jiwang2 eh..:)
Hasil ujian BSP menunjukkan bacaan di bawah paras 6.7. Kira masih boleh diterima. Syukur, saya tidak perlu mengambil insulin. Hanya mengawal pemakanan sahaja. Appointment seterusnya pada 5 Oktober depan. Semalam, 4hb Sept, saya telah dibenarkan keluar wad, tapi diberi cuti sehingga 8hb depan. Balik rumah ni kena pulun marking pulak.
Sepanjang 4 hari di wad, banyak kali juga saya di scan. Tapi 'si dia' masih lagi malu2 menunjukkan diri dia yang sebenar. Hmmm..nak wat suprise yer..heheheh
No comments:
Post a Comment