Friday, December 02, 2011

Kenyataan Apek yang buat aku MENYAMPAH tahap GABAN!



“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas.


[Hello incik Apek, engkau yang mencipta kontroversi tu, kenapa nak salahkan orang yang highlight perangai buruk kau tu. Cerita-cerita peribadi tidak elok? Tau pun kata cerita peribadi kau tu tak elok! Ingatkan buta kayu!! Maruah keluarga tercalar konon, masa kau buat maksiat tu ada kau fikir pasal keluarga engkau??? Engkau yang membuka peluang kepada orang lain untuk menjatuhkan engkau..cuba kalau kau jaga perangai tu dulu, nan hado nya orang nak sibuk bercerita pasal keburukan diri kau. Kelemahan tu datangnya dari diri kau sendiri...tp bukannya tak boleh nak elak, boleh. Iman tu kena kuat. Engkau dah mengguris hati peminat2 kau!]


“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek ketika ditemui.

[Keluarga engkau pun malu dengan perangai liar kau tu..tapi terpaksa back up sebab kalau bukan keluarga sendiri yang back up siapa lagi? Tak kesian ke kat diorang yang menanggung malu? Kalau perangai liar kau ni berterusan, memang la kontroversi ciptaan kau tu akan berterusan. Kalau popular/ terkenal, perlu ke kena masuk pub, bersoSIAL, bercampur dengan orang yang takde moral, berpeluk-peluk dengan bukan muhrim? Kenapa? Tak rock ke kalau tak buat2 benda2 kontroversi tu semua? Tak boleh jadi HEBAT tangkap bola kalau tak kena peluk dengan perempuan?? Cuba la jadi player yang bermoral. Sekarang ni kau pun dah termasuk dalam kategori player yang PLAYER. Moral atlit2 ni memang tak boleh blah teruknya. Lu fikirlah sendiri!!]

No comments: