Thursday, August 25, 2011

ke lauttt...

Mood mengupdate hilang ke lauttttt. Ibu demam+selsema sejak dari semalam lagi. Kepala rasa berat dan hidung tersumbat. Sindrom demam ni bermula dengan hubby, then ibu..si kecik Wafa dan Abang Long jugak selsema dan badan hangat jer.

Memandangkan ibu masih hijau di tempat baru ni, terasa segan pulak nak amik MC..huhu. Petang ada kelas 2-5pm tapi tak tahu lah berapa ketul manusia yang akan hadir. Sementelaah pulak kelas petang ni ramai Malay. So, pepaham sahajalah.

Nak belayar pun tadak mood!

Wednesday, August 24, 2011

Bergayanya dia~


Huhu..yo yo ajer si kecik comel ni bergaya dengan spek hitam abg long



Tak jumpa carik cekak rambut, spek hitam pun ok!

Selamat MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 54 (2011)


Patriotiknya!
Huhu...Bendera paling besar dalam kawasan Desa Pinggiran Bayu.




Biasanya bendera sebesar ini hanya didapati di tepi2 jalan, digantung di tiang2 lampu.
Bendera ni pun hubby kutip kat tengah2 jalan di UPM. Hubby cakap tak seronok tengok bendera tercinta ni jatuh terdampar dilenyek dan digilis kereta yang lalu lalang. Maka dikutipnya dan terselamatlah di rumah kami..hehehe

It's miracle!!

Syukur Alhamdulillah..hanya itu yang mampu ibu ucapkan di atas segala ujian dan nikmat kurniaanMu Ya Allah.

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Setiap apa yang berlaku merupakan ujian dan ketentuanNya sepadan dengan tahap hamba2Nya.

Tuesday, August 23, 2011

Mendung

Hari ini cuaca sangat kelam, disusuli hujan yang sangat lebat.. guruh berdentam dentum. Begitu juga hatiku dan wajahku...mendung dan sekelam awan hitam. Lagu di corong radio seakan2 mengerti hatiku..mendayu2 lagu Pusara Di Lebuh Raya..cehhh..

Sambil memandu, otakku ligat berfikir. Mampukah aku mengharungi hari2 mendatang yang aku sendiri tidak pasti keadaannya. Sampai bila pengorbanan ini mampu bertahan..aku takut aku yang tertewas. Semoga Allah memberikan aku kekuatan dalam menempuh ujian ini.

Insyaallah.

Every time you fell like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go

Don't despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insya'allah 3x
You'll find your way
Insya'Allah3x
You'll find your way


Friday, August 19, 2011

Tertewas di atas mama bear!


Lepas berbuka puasa tadi sibuk mengekor ayahnya naik ke bilik utk solat maghrib.



Sedar-sedar dia dah terlentok atas mama bear kesayangannya!



Sangat mengantuk!








Thursday, August 18, 2011

Ramadhan kali ini..

Assalamualaikum,

Swing mood nak berblog semakin hari semakin merudum. Jika sebelum ni kononnya bizi sesangat, but now ibu banyak masa senggang..pun malas jugak! Maybe tarbiah 7 bulan menjadi hamba kerja menjadikan ibu terpinga2 sedikit nak sesuaikan dengan tune suasana baru.

Okeylah..ibu citer tentang puasa tahun ni.

Tahun ni merupakan kali pertama kami menyambut puasa di rumah baru. Alhamdulillah, rasa bersyukur sesangat. Walaupun kelengkapan rumah masih belum lengkap, tapi ibu bersyukur seadanya. Asalkan keperluan asas ada, itu sudah memadai. Pelan-pelan la kan.

Hampir 2 minggu pertama, Erie masih ada kat rumah. Rasa ringan sikit kerja tak terkejar2 balik kerja buat itu ini. Kami sampai ke rumah kadang-kadang kol 6pm. Juadah berbuka pun kadang-kadang dia siapkan. Mana yang dia boleh masak, dia masakkan, mana yang dia tak confident nak masak, dia standby bahan-bahannya. La ni dia dah balik kampung, ibu sempat jugak masak ala kadar.

Luqman pulak tak banyak karenah. Makan je apa yang dimasak. Nampak susut sket badan dia semenjak puasa ni. Setakat 18 hb ni, dah 3 hari dia tinggal puasa. 1st day sebab lupa (selamba jer bangun sarapan makan roti), 2nd time sebab dia demam teruk, 3rd time dia pitam kat sekolah gara2 tak bangun sahur. Ibu terjaga dah kol 6am..kejutkan dia suruh mandi dan bersiap ke sekolah.

Dia tanya.."kita tak sahur ke ibu?". Bila ibu bagitau dah habis waktu, tercebik2 dia sedih..huhu..kesian. Ibu dah setkan alarm kol 4.30am, hubby yang offkan. Apa daaa...

Yang banyak songeh adalah orang yang tak puasa, Luthfil :) Dah 2 kali request nak makan spageti. Penat2 pun ibu masak jugak, anak punya pasal kan. Nasib baik dia makan banyak jugak, so berbaloi la masak.

Persiapan raya kami ala kadar jer. Last weekend, sambil2 shopping baju dan seluar utk adik ibu Shahidan, kami siap2 belikan baju2 utk anak2. Kebetulan ada sales. Memandangkan budget pun tak seberapa, so tak de lah nak beriaya2 sangat. Cuma kalau ada rezeki nak belikan diorang baju Melayu jer. Wafa dah ada baju kurung sama paten dengan ibu. So, kami 2 beranak sedondon la raya nanti. Hubby je yang belum beli lagi baju raya. Cadangnya nak mengular minggu depan, nak dating berdua je. Harapnya gaji dah masuk la..hehehe.

Kereta pun nak kena servis gak sebelum balik kampung. Aircond kereta pun problem gak. Harap2 nya claim partime dapat cepat la weii..

Friday, August 05, 2011

D24 RM4 di Mantin!

Sorry laa..penceritaan tanpa gambar.


Petang semalam, kami singgah lagi ke kedai buah. Tak planning pun nak makan durian. Kononnya nak beli rambutan je untuk anak2..tapi telah terbeli duriannya sekali..ngengenge.

Tambah mengujakan durian D24 berharga RM4 sekilo, hubby amik sebiji jer, itupun dah 3kg! Sebiji lagi amik durian kampung, RM2 sekilo.


Ibu rasa, inilah harga durian yang paling murah sepanjang ibu menetap di Mantin selama lebih kurang 9 tahun.


So, malam tadi kami pulun makan durian lagi untuk kali yang ke3. Kami berdua je yang pulun sebab anak2 semua tak makan durian.

Malam ni sambung makan lagik!

Wednesday, August 03, 2011

Kini kukecapi erti kebebasan dan ketenangan,
Semoga ketenangan dan kedamaian ini berpanjangan..
Insyaallah!

Tuesday, August 02, 2011

Ku temui ketenangan di sini..

Alhamdulillah..kedatangan Ramadhan tahun ini dilimpahi rezeki buat kami. Semoga ketenangan ini dinikmati selama-lamanya. Amin.

Selamat beribadat di bulan yang mulia ini.