Gambar google:) |
Alhamdulillah, reading untuk 8 pagi (5.2), 10 pagi (6.3), 2 petang (5.1) dan 8 malam (4.9). Semua lepas takde yang merah! Hoyyeee..maka tibalah masa untuk makan sebab perut dah berkeroncong kelaparan tak makan malam sebab tertidur sampai dekat kol 6. Untuk reading pukul 8 malam, ibu dah tak boleh ambil makanan selepas pukul 6. Laparnyer wehhh sampai mengamuk orang tu..huhu.
Tergerak hati rasa nak makan pizza lak. Mula2 rasa nak makan roti canai jer..tup2 selera demand nak makan pizza. Kebetulan ada kupon diskaun Domino's Pizaa, so apalagi, lepas je selesai urusan kat klinik, berdesup kami ke Bandar Baru Nilai mencari pizza. Anak2 dah sibuk bertanya nak ke mana.
Masuk je ke kedai pizza, ok line clear! Lepas je kami order, berduyun2 manusia masuk.. eh..eh..bang..memang muka kita ni pembawa rezeki kan. Asal kita ada jer, lepas tu orang mesti berduyun datang..bertuah tokey pizza..
Tak lama kemudian, pizza pun sampai. Ada gak ibu amik gambar tapi dalam handphone hubby.
Sekali ngap..WOW! Memang terbaek la sedap (ibu pun memang tengah kelaparan gak!) Ibu ni bukanla penggemar pizza yang tegar. Tapi kalau makan pizza kat Pizza Hut tu memang termenung jauh la nak perabihkan satu potong. Tapi kali ini ibu berjaya menghabiskan 2 keping..satu kejayaan la tuh. Anak2 pulak dok menikmati chicken wing sampai tak cukup..huhuhu.
Sedang dok puji2 sedap tuh, hubby tanya..
Ibu tak pernah makan pizza domino ke?
Tak, ini first time ibu makan..
Laaa...ye ke..kesiannya...mesti boipren tak pernah bawak dulu.
A'ah! Memang pun...boipren kedekut!
Kakakaka..
No comments:
Post a Comment