Thursday, August 18, 2011

Ramadhan kali ini..

Assalamualaikum,

Swing mood nak berblog semakin hari semakin merudum. Jika sebelum ni kononnya bizi sesangat, but now ibu banyak masa senggang..pun malas jugak! Maybe tarbiah 7 bulan menjadi hamba kerja menjadikan ibu terpinga2 sedikit nak sesuaikan dengan tune suasana baru.

Okeylah..ibu citer tentang puasa tahun ni.

Tahun ni merupakan kali pertama kami menyambut puasa di rumah baru. Alhamdulillah, rasa bersyukur sesangat. Walaupun kelengkapan rumah masih belum lengkap, tapi ibu bersyukur seadanya. Asalkan keperluan asas ada, itu sudah memadai. Pelan-pelan la kan.

Hampir 2 minggu pertama, Erie masih ada kat rumah. Rasa ringan sikit kerja tak terkejar2 balik kerja buat itu ini. Kami sampai ke rumah kadang-kadang kol 6pm. Juadah berbuka pun kadang-kadang dia siapkan. Mana yang dia boleh masak, dia masakkan, mana yang dia tak confident nak masak, dia standby bahan-bahannya. La ni dia dah balik kampung, ibu sempat jugak masak ala kadar.

Luqman pulak tak banyak karenah. Makan je apa yang dimasak. Nampak susut sket badan dia semenjak puasa ni. Setakat 18 hb ni, dah 3 hari dia tinggal puasa. 1st day sebab lupa (selamba jer bangun sarapan makan roti), 2nd time sebab dia demam teruk, 3rd time dia pitam kat sekolah gara2 tak bangun sahur. Ibu terjaga dah kol 6am..kejutkan dia suruh mandi dan bersiap ke sekolah.

Dia tanya.."kita tak sahur ke ibu?". Bila ibu bagitau dah habis waktu, tercebik2 dia sedih..huhu..kesian. Ibu dah setkan alarm kol 4.30am, hubby yang offkan. Apa daaa...

Yang banyak songeh adalah orang yang tak puasa, Luthfil :) Dah 2 kali request nak makan spageti. Penat2 pun ibu masak jugak, anak punya pasal kan. Nasib baik dia makan banyak jugak, so berbaloi la masak.

Persiapan raya kami ala kadar jer. Last weekend, sambil2 shopping baju dan seluar utk adik ibu Shahidan, kami siap2 belikan baju2 utk anak2. Kebetulan ada sales. Memandangkan budget pun tak seberapa, so tak de lah nak beriaya2 sangat. Cuma kalau ada rezeki nak belikan diorang baju Melayu jer. Wafa dah ada baju kurung sama paten dengan ibu. So, kami 2 beranak sedondon la raya nanti. Hubby je yang belum beli lagi baju raya. Cadangnya nak mengular minggu depan, nak dating berdua je. Harapnya gaji dah masuk la..hehehe.

Kereta pun nak kena servis gak sebelum balik kampung. Aircond kereta pun problem gak. Harap2 nya claim partime dapat cepat la weii..

No comments: