Saturday, February 11, 2012

Percutian dan jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang - Part 1

Sempena cuti panjang Maulidur Rasul dan Thaipussam yang lepas, kami mengambil keputusan jalan-jalan cari makan ke Pulau Pinang. Konon-kononnya nak lajak ke Pulau Langkawi. Tetapi memandangkan hasrat hati ibu dan hubby nak jalan-jalan cari makan kat Penang, terpaksalah melupakan hasrat utk mengunjungi Langkawi. Kesian jugak kepada kawan ibu Rokiah dan Encik Zul yang bersusah payah mengoffer tempat menginap dan membooking tiket feri untuk kami. Mungkin lain hari kalau ada rezeki kami ke sana lagi.

Kami bertolak ke Penang pada hari Sabtu pagi. Dari rumah dah pukul 9.30am. Amik ayah mertua dulu kat Klang. Actually planning awal kami mengikut Kak Ida dan keluarga bercuti ke Cameron Highlands sempena anaknya yang sulung balik bercuti dari Jeddah selama sebulan. Tetapi tak jadi pulak ke CH sebab anak-anaknya cakap tak best. Tempat orang tua makan angin..huhu..yelah..kalau kat CH orang tua yang suka sight seeing dan shopping sayur mayur dan bunga-bunga nih. Alternatifnya mereka nak ke PD pulak..alahai..bosan la..ibu tak berapa suka sangat sebab tepi pantai ni panas. Tapi layan aje lah. Alih2 diorang tak jadi pulak pergi PD sebab salah sorang anaknya tak dapat balik (belajar kat Gambang). So, diorang nak pergi bercuti ke Gambang. Kami pun tukar planning la ke Pulau Pinang.

Itu la kisahnya ...


Tengah tunggu ayah untuk bertolak

Mengisi masa lapang

Singgah di pertengahan jalan mengambil angin..driver mengantuk selepas lunch..

Posing dulu..

Tiket nak naik feri

Atas feri menuju ke Pulau Pinang

Luthfil bersama kakak Auni dan adik Adib

Sedang mengorder nasi kandaq!

Budak-budak yang sedang kelaparan..

Mine..nasi kandaq kambing bakar

Hubby's portion..ayam goreng

Auni

Sis Yah ambil daging dan kambing bakar..teringat2 dia cakap sedap! Len kali kita pekena lagi..hehe
Nama restoren ni kalau tak silap Restoren Hamediah. Makanan sangat sedap dah harganya pula berpatutan. Next time kalau pergi ke Pulau Pinang bolehlah singgah lagi. Total untuk 9 orang makan lebih lebih kurang RM90 sahaja. Not bad la kan..

Perumahan mangsa-mangsa tsunami yang terletak bersebelahan dengan Masjid Terapung

Singgah solat di Masjid Terapung sebelum menuju ke Taman Rama-rama
Part 2 akan menyusul nanti..

1 comment:

syira syah said...

banyak lagi tempat best kat penang :)