Sunday, September 06, 2009

H1N1

Petang semalam hubby mendapat berita yang agak mengejutkan. Abang sulungnya yang tinggal di Melaka diberitakan tenat kerana positif H1N1.

Tengah malam tadi, hubby mendapat panggilan telefon yang mengatakan abangnya telah kembali kerahmatullah. Innalillah..

Pagi tadi, dia turut menziarahi buat kali terakhir. Semoga Allah melindungi hubby dari perkara yang tidak diingini.

Al-fatihah untuk Abang Enal.

No comments: