Semalam alkisahnya ibu terlebih rajin la pulak nak mencuba buat roti sendiri. Maka ibu pun ber sms lah dengan tok guru pakar roti ni iaitu kakak ibu Kak Yah. Dia mulanya dah warning kat ibu, katanya tak berbaloi buat kalau takde bread maker, kena uli nanti penat, sakit pinggang, sakit bahu. Tapi ibu menyahut cabaran 'kekurangan' tak bermakna tak boleh buat. cecece..yo yo ajer..hehehe.
Start kol 11am. Sambil buat sambil main2. Sekejap masak nasik, sekejap basuh kain, sekejap masak sayur, sekejap panaskan lauk..sambil2 mengadun doh roti. Si kecik dah mula mintak nasik. Stop jap untuk lunch.
Bila dah dua kali doh kembang, uli, kembang, uli..maka ibu pun start la mencanai.
jeng!jeng!jeng! maaf..saya budak baru belajar...rupa yang tak semenggah mana hasil imiginasi dan tunjuk ajar cikgu jarak jauh.
|
Sebelum dibakar, kena sapu dengan putih telur dulu supaya nampak kuning dan garing permukaannya. |
|
Letak sos cili, cheese dan cili sos sekali lagi (kalau suka pedas) |
|
First trying...layak untuk dimakan sendiri sahaja dulu..:p |
|
Need more improvement. Maybe kalau ada bread maker lagi sedap kot..thehehe... |
No comments:
Post a Comment