Saturday, February 27, 2010

shopping yang tak jadi..

semalam kami keluar ke JJ S2 kononnya nak cari baju Wafa. Esok nak pergi jalan2 (kalau jadi la). Keluar pun dah agak lewat, lebih kurang pukul 6 petang. Tambah melewatkan lagi apabila hubby terpaksa melalui Labu-S2 setelah highway LEKAS (dah tak berapa lekas daaa...) ditutup.

So, sampai di JJ dah pukul 7pm. Biasanya kalau dekat2 waktu solat macam tu, kami lebih suka setelkan yang wajib dulu sebelum bershoping. Luthfil pulak merengek nakkan calsium yogurt. Sementara saya ke surau, hubby ke tingkat bawah mencari yogurt.

Lebih kurang jam 8pm, baru lah dapat masuk ke tempat yang dituju. Si kecik pulak elok je tidor dalam stroller, si Luthfil pulak buat hal..sakit perut laa..sejuk la..demam la..

hmm...sudahnya sempat beli baju Wafa ajer..kami yang kononnya nak mencari sesuatu pun takleh nak buat apa. Saya pun cuak semacam bila tengok Luthfil menggigil kesejukan walaupun didukung ayahnya.

Sesampai di rumah, dan2 jer dia sihat! siap boleh main kejar2 lagi dgn abang long..then mintak ibu masakkan daging kambing kesukaan dia, habis gak 2 keping!

Huh! selamat duit ayah!

Wednesday, February 24, 2010

kerja, kerja dan kerja..


semester jan/feb dah tamat, tadi pagi exam. program SPACE pulak exam Sabtu/Ahad ni. Bersambung pulak semester Feb... hmmm..penatnyer. Seminggu lagi semester March pulak..


tak sabar nak bercuti ni..


hasrat hati nak sekolah lagi...ermmm...

Friday, February 19, 2010

sepandai-pandai tumpat melompat...akhirnya..

...akhirnya Basri si penggelap wang ditangkap polis jua...muahahaha.

Sunday, February 07, 2010

Dunia Tanpa Buku

Pelancaran iPad oleh Apple minggu lalu merupakan satu langkah lagi ke arah dunia tanpa buku. Maksudnya, buku bercetak akan pupus dan digantikan dengan buku elektronik iaitu e-buku atau e-book.

iPad merupakan satu lagi gajet hebat yang dihasilkan oleh Apple. Evolusi gajet daripada Apple telah berjalan jauh, bermula dengan komputer peribadi Apple, Macintosh, iBook, iPod, iPhone, iSlate hinggalah iPad ini sememangnya pengasasnya, Steve Jobs telah merubah dunia.

Teringat pada tahun 1983, penulis ini sebagai pemberita yang masih menggunakan mesin taip Olivetti telah ditugaskan membuat liputan pelancaran Apple pertama di Asia Tenggara. Pelancaran dibuat di Singapura dan pengedarnya menerbangkan para pemberita Malaysia untuk melihat sendiri komputer itu.

Hanya selepas Apple mempelopori komputer peribadi barulah IBM dan klon-klonnya turut mencetuskan suatu revolusi yang mengubah dunia secara besar-besaran.
Walaupun kemudiannya muncul Microsoft, Intel, Internet, Amazon dan malah e-buku yang mempertingkatkan lagi keupayaan kegunaan komputer, tetapi ia belum lagi mencabar buku sebelum terciptanya gajet khas bagi membolehkan seseorang membaca e-buku secara selesa seperti membaca buku bercetak.

Tetapi sejak lima tahun kebelakangan ini, perkembangan pesat bagi pembangunan alat itu, yang kini dikenali sebagai e-reader atau e-pembaca. Antara pelopornya ialah gajet yang dibangunkan oleh Sony. Kemudian ia diikuti oleh Amazon dengan gajet bernama Kindle. Begitu juga Nook oleh Barnes and Noble. Terdapat model lain yang turut muncul.

Di Malaysia, e-reader pertama telah mula dijual oleh MPH. Sementara MPH mempertingkatkan orientasi digitalnya dengan memandang e-book dan e-reader sebagai gelombang masa depan yang akan menggantikan buku.

Apa yang menjadi istimewa bagi iPad, ialah ciri-cirinya yang dikatakan mampu mengalahkan e-reader lain. Inilah kehebatan teknologi Apple apabila ia memasuki pasaran. Ia bukan saja akan menjadi alat bagi membaca e-book tetapi juga e-majalah dan e-akhbar. Walaupun pada masa ini, ia hanya memaparkan kandungan atas talian daripada majalah dan akhbar.
Pada masa akan datang, gajet-gajet baru akan dikeluarkan dan iPad akan mempertingkatkan keupayaannya. Teknologi ini akan memaksa semua penerbit buku, majalah dan akhbar untuk mempertingkatkan orientasi digitalnya.

Gajet

Gajet-gajet ini, dan anak cucunya nanti menjadi platform kepada buku, majalah dan akhbar akan datang - kesemuanya dalam bentuk atas talian dan digital. Buat masa ini buku, majalah dan akhbar bercetak akan terus wujud. Tetapi pada masa akan datang apabila disebut saja buku, maka yang digambarkan ialah e-buku yang akan dibaca menggunakan e-reader dan gajet-gajet sewaktu dengannya.

Seperti mana kini apabila disebut telefon, maka yang dimaksudkan ialah telefon bimbit, atau lebih tepat telefon sel dan bukannya telefon talian tetap. Buat masa ini telefon tetap masih ada tetapi tidak mungkinkah ia akan turut ditelan zaman seperti mesin taip? Begitu juga, tidakkah buku bercetak akan turut ditelan zaman?

Penulis dan generasinya tentu masih lebih selesa dan berselera dengan buku bercetak. Bukan saja buku-buku bercetak mudah dibaca tetapi juga indah untuk diletakkan pada rak di rumah-rumah, walaupun masalah ruang menjadi cabaran.

Tetapi bagi generasi X,Y dan Z mereka akan tentu lebih selesa dan berselera untuk membaca e-buku melalui e-reader. Maka tanggungjawab akhir bagi generasi penghijrah digital ialah dengan menyediakan suasana dan prasarana supaya peralihan kepada masyarakat cetak kepada masyarakat digital dapat dilakukan dengan tertib dan tersusun.

Biarlah kekurangan minat membaca buku-buku bercetak yang selama ini dikeluhkan dapat menjadi tinggal kenangan. Ini kerana diharapkan buku digital akan menggalakkan pembacaan yang lebih meluas dan mendalam kerana ia merangsang otak generasi X, Y dan Z dengan lebih hebat.

Kuncinya terletak pada minat terhadap ilmu. Minat ilmu membawa kepada minat membaca. Maka jika masyarakat tidak meminati ilmu, walaupun dunia berubah daripada cetak kepada buku, mereka tetap akan pada takuk lama dan terus tidak minat membaca.

Selama ini di merata-rata dunia saban tahun dilancarkan kempen membaca. Manusia di seluruh dunia digalakkan membaca buku oleh kerajaan masing-masing. Perpustakaan dan penerbit buku disokong oleh kerajaan masing-masing menggalakkan membaca buku.

Tetapi manusia tidak perlu digalakkan untuk menonton filem dan televisyen. Atau kempen mendengar radio. Sedangkan media itu adalah juga penyalur ilmu. Begitu juga tidak kedengaran kempen membaca majalah dan akhbar.

Ini kerana membaca buku adalah suatu kerja berat. Apabila disebut buku pula, ia bukan sebarang buku. Apa yang benar-benar dikatakan buku ialah buku yang menambah ilmu dan budi. Iaitu buku fiksyen dan bukan fiksyen. Bagi buku fiksyen, tentunya ia merujuk kepada buku sastera. Sementara bukan fiksyen ia merujuk kepada buku-buku seperti buku sejarah, sains, biografi dan lain-lain, yang walaupun dalam bentuk popular tetapi ia merupakan buku mengandungi bahan berwibawa.

Begitu juga dengan e-buku nanti. Apabila dikatakan membaca, apa yang dimaksudkan bukan sekadar melayar internet dan membaca laman web, blog atau rangkaian sosial semata-mata, tetapi lebih penting ialah membaca e-buku. Maka untuk keselesaan, e-buku lebih baik dibaca dengan menggunakan e-reader.

Jadi pada masa akan datang apabila dilancarkan kempen membaca, maka ia akan menjadi kempen membaca e-buku. Malangnya e-buku tidak boleh dibaca tanpa e-reader dan kemudahan Internet.

Kalau selama ini, seseorang tanpa sebarang alat boleh membaca buku tetapi pada masa akan datang, mereka yang tidak mampu untuk memiliki e-reader akan terhalang daripada peluang untuk membaca buku.

Maka golongan ini, akan membaca buku-buku cetak yang sudah ketinggalan zaman.
Rencana: Utusan Malaysia (7 Feb 2010)

Rahsia dalam telefon?

Revolusi teknologi komunikasi melahirkan apa yang dianggap sebagai masyarakat yang pantas berubah (rapid changing society). Sebagai contoh, penggunaan telefon bimbit sudah menjadi barangan perlu. Kadar pemilikan telefon bimbit di negara ini mencatatkan peningkatan mendadak melebihi 100.1 peratus sejak tiga tahun lalu dengan penduduk memiliki sekurang-kurangnya dua alat komunikasi itu.

Dalam kita mengakui penggunaannya banyak memudahkan urusan kehidupan, ia juga menampilkan permasalahan dan cabaran tersendiri. Segala maklumat dalam telefon bimbit termasuk gambar, boleh mendedahkan keadaan kepada risiko termasuk krisis rumah tangga. Makin ramai personaliti dan bintang sukan terkemuka dunia terkantoi disebabkan SMS dan gambar yang tidak sepatutnya ada pada telefon mereka. Di Malaysia, senarionya sama. Makin banyak kes putus hubungan malah bercerai-berai selepas membaca SMS pasangan masing-masing, yang 'tidak sewajarnya' ada. Kes kecurangan dan kayu tiga lebih mudah terbongkar dengan adanya telefon bimbit. Sebab itu, wanita apatah lagi isteri semakin teruja untuk mengetahui apa yang terkandung dalam telefon suami mereka. Rahsia apa yang disorok? Ada beberapa kenalan sudah mengeluh kerana isteri mereka makin aktif memeriksa telefon. Awang bernasib baik kerana isteri Awang belum sampai ke tahap itu. Apa pun, bagi suami, tunangan dan teman lelaki yang tidak nakal, mereka tidak perlu gusar. Jangan ada dusta di antara kita, sebagaimana judul sebuah lagu, sepatutnya menjadi pegangan. Namun bagi yang nakal, jika terkantoi, terimalah padahnya. Pertanyaan Awang, di manakah kategori anda berada - nakal atau sebaliknya?
Artikel: Utusan Malaysia (7 Feb 2010)

Monday, February 01, 2010

Sabarlah hati..

saat hati dilanda gundah gulana, kata2 ini mampu meredakan hati yang kerisauan. Credit to Kak Ainol.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216.


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286.


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139.


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45.

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111.

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129.

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12.


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3